Berbaloi ke Makan di Tomyam Bowl Steamboat Buffet, Shah Alam🤔

Awalun SS teringin nak makan sini akibat dari iklan dekat Instagram. Masa tu, che che che siap saved masuk dalam list food-hunting gitu gais! 

Kendian, kebetulan hari tu SS topup groceries, terus plan makan di luar. Nak balik masak macam tak larat dah. Perut pun dari pagi tak bersarapan. Tu kononnya rasa berbaloi mencuba steamboat buffet…

Kejadiannya tidaklah seindah yang dikhabarkan. Itu yang buat SS rasa agak terkilanlah. Sebabnya…bukan selalu nak mem-buffet macam ni. Tup tup bila pergi memang terus tekad ni first and last la aku pergi…

SS pun tidaklah menahu kata tempat ni viral. Sebab SS memang kurang gemar pergi port viral. Kalau boleh biarlah pergi pada bukan musimnya…

Bukan apa…rasa semak serabut sebal semua akan adalah… terutamanya perasaan dan kejadian begitu dengan kerugian dari segi wang ringgit…

Korang mesti ada terlintas tengok iklan kedai ni jugakkan? Tipulah kalau takde rasa nak mencuba. Sikit pun mesti ada rasa ingin tahu kedai ni kat manalah…

Samalah dengan SS uolls! 😂

Sat SS share iklan dia yang bikin selera tergoda tu…

Sini reels videonya Steamboat Buffet Tomyam Bowl Shah Alam

Mungkin SS pergi pada waktu yang salah, tempat yang tidak sesuai untuk dijadikan penyegar selera pada musim yang membahang begini. Memang silaplah pergi time ni😓

Makanan okay ke?

Sup dia memang sedap. Sup pilihan SS pada waktu tu adalah sup tomyam dan sup kosong. Okaylah boleh buat rasa-rasa gitu..

Paling best bancuhan pencicah dia bila makan dengan daging dan salad. Itu memang favorite SS. 

Penyebab bagi rating yang rendah…

Cuma macam yang SS dah kata tadi, musim bahang begini tidaklah sesuai makan steamboat. Nak nak pulak kedainya penghawa dingin semput semput kus semengat kata orang. Panas giler giler giler giler gilerrrrr🥵

Lagi satu, pilihan makan dia agak terhad. Tak banyak sebanyak jangkaan kita yang tipikal bila mengunjungi kedai steamboat..

Daging, kambing, ayam, udang, lala, siput buluh, kupang… dan lain-lain standard processed food.

Selain daripada tu, kebetulan meja kosong masa SS pergi tu terletak hampir dengan deco konsep indoor planting yang hanya tinggal tanah sahaja. 

Bayangkan tengah makan benda panas, dicuaca membahang begini, dan tanah lembap di tepi tu menaik baunya… macam mematikan selera betullah. 

Dari segi harga…

Harganya pada SS tak berbaloi…uh uh nope! Memanglah kata ala Pak John lagi mahal kot. At least… tempat Pak John selesa dan pilihan makanan sampai ke waffle, buah, kuih muih ada tau… 

Atau itu memang harga paling murah untuk steamboat buffet yang terletak di bandar🤷🏻‍♀️

Entahlah labu…

Overall?

Rating overall SS boleh bagi cuma 2 sahaja. Okaylah 2.5 rating kesian…

SS harap team tomyam bowl jagalah mutu dan kualiti penyedian tempat serta makanan. 

Tempat hari tu agak tidak bersih juga. Makanan tumpah-tumpah tak dan sapu.. nak kata peak hours? SS makan pada jam 3:30 petang…

Waktu minum petang dah tu😅 atau disebabkan hujung minggu, semua makan lunch pada jam demikian… siapa tahukan…

Maka…SS sudahpun remove restoran ini daripada senarai foodhunting must-go SS. Once in a lifetime je lah yob…

Tapi korang yang baru nak mencuba tu, SS nasihatkan sila pergi pada musim hujan, musim tengkujuh dan sewaktu dengannya. 

Lokasi kedai berada dikawasan shoplot satu unit membuatkan kedai terasa sempit. Ni first time SS pergi steamboat buffet kedai sekecil ini. 

Koman-koman orang akan buat di corner lot….macam AlFateh steamboat tu. Itupun dah ramai review kata kualiti kedainya semakin merudum terjunam jatuh atas faktor tidak menjaga kebersihan premis. 

Sudahlah… baik SS repeat makan steamboat di Pak John saja setiap kali teringin buffet macam ni. Dapat sijil halal pun sudah. Jangan kerana sesebuah restoran itu dioperasi oleh orang muslim dia auto halal… 

Begitulah adat resam perniagaan makanan ni kan… mudah betul kita nak ngikutnya… 

Apa-apa pun kena self research dahulu okay. So far kedai ni dia memang takde sijil halal tapi claims semua barangan adalah halal- based ingrediets. Check sini 

P/s: SS syaklah bahagian pengurusan tomyam bowl ni dah beralih lah. Pasai tu premis dia haru biru

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Kena jaga mutu perkhidmatan supaya cust repeat datang. Kalau service tak jaga memang takdela cust nak repeat.

    BalasPadam
  2. PH pun X minat pergi tempat viral, serabut kadang tu.
    Kitanya suka makan tenang² je :)

    BalasPadam
  3. k.ana pun kurang suka pegi tempat viral sbb kdg tu viral je lebih huuu

    BalasPadam
  4. Gitu la. Tak cuba, tak tahu. Dah la makan benda panas ye, aircond pulak kureng. Aduh..

    BalasPadam
  5. Sama kak. Saya jarang ertarik dengan kedai makan viral. Biasanya saya langsung underestimate dulu. Krn kebanyakan tempat2 viral, hanya bagus di design utk berfoto, tp rasa makanan wassalam lah 😂.

    Bencii sangat kalau begitu. Saya prefer pilih kuliner legend yg sudah lamaaa berdiri drpd yg masih baru begitu. Ramai pula, hanya Krn estetik konon.

    Tp makan steamboat dengan tempat di mana AC nya suam2 sauna, Mon maaf, saya pun tak nak 🤣🤣. Bisa meleleh lah keturunan Olaf nih di dalam 😅

    BalasPadam