Review #luckyblog 6: Ako Tetap Ako

Selamat kembali ke sesi Review #luckyblog bersama AO!

Salam sejahtera jugak buat semua yang masih setia untuk menatap review. Entah bilalah cik AO ni nak buat entri selain review yek?

Sabar-sabar bawak bertenang semua. AO tengah lunaskan janji pada peserta contest tempoh hari. Habis ni, insyaAllah AO bebel pasal benda lain pulak okay?

Maka, pemenang yang meraih tempat ke-6 bagi contest tempoh hari jatuh kepada Kak Ako Retnawati!

Tahniah!!!

Oh lupa nak cakap, yang pemenang tangga 4 sehingga 6, dapat duit raya bernilai RM10

Yang 7 sampai 10 pula dapat duit raya bernilai RM5. 

Doakan AO cepat kaya (tiber) supaya dapatlah naikkan lagi jumlah duit raya dan pemenang setiap kali buat contest 😂. AO pun doakan semua blogger moga murah rezeki selalu.

Eh, panjang pulak intronya...

Review #luckyblog 6: Ako Tetap Ako

Blog Review Ako Tetap Ako by AO

Kak Ako atau saya lebih mesra memanggil beliau dengan panggilan Kak Ret, merupakan blogger yang paling aktif menyertai serta memenangi pelbagai hadiah hasil penyertaan beliau

Hadiah yang Kak Ret dapat untuk bulan Syawal ni cukup lumayan. Bukak je blog Kak Ret, semua mengenai hadiah, ucapan terima kasih dan penerimaan hadiah. Siapa tak jeles weh!! Langkah kanan betul Kak Ret.

Rezeki menyertai dan menyokong rakan blogger memang akan sentiasa ada buat mereka yang aktif. 

Jadi, kena rajinkanlah diri untuk aktif supaya dapat hadiah selalu macam Kak Ret.

Apa yang menarik di Ako Tetap Ako?

Setiap kali aku baca nama blog Kak Ret atau jengah blog beliau, aku macam terimaginasi cara sebutan nama blog ni. 

'Ako Tetap Ako!' dengan intonasi yang penuh bersemangat berlatarkan suasana berperang dan macam orang tengah menjalani latihan ketenteraan.  

"Bila saya cakap Ako, kamu semua jawab 'Tetap Ako'."

'Ako!'

'Tetap Ako!'

'Ako!'

'Tetap Ako!'

Squad! Sedia!!!!

Begitulah dia suasana otak imaginasi AO setiap kali ke laman tu. Padahal, kalau dilihat pada cerita dan struktur intipati blog Kak Ret, banyak cerita pasal Uyum. Kadang confused, ni blog Uyum ke blog Kak Ret? hahaha

Chill, chill semua...Kak Ret ni aktifnya beliau sehinggakan berkejaran para blogger melimpahi ruangan komen setiap kali ada post terbaru. 

Hadiahnya bukan beshe-beshe!

Cara cerita Kak Ret pun sangatlah santai dan macam kita tengah mengadap Kak Ako bercerita. Dengan tangan-tangan sekali gayanya. Siap kaya dengan eksperesi muka. Biar tak dengar pun suara masa membaca. Tapi, begitu menarik gaya tulisan belaiu, buat kita terpaut dan terhantar komen juga. 

Oh ya, Kak Ret ni seorang yang luas kaki melangkah. Banyak tempat dah Kak Ret jelajah. Kalau korang bakal menjadi traveller suatu hari kelak, silalah baca semua jurnal Kak Ret ni. Mana tahu, dari situ dapatlah satu dua idea tentang suasana sebelum pergi melancong.

Dari Segi Design?

Kak Ret walaupun sebaya aunty saya, tapi beliau tersangatlah cool. Aunty yang cool gitu. Ini berdasarkan gaya blog dan penulisan saja. Mungkin kalau zaman tak covid kita boleh jumpa ye dak Kak Ret. Eh, eh, eh....tiber an. hahaha

Design blog Kak Ret kemas teratur gitu. Senang dan elok mata nak membaca semua content. 

Tak belek pasal cerita Uyum, mungkin cerita travel. 

Link Media Sosial Ako Tetap Ako

Orite, Kak Ret ada dua Instagram kalau tak silap. Satu pasal jalan, satu pasal daily life. Kalau belum follow semua laman media sosial Kak Ret, boleh follow dan support ya!

Blog

Facebook

Instagram Personal

Instagram Travel

Kad Raya buat Ako Tetap Ako

Kad Raya buat Ako Tetap Ako

Terima kasih lagi sekali buat Kak Ret dan semua peserta contest #luckyblog tempoh hari yang aktif dan gigih kumpul point. 

AO hargai sangat kalian semua. Maaf di atas kelewatan bagi kad raya dan review blog. Harap korang tak seriklah join contest akan datang. 

AO nak sambung lagi review blog lain!

Jumpa lagi!

Stay safe and Happy Blogging everyone!

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. hahaha kalau tajuk blogpost kakret pasal uyum mesti excited nak baca!

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kita kak...comel tengok keletah dia

      Padam
  2. Diaa selalu komen entry blog rabia

    BalasPadam
  3. Hahahaa.. Time2 covid ni mmg citer uyum je la byk ye.. Dah xtvt luar x bole buat kan 🤣🤣 klu ikutkan xde covid, mau citer jjcm yg byk tu hahah

    BalasPadam
  4. Uyyum menguasai blog kak ret hahahaha. Macam macam keletah si uyyum :D
    And kak ret memang rajinnn tinggalkan komen. Rajinn join giveaway!

    BalasPadam
  5. Wah, menarik jea jalan cerita blog ako tetap ako.. first akak ingat nama blog nie adalah blog lelaki hahahahaha ternyata silap teka la.. sori kak Ret...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun ingat ako mustapha punya...sekali kak ret! ahahahah bila pulak ako mustapha nak buat blog >_<!

      Padam
  6. Mrs. A pun suka membaca posting Ako Retna hiks!

    BalasPadam