Postponed physio treatment...

Ikutkan pukul 2.30 p.m. nanti aku ada rawatan fisio. Tapi, memandangkan kawasan Samarahan dah bertukar status daripada jingga menjadi merah semalam, ditambah pulak kondisi aku yang tak berapa nak segar ni, jadi aku pilih untuk tunda rawatan.


Jalan tu rasa macam dah okay dah. Rasanyalah...tapi tak tahulah kalau doktor fisio cakap masih awkward 😅 


Dia macam mana ek nak cakap, kau cuba untuk jalan macam normal, tapi tulang atau sendi kau masih tak berapa nak normal. Dia ada rasa sengal macam tu lah. Aku sekarang, setiap kali sebelum tidur adalah sapukan ubat Menzza, bagi kurangkan rasa sengal. Pastu, dari hari ke hari dia macam adalah perbezaan walau tak begitu ketara.


Jalan masih slow. Mencari rentak langkah cara jalan yang sebelumnya. Aku pun tak faham macam mana boleh lupa cara berjalan...huhuhu...


Tiga bulan tu nampak macam takdelah lama mana...tapi, tu lah...aku kot yang malas nak buat pergerakan fizikal sampai semua otot berehat teroks. hahaha ada je lah bergerak, cuma semuanya terbatas. Kau tak boleh nak paksa. Benda kalau sakit, redha jelah....tu cara akulah...


Memandangkan hari-hari aku free, mungkin boleh mulakan promote Alien Oren ni kot. Dasar Alien! Dahlah in real life malas nak bergaul dan berinteraksi dengan orang, ni jelah caranya aku bergaul dan kenal dunia luar. 


Plus, aku suka explore semua jenis medium soc-med yang ada. Clubhouse je tak kot. Terlalu eksklusif untuk marhaen lebih teroks dari B40 ni...explore dan buat akaun je lah...niat nak jadi trending, viral tu, mungkin idokle...kita usaha mana yang boleh bagi manfaat dekat orang. 


Doalah pandemik ni beransur dengan tenang,...aku pun tak tahu level introvert aku sekarang ni dekat paras mana dah...dahlah sekarang layan series pun pelik-pelik je seleranya. Docu-series killer kau. hahaha



p/s: Sape dah tengok 'Don't F**k With Cats: Hunting an Internet Killer'?

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. mogaaa cepat sembuhhh taw :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aminn...insyaAllah...ada peningkatan dalam kesembuhan :D
      terima kasih atas doanya cik nadya!

      Padam
  2. TIGA BULAN tu lama tau sendi-sendi berehat. takpe moga terus kuat & cepat dapat rentak berjalan semula. teruskan share tau! hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. aminn...kekok gila nak jalan...sampai terpeleot kaki mana nak jalan dulu hahaha

      insyaAllah kita akan share perkembangan dari masa ke semasa

      Padam
  3. Moga cepat sembuh ya! Dapat berjalan semula seperti biasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin! insyaAllah akan terus aktif untuk berjalan semula. terima kasih atas doanya cik tk!

      Padam
  4. semoga cepat-cepat sembuh dan boleh aktif macam biasa semula, inshaAllah amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. aminnn. terima kasih ataas doanya sis lea :D

      Padam
  5. Semoga boleh berjalan seperti sediakala. Singgah sini kembali dan follow.

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin. terima kasih atas doanya. dan terima kasih follow kita :D

      Padam
  6. sampai skrg i tatau mana satu ikon clubhouse yg sebenar hahaha .. pastu tak explore tul2 cara nak guna hahah twitter is my most favorite so far :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan??? kita pun xtau. mungkin sebab clubhouse terlalu esklusif hahahaha. i restart balik main twitter after three years delete

      Padam
  7. Balasan
    1. Berehhhh tak leh duduk, kena praktis jalan jugak dkt rumah😅

      Padam
  8. semoga cepat sembuh. kena lebih jaga kesihatan esp masa covid ni. takut sgt.

    BalasPadam

Buy Me A Coffee