Terima Kasih Blogger Syu Deris

Salam Blogger semua!

Okay lagi tak ni nak kena duduk rumah sampai akhir tahun? 😅

AO harap semua dalam keadaan baik-baik sahaja hendaknya. Moga dengan duduknya kita dirumah ini juga dapat dijadikan ibadah dan pahala juga kerana memudahkan urusan banyak pihak. InsyaAllah.

AO kalau kesibukan kadang buka jugak blognya. Tak boleh tak bukak. Biar kadang tu takde mende pun. Tapi blogwalking jugaklah, baca tajuk-tajuk terbaru dari kalangan blogger. Isu apa yang hangat selain daripada isu nombor meningkat ni kan...

Alhamdulillah, masih ada lagi isu yang sihat dan membina. Salah satunya share gambar makanan, rutin harian, perkongsiaan yang berguna dan ramai juga yang anjurkan segmen.

Hari tu, terjumpalah satu post dari blog Kak Syu Deris yang bertajuk; Top 5 Blogger Reading List Pilihan

Eh, tak sangka ada AO di situ 😍

Ya Allah terharu gila AO dengan Kak Syu ni. Tak tahu nak ucapkan terima kasih macam mana diatas post berikut. Makanya, AO pun dedikasikan satu post penghargaan buat Kak Syu Deris.

Terima Kasih Blogger Syu Deris

Terima Kasih Kak Syu Deris

AO ni, masih mentah sangat dalam dunia blogging. Takde kelayakan apa pun untuk jadi blogger...cuma suka membebel secara tulisan...itu je citer dia. 😅

Yelah, nak cakap, kadang AO ni bukan jenis rajin bercakap. Melainkan dengan kawan yang kenal lama. Itupun, masing-masing semakin sibuk sekarang. 

AO ni tak sampai setahun lagi berkecimpung dalam dunia blogging. Kalau sofieadie tu ya, dia dah lama berblogging. Sejak 2013 lagi.

Banyak sebenar rencah hidup yang buat AO rasa macam masih tidak layak untuk dijadikan sebagai Top Reading List Blogger. Tapi, bila ada orang menjadikan kerja dan hasil kita yang selama ni terdampar sepi sebagai rujukan, terasa macam terharu gila!

Terharu dia buat kita rasa macam, Alhamdulillah ya Allah...hampir 10 tahun kerja kau...baru sekarang terlihat hasil...betullah tu...

Kadang, nak putus asa tu senang. Lupakan segala impian, dan hidup sekadar hidup itu jauh lebih mudah... Tapi bila bersusah payah mujahadah untuk istiqomah dan merasa hasilnya walau makan masa berdekad, ia seakan...betullah...yang terbaik selalunya datang lambat...

Sebab, nothing worth comes easy....

We have to sacrifice everything to achieve them. Appreciate every process and progress even though no one sees it...just be the best supporter for yourself...

Eh ke laut dah sembang kita ni. 

Ha, untuk yang masih belum familiar dengan blogger Syu Deris ni, korang bolehlah jengah dan terjah blog beliau di syuderis.com

Header Blog Syu Deris

Dari blog Kak Syu ni, AO ada belajar ilmu baru. Tak pernah AO tahu pun rahsia ni. Macam...seriuslah....kalau nak masakan jadi sedap tambah...

Lepas ni, bolehlah kongsi resepi rahsia ni...walaupun AO bukanlah manusia yang gemar memasak...kita simpan saja buat rujukan bila-bila...nak tahu rahsia apa tu??

Haa...pergilah godek blog Kak Syu...cari satu tips yang bakal memeranjatkan korang. Menurut Kak Syu, tips ni beliau peroleh dari pengalaman menjadi pekerja separuh masa zaman belajar dulu. 

Paling AO tak sangka, rupanya AO pun salah seorang blogger yang membuatkan Kak Syu daftar domain blog beliau!

Allah tak berniat nak hasut pun Kak Syu 😆 Tapi bestkan ada dotcom sendiri? Bangga agitewww...

