Sepurnama lalu, ramai juga yang tertanya dan masih keliru antara podcast dan radio. Hurm, part mana yang buat korang keliru untuk bezakan antara podcast dan radio ni?
Kalau korang adalah antara yang sukar untuk bezakan kedua perkara ini, meh kita tolong jelaskan mana yang boleh.
Apa itu podcast?
Menurut carian Google, podcast bermaksud; suatu digital audio di dalam internet yang boleh dimuat turun oleh pendengar melalui peranti mereka. Selalunya ia berbentuk episod, siri dan boleh dilanggan serta didengar pada bila-bila masa sahaja mengikut kesesuaian pendengar.
Podcast juga merupakan siaran yang direkod sebelum diterbitkan untuk khalayak ramai. Penerbit podcast biasanya mempunyai niche yang spesifik dalam penerbitan mereka. Jadi pendengar mereka juga terdiri dari kategori yang meminati niche yang mereka sampaikan.
Perghh! Ayat baku habis AO terangkan ya.
Senang cerita, podcast ni suatu rekod digital audio oleh seseorang yang gemar membincangkan topik untuk didengar oleh ramai orang. Dengan hanya merekod idea mereka, dan diedit sebelum diterbit, maka jadilah ia sebuah podcast.
Asal perkataan podcast?
Perkataan podcast belum wujud lagi masa awal 2000. Perkataan podcast ni merupakana gabungan perkataan iPod dan broadcast.
Sehinggalah pada Februari 2004 seorang jurnalis dan columnist Ben Hammersley dari The Guardian mencadangkan terma podcasting ketika menulis akhbar berikut. Awalnya ia hanya bagi menggambarkan audio muat turun secara automatik. [sumber]
Pastu lama kelamaan terma tu melekat sehingga sekarang.
Sebelum istilah podcast ni wujud, perkataan yang diguna adalah "audioblogging". Dulu hanya pengguna iPod saja ada akses untuk dengar podcast. Mana ada dekat Spotify, Google Podcast dan lain-lain lagi.
Tapi sekarang, rata-rata carian dah ada ruangan podcast dia tersendiri.
Jenis-jenis podcast
Podcast ni terdiri dari pelbagai jenis. Bukan hanya satu dua, tapi banyak. Dan AO hanya senaraikan kepada 5 sahaja. Iaitu:
- Enhanced podcast
- Scripted podcast
- Podcast novel
- Video podcast
- Live podcast
Setiap dari podcast ni dia seakan rakaman radio tanpa lagu. Temubual bicara yang direkod oleh seorang, dua atau lebih dari tiga orang.
Format penerbitan podcast
Dari jenis-jenis podcast ni pulak, dia terbahagi kepada 8 format penerbitan. Format podcast ni tertakluk kepada penerbit tu sendiri. Memandangkan podcast ni adalah terbitan secara tidak rasmi oleh mana-mana pihak yang berminat untuk hasilkannya, jadi dia takde format rasmi atau terlalu spesifik.
Semuanya terbuka. Sama macam kita blogging. Takde peraturan rasmi yang membuatkan kita ikut undang-undang bertulis ketika menulis entri. Begitulah juga dengan podcast.
Tapi, basic bila kita menerbitkan sesuatu perkara itu ia mestilah sesuatu yang bermanfaat dan tidak menimbulkan spekulasi dan salah faham. Undang-undangnya selalu berunsur hormat menghormati sesama komuniti. Simple.
Apa dia format podcast?
- Interview
- Conversational
- Monologue
- Storytelling / investigating
- Roundtable
- Theatrical (fiction)
- Repurposed content
- Hybrid
Susah ke nak terbitkan podcast?
Kecanggihan teknologi telefon pintar membuatkan sesiapa sahaja yang memiliknya boleh menerbitkan podcast dari situ. Tak perlu peralatan yang canggih, just satu aplikasi, sesiapa saja boleh terbitkan podcast.
Paling simple peralatan yang diperlukan adalah seperti:
- Telefon
- Akses internet
- Aplikasi rakaman audio
- Aplikasi penerbitan podcast
Untuk aplikasi penerbitan podcast pula ada bermacam jenis. Ada yang berbayar, percuma dan freemium. Korang boleh pilih mana yang bersesuaian mengikut keperluan dan bajet.
Apa yang paling penting?
Idea. Idea. Idea.
Apa-apa yang kita nak buat, idea adalah paling penting kemudian diikuti dengan tindakan bagi idea tersebut. Barulah senang rancangan kita dimonetize. Takpe kalau baru dapat satu dua pendengar atau view. Yang paling penting kita mula execute idea kita tadi.
Konsisten dalam penerbitan dan sentiasa buat pembaikan.
Podcast dengan blogging ni tak jauh pun beza dia. Yang bezanya, podcast dalam bentuk audio manakala blogging dalam bentuk perkataan. Perlu dibaca. Audio ni senang sebab kita sambil cuci baju, kemas rumah dan buat kerja pun boleh dengar audionya.
Podcast = Audio
Blogging = Writing
Kedua ni perlukan keberanian dalam mengekspresikan idea gitu.
AO pun masih banyak perkara lagi perlu diperbaiki dalam kedua perkara ni. Konsisten adalah kunci segala kejayaan. Kena ingat tu. (pesan dekat diri sendiri)
Begitulah serba ringkas bagi persoalan APA ITU PODCAST dari AO. Kalau nak simple dan mudah faham korang boleh rujuk infografik dibawah.
Banyak lagi topik podcast ni AO akan kupaskan pada entri lain. Tapi entri kali ni kita bagi penerangan ringkas saja. Mana tahu ada yang berminat untuk terbit podcast sendiri pulak pada masa akan datang.
Kalau ada, sila-silalah roger AO okay!
Happy blogging everyone!
5 Ulasan
Aha btul2 mmg konfius sket podcast ni.. Mmg xde ilmu pasal podcast haha lbh kepada kurang amek tau kewujudan podcast ni..
BalasPadamPodcast ni mcm kes azwan ali interview psl malaikat tu ke? Hehe
Thanks sharing. Selalu jugak dengar podcast di Spotify. Selalu dengar sebelum tidur. Ibarat baca buku sambil pejam mata. Hehe.
BalasPadamThank for share kak AO
BalasPadamSy tahu pasal blogging je
Hehe
Ni dh baca entry kak bru faham
Salam kenal sis...akak tinggalkan jejak bertapak kt sini
BalasPadamThanks sharing AO :)
BalasPadam