Semalam sambil-sambil belek Google Console, terjumpalah satu query; "Cara membuat kakak jadi alien".
Aku macam, 'Eh, budak ni dah kenapa nak buat kakak dia jadi alien? Benda apalah si kakak buat sampai adik dia google begitu sekali?'
Dan bermacamlah soalannya yang macam tak masuk akal.
Hidup punya kakak/abang dan adik ni memang kena;
- punya toleransi yang tinggi,
- pandai tahu bila perlu mengalah,
- tahu bila perlu tegas dan bila perlu jadi sang pematuh segala arahan.
Tips Menjadi Adik Yang Berhemah
- Hormati kakak/abang
- Buat hal sendiri, jangan kerja dok menyaaakat. Kakak/abang pun sama. Adik dah aman damai tu toksahlah dikacau. Kang kena sumpah jadi alien, naya...
- Jangan terlalu ambik hati sangat bila diusik. Chill chill saja...
- Behave...
Aku pun bukanlah seorang adik yang jenis penyibuk hal kakak/adik. End up tips aku just, buat hal sendiri. Masa kecil dulu pun, aku boleh termasuk kategori adik yang hurm....yang macam mana tu? Mungkin adik yang literally-nya buat hal sendiri. Kalau dak takkan main sana sini selalu berpenghujung kena jahit!
Masih jugak nak buat kakak jadi alien?
Hurm...kalau adik pergi confess dekat IIUMC ni, confirm bermacam tips dari barisan pakar netizen akan diterima. Confirm dik!
Sekarang ni, lain orang lain ragamnya. Memang masa marah, geram, dan tak puas hati bermacam benda tak baik kita harap akan berlaku dekat orang yang buat kita rasa macam tu. Akan ada punya...tak banyak, sikit pun mesti ada...
Tapi, apalah gunanya?
Sebab tu perkara paling susah nak dicapai adalah 'Sabar'. Kalau tak, takde wujud pelbagai falsafah dan kata hikmah mengenai sabar.
- Sabar sebahagian dari Iman
- Patience is a form of wisdom
- Patience is the ability to count down before you blast off
- etc.
Tapi, kita tak berada didalam kasut adik ni. Jadi, aku harap semoga adik jumpalah penawar kedamaian dengan kakak adik.
Itu saja cerita kita hari ni.
So, korang pernah jumpa queries yang pelik juga ke sepanjang berblogging ni?
p/s: kalau blog dulu soalan paling famous semua orang cari; 'best ke belajar geomatik' 😅 maklumlah dulu cerita a-z pengalaman jadi pelajar geomatik kita kongsi.
9 Ulasan
Lahai, bermacam query orang-orang sekarang. Dah kenapa nak buat kakak jadi alien. Kesian kat kakak. Hehe..
BalasPadamAkak takde pulak quaries yang pelik-pelik, Alien Oren. Cuma orang search tudung lari. Dulu ada buat post tudung lari. :D
hahaha itulah saya tak tahu kak...>_<!
Padammungkin sebab bosan dok lama sangat dengan kakak dia musim pkp tak habis-habis kot! oh tudung lari...mesti ramai cari tudung yang selesa untuk bawa berlari...
Dah bosan sangat ke nak jadikan kakak tu alien hahaha. Setakat ni tak pernah lagi la jumpa queries pelik pelik tu hahaha :D
BalasPadamhahahaha barangkali! alhamdulillah kalau takde...lega sikit..takdelah berkerut dahi baca...>_<!
PadamAda je.. kadang kelakar bila baca.. hehehe..
BalasPadamhahaha kan kak sha...geleng kepala je lah mampu...dunia oh dunia....
Padamdia melawak ke serious ? i selalu ckp nak jual adik i dlm shopee :)
BalasPadamhahaha melawak la kot...biasalah gurau adik beradik ni memang boleh tahan masuk air jugak >_<!
PadamAntu punya adik. Haha
BalasPadam