Majlis Raya Paling Simple; Potluck @ Buffet?

Hi korang! Masih sibuk beraya lagi ke tu? Musim perayaan ni mesti ada cadangan nak buat makan-makan kan?

Hampir setiap rumah menyediakan beraneka juadah raya pada minggu pertama sehinggalah habis bulan Syawal. Jadi masih belum terlambat untuk kita anjurkan majlis raya gaya kita bagi memeriahkan lagi bulan Syawal.

Macam SS, secara individu SS masih belum ada peluang lagi nak buat majlis raya di rumah sendiri. Setakat la belum ada rumah terbuka lagi. InsyaAllah ada rezeki memang teringin nak hosting majlis rumah terbuka hari raya. Masa tu kalau SS jemput, korang kena datang tau! 😊

Tapi, ini tak bermakna majlis raya kita terbantut. Dekat tempat kerja pun masih boleh buat tau. Tahun  ni masuk tahun kedua kitaorang memilih kata sepakat untuk anjurkan potluck raya dengan tema 'Raya Gaya Kita' bagi Syawal 1446H. 

Potluck okay ke?

Disebabkan setiap kali potluck anjuran SS ni pengaruh dia semacam (alasan sebab yang lain malas nak handle sebenarnya), jadinya ramai yang melantik SS jadi ketua untuk aturkan supaya majlis potluck berjalan dengan lancar. 

Haih...korang tahu ajelah ragam manusia ni. Itu ini sedap je kan mengarah. Tapi bila kita suruh buat, laju aje lari auto sibuk. Sabar ajelah....

Bila kita memilih tema potluck, sebenarnya bukan sekadar berlenggang bawak makanan then habis cerita. Eh, tidak begitu kawan. Kita kena sama-sama sumbang tenaga bagi memastikan majlis elok dan lancar untuk kita enjoy bersama.

Kena datang awal tolong setup apa yang patut dan sebagainya. Namalah kita buat anjuran bersamakan, jadi sumbang sedikit secara tak langsung ianya jadi gotong royong sesama kita bagi lebih mengeratkan ukhwah dan silaturrahim. Baru kita rasa lebih kebersamaan. 

Selepas majlis selesai, kita pun kena sama-sama berkemas, bersihkan semula tempat menjadi sediakala. Barulah kita happy-happy untuk belek gambar kenangan raya tu nanti.

SS syukur dengan keramaian yang sudi meriahkan majlis raya tahun ni. Sampaikan SS pun terujalah tahun ni nak buat deco bagai. Nak hidupkan lagi suasana raya tu. Tahun lepas kitaorang buat secara spontan, jadi cukup ala kadarnya. 

SS banyak kali pesan, tugas yang memilih untuk bawak air ni nampak simple tapi sebenarnya merekalah sandang peranan paling besar dalam majlis potluck ni. 

  1. Kena ada tempat air yang sesuai
  2. Sediakan tempat ais agar ais tak mencair sampai menganggu perjalanan dan kebersihan majlis. 

Dan kalau boleh bila pilih untuk buat koktail, pastikan ada air ringan untuk cuci balik. Dan selalunya tugas membawa air ni selalu diambil oleh lelaki sebab mudah fikir kata mereka. Takpelah SS tolong pesan dan tunjuk ajar supaya tragedi kelam kabut tidak berulang lagi. 

Potluck ni paling seronok adalah, dalam kekabutan masa, masing-masing boleh berkorban untuk jayakan majlis. Apa yang penting, KERJASAMA. Kata Wonder Pets gitu. 

Potluck atau Buffet: Mana lebih simple?

Konsep dia sama juga kalau kita memilih untuk buat secara buffet. Dimana tugasan itu hanya disandang bagi pihak yang menganjur. Dalam situasi ini biasanya dalam kalangan ahli keluarga kena saling tolong menolong supaya tugasan kerja setimpal. Apa-apa pun kena bawa berbincang sesama ahli keluarga. 

Contoh perkara perlu diperbincangkan sebelum mengadakan majlis raya secara buffet:

  • Senarai menu yang disediakan
  • Jemputan untuk beraya, adakah secara kecil atau besar supaya juadah tidak membasi
  • Bajet penyedian bagaimana? 
  • Jumlah tetamu yang hadir

Banyak isu raya kali ni adalah makanan membasi sebelum waktu senja. Haa....macam mana orang nak beraya waktu malam?

Takpelah biasa malam orang makan juadah kering seperti kuih, biskut, kek, kerepek dan jajan lainnya. Sekadar untuk bertanya khabar sembang setelah sekian lama tidak berjumpa, begitulah adat raya.

Korang prefer yang mana?

Potluck vs buffet; Perbandingan

Dari segi simple, dua-dua ada imbalan yang sama. Atas pilihan masing-masing. Macam SS, disebabkan majlis raya di kalangan rakan kerja ni masing-masing menjaga poket, jadi kita pilihlah secara potluck. 

Potluck dia lebih mudah, tapi jangan diambil lewa. Sebab apa? 

Sebab ia adalah anjuran bersama. Jadi sama-sama kena jayakan majlis. Kalau sorang dok rungsing fikir majlis, yang lain berlenggang lepas tu expect majlis tip top wow kebaboom itu tak boleh mat...

Sama juga seperti buffet, lagi mudah bila kita bayar katering untuk uruskan semua. Tapi poket kena tebal. 💸💸💸

Macam potluck, orang suka sebab dia santai. Kita boleh enjoy gaya kita. Tak mahal, tapi ada. Ikutlah bajet masing-masing. Yang penting kesungguhan menjayakan majlis. 

SS ada sediakan checklist simple untuk korang bagi memudahkan buat majlis raya ni. Kalau korang berminat, bolehlah muat turun dekat sini okay.👇

Checklist Persiapan Majlis Raya

Apa-apa pun kena ada kerjasama dan perbincangan yang telus sepanjang menguruskan majlis. 

Samada korang buat secara potluck atau buffet, dua-dua boleh gunakan checklist ni. Semoga majlis raya yang dibuat dapat menjadi penguat silaturrahim sesama kita. InsyaAllah amin...

Sampai bertemu pada entri akan datang! To the end moga husnul khatimah! 

Adios amigos!

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. waahhh potluck makan2 raya kat tmpt kerja best jugak tu SS! kalo kak ana pun suka je potluck sbb masing2 blh bawa mknan sorang sikit & sama2 lah tlg setup apa semua hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyaa kak ana, sangat meriah dan best bila semua bagi energy dan vibe yang sama. insyaAllah semua akan happening. Percayalah makanan potluck ni dia sentiasa cukup. ^_^

      Padam

Buy Me A Coffee