Wajah Raya Blog TTBC

Salam Blogger kepada kalian semua yang setia menatap laman oren ini.

Lama rasanya tak berceloteh. Korang semua okay tak PKP so far?

AO masuk PKP kali ni, haa sibuk meriahkan bilik tukar deco semua. Maklumlah nak upgrade workspace sendiri, baru sekarang dapat rasa bilik idaman ye dak...bak kata omputih, better late than never...

Kali ni sebagai menunaikan janji, AO akan buat review design kepada pemenang utama contest #luckyblog yang sudah. Siapa lagi kalau pengejar terpantas pemuda dari Titi Besi! 

Wajah Raya Blog TTBC

Review blog design TTBC

Ikut pada awal contest hari tu, blogger Naim bukanlah antara yang TOP 3 mahupun TOP 5, tup tup, beliau menang. Ajaib tak ajaib itu semua usaha disaat terakhir.

Naim ada ceritakan trivia disebalik terciptanya nama blog beliau. Pemuda TTBC. Rupanya ia adalah nama tempat! La....baru AO tahu...selama ni dok ingatlah apa TTBC tu ye...maka segala persoalan sudah terungkai. 

Nak tahu kupasan panjang trivia nama blog beliau boleh baca disini:

[Kisah Nama Blog TTBC]

Alamak! AO terlupa nak snap shoot gambar sebelum blog naim bertukar wajah. Allah, memang tak teringat langsung. Rasa macam ada ambil hari tu....sayangnya...

Takpelah kita proceed dengan wajah baru, perkara lepas usah dikenang 😅

Wajah Baru Blog TTBC;

Wajah Baru Blog Naim

Proses Design

Selepas AO umumkan senarai pemenang, AO bagi pilihan yang sama juga kepada Naim seperti mana Kak Farrah. Samada nak bagi cash beli sendiri atau pilih template yang disukai, kemudian tunjukkan pada AO dan AO akan belikan. 

Blogger Naim, pun memilih pilihan yang kedua. 

Selepas menyediakan maklumat yang lengkap, AO pun mulakan sesi mendesign. 

Bezanya blog Naim dengan Kak Farrah adalah, Naim ada chibi penuh cute dekat header dia. Haaa yang itu AO guna khidmat dari Ishamuzen Art. Tu yang membezakan nilai hadiah dia.

AO ni support rakan AO sebab tu untuk bahagian lukisan, AO akan hantar kepada dia untuk dilukiskan. 

Ada rezeki, kita kongsi sama-sama...begitulah.

Bestnya masa proses design blog Naim adalah, pemilihan warna dia jauh sedikit dari yang AO design. Warna hijau ni kira warna baru yang AO main buat masa sekarang. Ramai suka warna biru kehijauan, tak pun peach pink gitu.

Memang tak cerewet lah Naim sepanjang sesi ni. AO pun banyak juga kurangnya nak kena betulkan. Harap Blogger Naim sukalah dengan design adanya dari AO.

Lain-lain...

AO tak jangka sepanjang proses contest sampailah sekarang jadual hidup agak sibuk, PKP tak PKP, kerja masih seperti biasa. Alhamdulillah buat masa sekarang AO cuba ambil waktu untuk blogwalking dan komen di blog rakan-rakan.

Papehal, moga semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Mana yang belum terjah blog Naim, boleh terjah sekarang di sini;

[Ke Arah Mencari RedhaNya]

Moga dimurahkan rezeki buat semua yang membaca dan selamat maju jaya dalam dunia blogging! 






Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Cantikkk template blog naim ni, kita kenan betul dengan font dia >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannn....suka pulak warna yang dia pilih...kena pulak tu

      Padam
  2. Terima kasih AO. 😊😊

    BalasPadam

Buy Me A Coffee