Salam berhujung minggu semua!
Esok cuti umum, bolehlah bersenang sedikit (sikit jelah). Maka, akhirnya bertemu juga kita dengan titik pengakhiran bagi sesi review #luckyblog.
Tarik nafas lega betul bila dah habis.
Jadi, kemenangan yang berpihak disaat terakhir bagi barisan peserta contest tempoh hari memang diluar jangka!
Tak pernah berada di Top 3 pada setiap pengumuman, tiba-tiba berdesup mencantas yang lain. Hebat permainanmu Naim!
Maka, sesi ini akan berakhir dengan pemenang tempat pertama bagi contest #luckyblog iaitu Pemuda TTBC!
Review #luckyblog 1: Ke Arah Mencari RedhaNya
Pemilik kepada Blog 'Ke Arah Mencari RedhaNya' ini bernama Naim. Dengan URL blog 'pemuda ttbc', sedikit sebanyak kita dapat tahu yang blog ini dimiliki oleh seorang pemuda yang berjiwa pejuang.
Amboi kau, kemain decribe orang pejuang. Tidak, maksud saya, bila kita masuk dan belek barang satu dua post beliau, kita boleh tahu yang beliau merupakan seorang yang berani menyuarakan pendapat dalam memperjuangkan suara Islam.
Iyalah, kalau bukan Muslim yang melantangkan suara, siapa lagi.
Apa yang Menarik di Blog Ke Arah Mencari RedhaNya?
Isu semasa di sekitar dunia Islam.
Blog ini juga banyak mengutarakan lirik nasyid, tazkirah dan renungan serta yang paling hebat sekali beliau boleh bertazkirah menggunakan anime.
Seorang yang minat pada anime terlalu tinggi menyebabkan favicon yang dipilih pun icon anime.
Hebat benar penangannya.
Blogger Naim juga antara yang paling rajin tinggalkan jejak serta komen dan menyokong pelbagai anjuran segmen, giveaway, contest rakan blogger yang lain.
Rezeki aktif meriahkan segmen membuatkan Naim berjaya mendapat baju raya blog secara percuma!
Dari segi Design?
Yang ini aku akan ulas dalam entri lain. Sabar ya. Kalau nak tengok live, boleh terus ke link beliau yang akan disertakan nanti.
Link Media Sosial Ke Arah Mencari RedhaNya
Blog | Instagram | Facebook Page | Twitter | Pinterest
Kad Raya buat Blogger Naim
Alhamdulillah! Akhirnya selesai j uga misi untuk habiskan review semua blog peserta sebelum Syawal tamat.
Lepas ni, AO akan sambung review wajah baru kedua blog bagi tempat pertama dan kedua pula. Tapi, bukan hari nilah. InsyaAllah di lain hari kita jumpa lagi.
Stay safe and Happy Blogging everyone!
22 Ulasan
Betul, naim rajinn join contest and boleh dikatakan orang terawal join contest. Rajinnn juga tinggalkan komen di blog saya hehehe. Tahniah naim!
BalasPadamKannn! suka betul balas komen orang yang rajin mengomen ni. kita bw pun bila ada masa utk blogwalking. ni pun lahai...hahaha.
PadamTahniah kepada Naim.. Nanti nak gie terjah..
BalasPadamsila-sila kak shikin :D
PadamSemoga semua yang AO review akan terus berblog .... :)
BalasPadamTahniah kepada semua juga
aminnn. pasti punya! insyaAllah :D
PadamSelalu jugak terjah blog ini
BalasPadamalhamdulillah...moga dapat banyak manfaat
PadamBlogger yang rajin...
BalasPadamsetuju!
PadamTerima Kasih AO. Semoga terus sukses ya.. :)
BalasPadamaminnnn!! sama-sama naim!
PadamTahniah
BalasPadam^_^
PadamBlogger naim best! Tahniah naim!
BalasPadamkann! alhamdulillah rezeki rajin blogger naim :D
Padamtahniah! semua hebat2
BalasPadam^_^ alhamdulillah!
Padambestnya bila kena review...meh meh review blog eca pulak :)
BalasPadaminsyaAllah ada masa, ada rajin, AO review hehehe
PadamDah habis review. Saya datang ni nak baca AO komen blog saya. Tahniah Naim!
BalasPadamhehehehe maaf ao tak dapat nak balas komen semuanya ^_^!
Padam