Cerita Oyen Lari Rumah
Pagi tadi masa SS on the way pergi kerja guna laluan lebuhraya, ternampaklah seekor oyen melintas.
Wehhh oyen dekat tengah jalan besar ni. Masa peak hour boleh pulak dia lari dari rumah ye. SS masa tu dok fokus dekat jalan, jadi terfokus dekat si oyen dalam misi cubaan memanjat tayar spare bawah lori.
Disebabkan kenderaan bergerak perlahan, jadi mudahlah SS bagitahu pada pemandu dan staff lori tu kata ada kucing bawah lori. Tapi macam lama kemain pulak depa dok cari kucing tu. Harap sangat kucing si oyen tu selamat.
Masa tu SS dah jauh menapak ke depan...
Sudahnya perjalanan ke ofis SS yang kalau waktu normal boleh dalam 25 minit, masa peak hour jadi 1 jam 15 minit...redah saja labu...
Pengisi Hening Kala Memandu
Masa dalam perjalanan pergi balik dari pejabat ke rumah ni kadang SS ikut mood. Pagi hari ni bangun-bangun je tetiba dok terngiang lagu 'a a a a staying alive staying alive...a a a a...' lepas tu teringat babak dalam cerita The Office part semua staff dia ada training keselamatan dan kecemasan..
Kalau korang dah tengok confirm berdekah ketawa punya hahahaha
Bila menghala pergi kerja pagi tu bolehlah nak layan radio sikit, layan borak pagi apa semua. Tapi memang dah lama jugak SS tak dengar radio. Lebih suka dengar Spotify atau ebook dekat youtube. Kadang terasa berinspirasi, SS dengar podcast The Minimalist.
Discover Podcaster Baru - Yasmin mogahed
Haritu SS discover podcast Yasmin Mogahed (sebutan Mujahid). Masih banyak lagi episod dia SS tak dengar. Baru sempat layan 5 episod.
Tapi kalau menghala balik ke rumah masa petang, kadang SS lebih prefer instrumen. Takpun lagu slow-slow santai je layan.
Antara pemain instrumen SS layan seperti Kenny G, The Piano Guys, Dennis Kuo, Yanni dan sewaktu dengannya...
Yanni yang One Man's Dream tu, pergh menghayati betul rasa.
Terus terasa macam tercampak dekat zaman silam. Tang tengah merangkak menapak hadap kesesakan jalan raya pun jadi tak hirau dah...
Sama jugak dengan The Moment by Kenny G...
Setiap kali dah sampai rumah, mulalah rasa diri tu watak utama novel siap ada narasi kat belakang. Bermonolog seolah kisahnya dibaca oleh seseorang hahahaha
Jauh nau mengelamun ye bila setiap hari kena redah dua jam lebih atas jalan ni.
Bukan mudah nak jadi seorang yang tenang kala tangan memegang steering ni...makan tahun jugak kadang. Alah bisa, tegal biasa orang kata.
SS doakan untuk kita semua yang mencari rezeki, meredah perjalanan nan panjang setiap hari, semoga jiwa, rohani, emosi, fizikal dan mental kita sentiasa dalam kondisi yang diredhai Allah...dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat...aminnn
Kalau korang, prefer dengar apa masa meredah perjalanan sesak yang panjang? Kotlah ada yang SS belum dengar lagi. Boleh share-share 😉
14 Ulasan
Lama tak dengar Kenny G ....
BalasPadamPH buka radio Sinar FM je dlm meta hihi...
Hopefully oyen tu selamat
Sinar masa drive malam kadang memang layan. Kalau pagi ni jarang betul SS nak dengar.
PadamItulah harap sangat oyen tu selamat
What if kalau pemandu tu tak jumpa pun oyen tu.. mesti dia kata kita kena game pepagi ni hahahaha...
BalasPadamItulah tu...rasa macam aduhhh harap sangat dorang jumpa dan selamatkan. Cuma esoknya ada perasan seekor oyen terbuntang tak bernyawa di tengah jalan laluan yang sama.... T^T
PadamAlamak..harap2 ok la Oyen tu kan...risau kalau jadi pape...kalau dalam kereta SA plak .kalau SA masuk je dalam kereta memang suami dh tau dh..dia akan terus on Suria FM..hehehe...
BalasPadamHaaa Suria FM pun not bad buat hiburan peneman jalan.
PadamSangat risaukan oyen tu....harap ia oyen yang berbeza yang baru SS tengok dah tak bernyawa dilaluan yang sama...
uishhh siannya Oyen. moga Oyen selamat lah.. k.ana pun suka on kenny G & the piano guys jugak. tp kdg tu layan dangdut indo lama-lama hahaha
BalasPadamamin amin amin...harap oyen berjumpa tuan baru....
PadamKenny G & the piano guys ni dia macam fefeeling gitu.
Aduhh serius kak ana layan dangdut indo lama-lama? waduhhhh kok bisa tu kak ana >_<
Lama tu, SS meredah kesesakan, sampai 2 jam. Akak tak merasa sesak di sini. Hihi.. kadang cuti pergi KL, saja sebab rindu nak melalui jalan sesak. Hihihi...
BalasPadamAlhamdulillah kalau dapat 2 jam pergi balik tu kak tot. Kalau 2 jam pergi sahaja,...mahu menung SS...
PadamBiasalah suasana kerja ni nanti memang kita rindu. Jadi layan sajalah...
Eh, boleh pulak kak tot rindu suasana jalan sesak? wahhh terbaik kak tot!
Dah macam di Jakarta tiap pagi dan malam pulang kerja kak 🤣🤣. Rumah saya ke kantor suami hanya 16 km. Tak jauh, tp macetnya astaghfirullah, nak zikir supaya sabar 🤣🤣🤣. Jarak segitu bisa ditempuh 2 jam , saking teruknya jammed. Sebab melewati pembangunan jalur MRT baru 🤣. Ntah kapan siapnya itu
BalasPadamKalo kena jammed parah, saya prefer lagu2 rock, yg buat saya tak mengantuk. 😄
Berani betul oyen tu. Harap dia insaf lah dan balik rumah semula.
BalasPadamKalau jalan jauh waktu siang, biasa dengar radio.
Dulu dulu suka dengar Suria. Skrg dah tak dengar radio. Asal masuk kereta, on radio, anak pegi off. last2 xon terus. Stress, memanjang hilang siarannya.
BalasPadamSInggah sini dan follow. Salam ukhwah
harap sangat oyen tu sempat keluar dri tayar lori tu..
BalasPadam