Welcome September & Terima Kasih Jurnal Shikin Razali!

Salam blogger!

Apa khabar kalian? Lama rasanya tak bersua kan? Adalah dalam hampir tiga minggu jugak AO menyepi dari dunia maya. Lagi-lagi blog. Memang lama jugak tak update. 

Katanya nak puasa blog Ogos lalu. Sekarang dah September, sekejap betul rasa masa berlalu ya?

AO harap korang semua berada dalam kondisi sihat wala'fiat hendakNya. 

Semalam seorang ibu kepada senior AO zaman sekolah dulu dikhabarkan telah pergi ke rahmatullah disebabkan Covid. AO ucapkan takziah buat Kak Tir sekeluarga. Semoga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi. Amin...

Hello September

Tak banyak cerita pun yang berlaku pada bulan yang sudah. Simpan buat masa sendiri, habiskan dengan movie dan beberapa series dalam bucketlist selain dari mengadap kerja hakiki. 

Lepas tu, baru sekarang kena kejar balik cerita rakan-rakan blogger. Nanti AO akan blogwalking balik ke blog korang semua. InsyaAllah. 

Paling best sekali, dalam tak blogwalking, AO tersenarai jugak sebagai pengomen tegar di blog Kak Shikin ^_^

Alhamdulillah!

Masa dapat hadiah tu macam terkejut jugak, sebab AO beli barang dekat Shopee kecil je. Sekali terima barang besar. Pelik jugaklah kita kan. Rupanya, hadiah dari Kak Shikin! Wahhhh!

Teruja dan gembira sangat sebab AO memang plan nak beli storage. Tup tup dapat percuma dari Kak Shikin.

Terima kasih kak Shikin!!!

Thank you kak shikin

Dalam parcel hadiah kak Shikin tu AO dapat:

  1. Storage box kecil
  2. Storage box medium
  3. Storage box large
  4. Eye mask
  5. Mask
  6. Thank you note

Tak sangka banyak betul hadiah yang diberi kak Shikin untuk pengomen tegar beliau. Kalau macam ni, mahu kita komen setiap hari dekat blog akak sorang ni. Sambil menyelam minum air katakan. 

Sesi temu bual dengan kak Shikin

Paling seronok sekali, AO walau tak pernah lagi berjumpa kak Shikin, tapi masa sesi interview untuk podcast hari tu, kitaorang sembang macam kawan dah lama tak berjumpa. Sampai tiga kali talian dihubungkan. Banyak betul pengalaman berharga dari sesi perkongsian tersebut. 

August in the recap?

+ Marathon series dan movie

Nah...takde yang best cuma AO banyaklah khatamkan hampir semua Marvel series yang ada dalam watchlist AO. Maklum kakak kita yang sorang ada sponsor akaun Disney+. Apa lagi, kita gunalah akaun tu dengan sebaiknya dak?

+ Hiatus SocMed

Sekali sekala kita ambil masa untuk detox socmed. Tak lama kejap pun jadilah. 

Tup tup dah September...

Begitulah kehidupan kan. Dalam rasa lama masa dihitung, sebenarnya sekelip saja ia berlalu. So, AO akhiri kalam dengan ucapan 

terima kasih kepada korang semua yang sudi jengah dan komen di blog suam-suam kuku AO ni. Semoga dimurahkan rezeki selalu dan diberi kesihatan olehNya. 

Papehal jaga diri semua ya. AO minggu depan baru dapat second dose. Tak dapat nak dine in lagi. Even nak masuk Daiso pun AO tak lepas...huhuhu

Sokay, whatever it is, take care of our health ya!



Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. welcome back AO. ^^

    Cepat2 la dapat AZ tu. nanti boleh balik sesama. kbai!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabar na. esok lusak kita ambik second dose. okay! ^_^

      Padam
  2. Saya kagum dengan orang boleh berehat daripada social media. Saya tak boleh nak buat mcm tu, sebab saya rasa itu je yang ada sekarng lagi lagi tiktok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah...ikutkan saya pun agak liat untuk detox socmed once dah addict, tapi cuba jugak once a while. okaylah, tapi tak okay untuk personal branding huhuhuu

      so, ada masanya take a day off jugak dan schedule siap-siap. mungkin boleh membantu.

      Sokay, kadang mengadap tiktok banyak benda baru kita belajar. saya ni jarang bukak, tapi dan tersangkut gak...dari subuh ke isya dok sengih depan tu. bahaya-bahaya....

      Padam
  3. welcome back AO! baik betul hati kak shikin kasi hadiah banyak centu... moga terus murah rezeki beliau

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannn...terkejut jugak kita hadiah dia sebanyak itu. lepas ni jadi tukang komen tegar dahlah...hehehehehe

      amin semoga murah rezeki kak shikin selalu ^_^

      Padam
  4. Alhamdulillah, sama-sama AO.. hihi rezeki awak, kan... Tue la, kita borak-borak macam kawan yang dah lama tak berjumpa sedangkan kita tak pernah bersua muka lagi.. Tapi mungkin disebabkan kita pun dah jadi kawan lama dalam arena blogging nie kot... Anyway, terima kasih akak ucapkan pada awak kerana sudi singgah dan drop down komen kat jurnal akak... Nak hadiah lagi, jangan segan-segan komen lagi yea... hihihihi

    BalasPadam