Sembang Apalah Lama Sangat Tu...

Sepagian hari ni SS dikejutkan dengan berita bahawa anak dan suami kak ngah SS baru sahaja kemalangan jatuh motor ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah si kakak. Allahuakbar terkejut SS dengar berita ni.

Sudahlah pada minggu yang sama ni kak ngah mengalami kemalangan kereta juga, dimana dilanggar dari bahagian belakang hingga menjadi pelanggaran burger! 😨 Satu demi satu ujian menimpa...terasa berat mata memandang, berat lagilah bahu yang memikul

Usai berita pagi tadi diterima, adik SS lantas membuat panggilan video bagi memaklumkan situasi terkini. Semasa panggilan tersebut, kak ngah sekeluarga dalam perjalanan ke klinik bagi membuat pemeriksaan selepas kemalangan. 

Berharap sangat tiada kecederaan yang teruk. Dari mata kasar, memang boleh nampak okay. Tapi, yang di dalam kita belum tahu. Selepas diperiksa, dikhabarkan kaki kakak N, anak sulong kak ngah mengalami retak tulang pada kaki kanannya akibat tersepit dek motor jatuh

Allah...SS yang mendengar rasa sayu hati. Teringat betapa sakit dan ngilu masa mengalami retak tulang dahulu. Semoga kakak N kuat menghadapinya dan diberi kesembuhan segera. Aminnn

Buat keluarga kak ngah SS semoga Allah meluaskan rezeki kalian selepas bertalu ujian yang dilalui ini. Ketabahan dan kesabaran pada waktu sebegini teramatlah tipis, tapi terusan tetapkan hati...ada rahsia Tuhan yang cuba disingkap dari semua hikmah kelak. 

Yang SS dengan adik-adik pula, selepas mengetahui perkembangan terkini keadaan kak ngah sekeluarga, kami bersembang lepak bagai duduk satu rumah. Walhal, berlainan tempat. 

Punya lama bersembang, sekali dilihat jam sudah ke angka 10 malam! Hampir 14 jam bervideo call.

Mesti korang pun tertanya, sembang apalah lama sangat tu kan? 😅

Waduhhh SS pun sedar tak sedar sambil selesaikan beberapa tugasan rumah, banyak juga perkara dicerita. Siap boleh bermain game Overcooked di Steam! 

Punyalah kalut bermain game sampai tak sedar waktu. Adalah beberapa kali break time jugak untuk solat dan sebagainya. 

Ikut pada plan awal SS mengambil cuti hari ni bagi menghadiri satu event. Sayangnya, SS tak dapat hadirkan diri disebabkan Mr SS terpaksa menguruskan hal kerja yang memerlukan keberadaannya di pejabat. 

Jadi, cuti yang dah dimohon ni SS gunakan untuk berehat dan meluangkan masa dengan insan yang rajin bertanya khabar...

Ada jugak sambil bervideo call tu SS blogwalking ke laman blog rakan blogger lain. Sempatlah mengomen satu dua. Lepas tu terbaca entri kak anamizu dok buat jeruk mangga. Aduh....kecur liur SS membacanya. Manalah nak cari jeruk mangga malam hari ni 😂

Oh ya, kak long SS pun ada menjemput hadiri rumah terbuka rayanya hujung minggu ni. Doakan perjalanan SS ke rumah beliau dalam lindungan Allah. Aminnn

Last jemputan makan raya SS akan hadiri, insyaAllah Isnin ni. Hari terakhir Syawal dah tu kalau tak silap.

Korang masih ada yang sibuk hadiri rumah terbuka jugak ke tu?

Semoga kita semua diberi peluang untuk bertemu Ramadan dan Syawal pada tahun akan datang dan tahun seterusnya. Aminnn. 

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. 14 jam video call? Tak panas ke telefon? 😊
    Semoga yang ditimpa ujian, diberi kekuatan untuk melaluinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah okay lagi phonenya. Bateri pun dua kali cas >_<!

      Amin amin amin kak tot

      Padam
  2. Lamanya VC tak habis bateri ke tu? Semoga yang diuji dipermudahkan segala urusan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa dan cas dua kali kak cie >_< dok ralit sembang lama tak bersua begitulah ragamnya. Ada aje on call sampai seharian.

      Amin amin amin

      Padam
  3. Semoga dipermudahkan urusan kakak SS sekeluarga 🤲🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah PH. semoga doanya dimakbulkan

      Padam
  4. Lamamya sembang video call

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah ragam adik beradik jarang berjumpa ni WP

      Padam
  5. semoga semuanya selamat sahaja....ujian memang berat tapi ada hikmahnya tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin amin amin. Terima kasih atas doanya. setiap ujian ada hikmahnya.

      Padam
  6. Semoga semuanya dipermudahkan urusan... jangan charge sambil call apatah lagi video call.. bahaya ada di situ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin amin amin. Baik tuan. terima kasih atas peringatannya.

      Padam
  7. Kakaaaak, tak pernah saya vidcall selama itu 🤣🤣🤣🤣. Rasanya 10 menit saja pun dah macam terlalu lamaaa hahahahah.

    Saya ikut doakan semoga kak Ngah akak dan keluarga yg kena musibah dimudahkan urusan pengobatan, dan cepat pulih lagi ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahah itulah tu kak fanny. Sedar tak sedar sudah 14 jam gitu.

      Amin semoga doanya sampai kepada tuannya.

      Padam
  8. Harap semuanya baik-baik. Semoga sentiasa dilindungi Allah SWT.

    BalasPadam