Misi Bersihkan Storage Gambar

Hai bloggerian!

Salam hujung minggu semua. Biasalah hujung-hujung minggu ni ada saja perkara nak dikemas. Tidak secara fizikal, kemas dunia digital pula. Banyak betullah hampasnya. 

Memandangkan SS dah berhenti langgan storage Google One, makanya banyaklah benda kena bersihkan supaya storage tu daripada 100gb kembali kepada storage free 15gb

Dulu 15gb tu macam besar je kan. Sekarang kecik cinonet je rasa. Tup tup dah habis 50gb. Macam tu je...

Iyalah...gambar sekarang semua makan storage. Plus, sejak dah hampir beberapa tahun ni SS langgan iCould storage rasa macam takmolah membazir langgan banyak sangat store digital. Berjimatlah mana yang boleh dijimat kata orang...

Itupun kira tak banyak sangat gambar yang ada. Mungkin banyak yang dah disimpan dalam hard disk. Hard disk pun rasa nak belek, barulah on belek. Nak kata klasik sangat pun tidak...cuma tu lah...banyak juga memori yang tak disimpan elok gambarnya. Sudahnya takde gambar untuk tahun sekian-sekian...

Menunglah...

Tadaa dah selesai bersihkan storagenya selepas dibackup semua gambar. Okaylah email pun dah bertahun pakai email sama, jadi kena tapis dan unsubscribe mana yang dah tak relevant tu. 

Kehidupan baru ni kita semarakkan dengan gambar dan memori yang indah-indah serta semua kenangan candid yang menjadikan kehidupan kita lebih meriah. InsyaAllah.

Apa preference cloud storage yang korang selesa? 

Macam SS, disebabkan dah masuk keluarga Apple, jadi kita fokus pakai iCloud saja. Yang Android, rasanya backup mana yang patut je lah. Tak semua perlu disimpan dekat awan digital gitu. 

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Kita masih simpan dia external hard disk dan pendrive lagi hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah ada juga simpan. tapi jarang-jarang nak punggah simpan sana.

      Padam
  2. Akak pun baru je clean-up banyak benda dalam google drive. Video la, makan banyak ruang. Lega sikit bila dah clear-kan banyak, kan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak. Sangat makan ruang. Tu yang kadang pening tengok apalah yang kerap naik noti kata storage penuh. Dah bersih macam ni, memang lega banyak :D

      Padam
  3. gambar back up kat google photo je. Icloud pun pakai basic je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. awal tu memang backup goggle photo kak cie. Pastu dia jadi redundant. Icloud backup, google photo pun backup. Menung panjang nak tapis tadi. ^_^!

      Padam
  4. Dah lama tak menyimpan dalam hard disk or pen drive..huhu..tapi tengah clearkan storage gak ni..berbelas ribu gmbo dlm camera sahaja..belum kt wtsap Dan lelain..aduhai.ahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaaaa nona dah kena allocate masa untuk bersihkan semua tu nanti. Satgi makin lama makin bertangguh dia akan jadi maaakinn malassss. hehehehe...

      Hard disk pun dah kena beli baru ni nampak gaya...

      Padam
  5. Kak SA simpan dalam external Hard Disk je...ni pun nak kena transfer semua ni..nak bagi storage hp ni kosong dan simpoan gambar2 baru je..hehehe...banyak kenangan dalam hp ni..especially kenangan dengan arwah mak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti seronok dapat simpan banyak memori kenangan semua insan kita sayang. Itulah function betul bila ada external hard disk ni kan kak SA. Memudahkan kita nak simpan semua jenis maklumat dan gambar.

      Padam
  6. sama laa ssssy storage penuh dgn gambar je smlm baru selesai emel2... tang gambar tu entah laa bila nak buat hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaaaa kak anies kena start buat tu. Satgi musim raya haji masuk kang, bertambah lagi gambarnya juta nam >_< dah jenuh nak transfer satgi

      Padam
  7. Saya kalau melibatkan gambar ni memang simpan dlm hardisk je

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannn senang kan tu Mazni. La nak cepat pantas boleh didapat di pelbagai platform tu SS suka ada backup dekat cloud storage. Throwback pun depa buatkan memori gitu..

      Padam
  8. semenjak 2 nie...tiba2, goggle storage kabo dah penuh...eh, selama nie tak pun...agaknya sebab ada 3 device pakai email yang sama...penat hari2 nak membuang gambar...adoii

    BalasPadam
  9. Saya tak bisa lepas dr Google 1 ini kak. Sebab saya rutin traveling 😄. Dan tiap traveling bisa banyaak sangat ambil foto.

    Jadi wajib subscribe. Dulu saya ambil 100 gb. Tp ternyata tak cukup. Jadi saya subscribe yg 2TB 🤣. Baru pas buat Saya.

    Tapi sbnrnya foto2 yg sudah saya posting di blog, akan saya hapus . Cuma saat traveling kan saya tak bisa pilih. Hrs ambil saja dulu. Nanti di seleksi saat dah balik ke rumah

    BalasPadam
  10. Setiap gambar semuanya ada kenangan ..kadang rasa sayang nak padam kan .. kalau simpan makin hari makan bertambah .. makin banyak ..

    BalasPadam