Respond dari Kak Syu

Blogger Atiqah pun boleh tahan jugak dalam mempengaruhi orang. AO kadang kagum jugak dengan Atiqah sebab beliau SENTIASA ada entri baru. Hari-hari tak pernah putus. Jeles siaaaaa

Itu yang AO sedang usahakan untuk memastikan paling kurang seminggu tiga post. Sibuk tak sibuk belakang kira, blog tetap kena jalan juga! Janji?! 

InsyaAllah. 

Sebagai penutup entri ni, AO sekali lagi ucapkan jutaan terima kasih kepada blogger Syu Deris diatas menyenaraikan blog AO sebagai Top 5 Blog Pilihan. AO minta maaf kiranya ada salah bahasa dan silap ajar, moga dihalalkan segala ilmu yang dikongsi. 

Jika terdapat padanya kebaikan, sesungguhnya ia datang dari Allah SWT, dan jika wujud padanya sebarang cacat cela, itu berbalik kepada silap AO selaku hamba yang dhaif ini. Yang jernih jadikan teladan yang keruh jadikanlah sempadan. 

Semoga terus maju jaya dalam dunia blogging kepada Kak Syu dan buat semua blogger di luar sana terutama mereka yang membaca post ini.

Jom jadikan blog medium untuk mengutip pahala sebanyak mungkin buat kehidupan akhirat kelak!

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Tahniah masuk reading list Syu Deris..
    Setuju. Atiqah setiap hari ada entri baru..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kak naniey ^_^
      kan...memang kena belajar dengan atiqah ni

      Padam
  2. Fuh, hebat AO! Tahniah sebab berjaya jadi diri sendiri. :)

    BalasPadam
  3. Korang dua memang selalu jadi rujukan akak tau.Blogger Atiqah dari segi content penulisan. Blog AO pulak dari segi design & blog refreshments .Masing2 ada kekuatan masing2.Mekaseh jugak tau AO.Kalau tak ada AO & Tiqah, takkan jadi blog Syu Deris hari ni.Asal kemunculan dari template yang sadis sampailah elok tertib & ada domain sendiri😘💕.Semua sebab rujuk korang. Blogger2 yang lain pun sama tak putus2 datang singgah blog akak.Mekaseh semua!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Terima kasih dan sama-sama jugak buat kak syu. semoga terusan maju dalam mencipta legasi di alam blogging!
      Chaiyok!!!

      Padam
  4. Tahniah AO. Memang blogger hebat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kak As. Kak As lagi hebat. ayuh sama-sama menjadi hebat!

      Padam
  5. Tahniah AO. Saya sendiri suka akan design blog awak, menarik dan tulisan pun jelas , lagi lagi bahagian quotes

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dan terima kasih kak nadia johari. ^_^

      Padam
  6. Balasan
    1. Alhamdulillah dan terima kasih Rabia

      Padam
  7. Itulah, kita pun tak sangka tersenarai jugak dalam top 5 kak syu tu, kita ni newbies lagi walaupun dah lama dalam dunia blog, tapi itu blog lama hahaha. Hahahaha takde apa nak di kagumkan pun AO, jenuh tu nak pastikan setiap hari ada entri >.< Kadang fedup jugak bila tak ada idea nak tulis apa hahahaha. Apa apa pun, semoga apa yang AO impikan tercapai! Fighting! ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. samaaaaa. kita blog dulu dah jadi macam diari je. hehehehe
      yang ni baru betul-betul fokus untuk lebih professional dalam blog gitu.

      aminnn. semoga impian atiqah pun tercapai jua. ^_^

      Padam
  8. teruskan berkarya okay..jangan jadi chipsmore..hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah akan terusan berkarya AD!

      no more chipsmore, hari-hari kit kat ^_^

      Padam
  9. Tahniah AO. Semoga semua blogger berjaya dalam penulisan blog masing-masing :)

    BalasPadam
  10. Tahniah AO. Suka tengok blog AO. Kemas dan cantik :)

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.. Tahniah AO..

    BalasPadam