Hari yang sudah SS sempatlah ke ibu kota raya sana untuk selesaikan urusan rasmi. Alang-alang sudah jejak ke kota ni, baiklah kita mencuba apa restoran yang wajib singgah di sana untuk menjamu juadah tengahari.
Memandangkan urusan betul selesai sekitar waktu makan tengahari, jadi memang agak penuh dan banyak lauk perlu ditambah. Nasiblah menu kegemaran SS masih ada! Lama mencari ni...
Nak makan saja-saja kat luar waktu bekerja memang agak susahlah untuk SS. Malas nak drive hadap jalan apa semua. Mudah bila kerja ni kita ada bekal. Jadi sangat lama SS mengidam siput sedut ni.
Sampai je destinasi Restoran Raso Omakden ni barulah SS tahu ni restoran orang nogori barangkali. hahaha Sebab keywords SS cari di laman carian Google hanyalah, 'siput sedut masak lemak near me'...
Maka keluarlah restoran ni di carian teratas dengan review agak memberangsangkan. Malas fikir panjang itu yang sampai juga ke sini.
Siap ada busker lagi buat live kat restoran ni. SS pergi yang di Taman Ibu Kota nu.
Ambil nasi, siput sedut, aneka jenis kuah, sayur dan semestinya sambal belacan.
Wahhh sambal belacan dia memang sangatlah harum! Rasa tak cukup semangkuk tau. Plus harga makan disini bolehlah dikira sedang-sedang molek.
Selain daripada gambar makanan ni, SS tak dan nak ambil gambo la gais. Maklumlah labaq wa kelbulur gituan. Jadi bila dah kenyang tu, layan pula busker, memang boleh tertido ni bawak kereta balik ke desa permai.
Kenyangnya alhamdulillah bertahan sampai minum petang.
Kalau korang ada nak rasa siput sedut kat sini, cubalah. Boleh repeat lagi nanti. Oh ya sebelum SS terlupa, siput sedut tu semangkuk RM8 saja gais. Murah ke mahal?
Pada SS memang berbaloi!
Terawat sedikit rasa Julai yang sebal ini dengan memakan siput sedut. Hahahaha. InsyaAllah semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya. Aminnn.
1 Ulasan
Ok, harga tu. Akak pun bila teringin, makan di kedai atau beli, siput sedut masak lemak ni. Nak masak, tak berbaloi sebab akak sorang yang suka makan lauk ni di rumah. Sedap kan, SS. 😋
BalasPadam