Salam Blogger kepada semua!
Harap kalian berada dalam sihat walafiat hendakNya.
Hari ni terasa sayu benar buat seluruh warga Malaysia. Satu persatu berita kematian semakin hampir dengan orang yang kita kenal. Minggu yang sudah, salah seorang pensyarah AO waktu diploma di Arau, telah pergi bertemu Ilahi. Itupun AO lambat tahu sebab dah lama tak aktif update cerita dengan kawan-kawan.
Kerana COVID kata berita.
Sedih memang sedih. Terasa kali terakhir AO jumpa memang tujuh tahun lalu. Tak sangkakan. Tapi, siapa je yang dapat jangka ajal maut semua. Kita hanya bersedia tunggu giliran...
Tahun baru yang menyayat hati.
1443 Hijrah dalam memori. Pemula bagi sebuah pengakhiran.
Dikesempatan ini, AO nak mengambil peluang untuk mohon maaf diatas segala kekhilafan kepada semua yang mengenal AO. Selamat Tahun Baru Hijrah 1443!
Semangat hidup kena sentiasa diperbaharui demi kelangsungan. Hargai setiap memori dan carpe diem!
Wish you all a happy day, May Allah bless us and stay safe!
p/s:
10-08-21, Kepada Sesiapa akan bermula!!!
5 Ulasan
Salam Maal Hijrah :)
BalasPadamSalam maal hijrah kak AO
BalasPadamSelamat Menyambut Maal Hijrah AO. Semoga di tahun baru ni yang baik baik je di hari hari mendatang. Aaminnn..
BalasPadamSalam Maal Hijrah jugak buat AO! ;)
BalasPadamsalam maal hijrah OA
BalasPadam