Antara salah satu faktor yang buat mood nak menulis entri blog kelaut bilamana mempunyai mindset yang ‘menulis entri blog kena guna komputer’. Padahalkan…phone kita ni dah tersangat bijak dan canggih sekarang.
Aiguuuu….
Itulah yang SS cuba latih diri yang, blog ni pun boleh diupdate sambil santai-santai, just taip je macam tengah chat…
Lambatnya rasa nak melatih dan rasa selesa untuk utilize smartphone sepenuhnya ni😅
Tapi takpelah, orang kata better late than never iya dak.
SS ada juga nampak beberapa meme tentang generasi dulu ni. Dia kata, orang lama prefer buat sesuatu menggunakan laptop@komputer bila berkaitan dengan perkara penting dan pembelian yang besar nilainya.
Padahal benda kadang takde beza pun tau. Sebab peranti telefon zaman sekarang ni memang dah canggih. Apa je semua dah ada apps.
Masalahnya lambakan apps ni macam mana sekalipun takkan boleh lawan keselesaan enjin carian.
Cumanya kita lebih selesa setiap apps tu ada satu sistem integrasi yang membuatkan kita cuma perlu download satu aplikasi sahaja.
Easier said than done kan😅
So korang prefer update blog guna apa?
Smartphone @ komputer?
Kalau guna komputer, feeling bila dengar bunyi ketak ketuk papan kekunci tu perghh dah macam jurnalis dah rasa dia. Dengan reaksi muka penuh perasaan berkobar, siap boleh tebak reaksi pembaca belum lagi diambil kira…
Lepas tu, perasaan bila klik publish button tu dah macam publish sebuah artikel untuk media terkemuka je rasa. Biarpun cuma kita je pembaca dia😂
Bila kita melaburkan perasaan dalam setiap perkara yang kita tulis ni kadang mesej dia lebih sampai. Iya keee tu…? Memandai je SS ni kan.
Apa-apa pun peranti yang digunakan untuk kekal aktif blogging ni dah tak berapa penting. Yang pentingggg teruskan menulis walau dimana kita berada.
Sebab setiap dari kita adalah penulis yang unik😁
Teruskan semangat berblogging semua!
15 Ulasan
Kalau update blog lebih suka guna laptop. Sebab mudah nak taip dan edit apa yang patut.
BalasPadamKalau komen atau blogwalking lebih suka guna telefon sebab laju. Hahaaa xpayah nak tunggu page loading.
MA pun suka guna komputer utk update blog...lagi senang & lagi puas la. Lagi senang nak edit apa..tgk pun kat screen yg besar...lebih menyeluruh gitu ... But kalau cuti malas nak buka laptop so memang guna hp je la..kalau blogwalking. Ok je guna hp sbb lagi laju... 😉
BalasPadamBetul tu! Menulis guna phone ni macam buat ‘multitasking pro’. boleh update blog sambil tahan ngantuk! Tapi rasa ‘dramatic’ bila tekan publish guna komputer memang lain macam, siap rasa macam wartawan breaking news 😂📱⌨️
BalasPadamkalo kak ana pun lebih suka update blog guna laptop sbb kepuasan tu lebihhhhh.. hurmm kategori org lama ke kak ana ni adehh T__T
BalasPadamPH mmg guna phone je skrg. Sambil baring pun boleh up entry hehe... Plus malas nak on laptop jadi smart phone adalah pilihan yg lebih mudah utk Akk :)
BalasPadamAkak penah la update cerita dengan menggunakan phone, tapi rasa macam tak lengkap jea.. tue yang alih ke komputer ataupun chromebook.. Tapi bila ada idea, akak taip jea dulu guna phone, lepas tue edit semula guna komputer...
BalasPadamWalaupun dengan phone, lebih mudah dan cepat, tapi feel berblogging tu tetap best kalau update dari laptop.
BalasPadamAkak lebih suka guna laptop. Skrin lebih besar. Senang juga nak edit gambar. Tapi bila travel, terpaksa guna handphone juga. Kena zoom-in, zoom-out, susah juga, bagi kita yang rabun ni. :D
BalasPadamMasukkan semua gambar melalui phone. Kalau nak update blog dari laptop sebab besar sikit screen.
BalasPadamMemang hp skr dah canggih kan. Tp saya pribadi LBH suka pakai laptop kalo nak update. Sebab Krn blog saya traveling dan kuliner niche, jadi saya pakai banyak foto. Dan itu agak susah kalau pakai hp kak.
BalasPadamBlm lagi saya biasa edit di laptop. Krn itu kalo update, saya mesti pakai laptop, tapi kalo sekedar BW baru lah hp
Cuya suka laptop tapi sekarang malas nak on laptop, jadi selesa pakai hp.
BalasPadamEdit pakai laptop senang sikit sebab pakai mouse.. Bila pakai hp renyah juga kadang2. Tengok keadaan
Kadang komen pakai hp tak lepas asik error je. Kena pakai laptop baru okay
Selalunya update guna komputer lebih ngam dan menenangkan..
BalasPadamSha guna hp kalau nak masukkan gambar atau ada entry yang nak publish terus dekat blog..
Okay ja guna hp tapi lebih selesa dengan komputer..
CCL lebih suka update blog guna fone ..mungkin sebab dh terbiasa kot .. guna laptop pun best juga ..
BalasPadamDua-dua pun boleh sebenarnya cuma bila nak deal dengan gambar tu yang kadang lebih suka guna laptop. Nak berblog kadang perlu inspirasi dari blog-blog lain dan blogwalking lebih selesa dengan laptop.
BalasPadamSA dua2 ok..guna smartphone ngan laptop...kalau guna hp senang nak update kat mana2 pun..idea tu datang kadang x tentu masa kan..lagipun gambar semua dlm hp..senang upload je
BalasPadam