Cuci-cuci blog

Sejak dua menjak ni AO perasanlah, blogspot banyak ubah beberapa fungsi dan ada beberapa error yang membuatkan kita rasa macam annoying nak update. Naik menyampah dan rasa macam blergh sangat! Emosi pun terganggu bilamana beberapa item dah tak berapa nak berfungsi sangat. 

Jadi hari ni, selepas tengok ramai rakan blogger dok cuci blog mereka supaya lebih cepat loading, ber-SEO dan berjaya di-crawl oleh Google, maka AO pun buatlah cucian blog juga. Kadang cuci blog dari awal ni bagus juga sebab bila dah semakin banyak entri kita, lagi pening nak cuci. 

(Entri yang sepatutnya publish bulan lepas, tertunda sampai hari ni...)

cuci-cuci-blog

Seperti yang semua maklum, pada Julai yang lalu, Google dah tamatkan khidmat Feedburner. Dimana, segala langganan email melalui feedburner tidak lagi berfungsi dan bagi sesiapa yang ada banyak langganan email terpaksa berpindah ke platform langganan email yang lain. Antara alternatifnya adalah Mailchimp, Sumo, ConvertKit, HubSpot dan lain-lain lagi. 

Kemudian, coding bagi Instagram juga tak lagi berfungsi melainkan kita guna kod html yang di-embed-kan dari platform luar seperti SnapWidget, Elfsight, Light Widget dan lainnya. 

Masalah sebegini adalah suatu cabaran yang agak tinggi jugaklah bagi pereka theme blogger. Bila fungsi dia kerap berubah, nak bagi sesuatu theme tu evergreen dan tiada masalah juga agak sukar. Sebab kita kena ikut perubahan yang dibuat oleh Blogger. 

Isu lain yang AO hadapi juga adalah, post terkini dari bloglist tak muncul diruangan. Jadi, AO tak tahu bila dan entri apa yang terkini dari blog yang AO senaraikan dalam bloglist. Agak mengecewakan sebab tengok blog lain ada je. Tiba blog kita takde. Haishh....memang bengang jugak ni. 

bloglist tak update

Gila tak bengang. Aiguuuu.....padahal AO dah tick semuanya. Tak tahu jugak apa yang menyebabkan dia tak muncul situ. Sabar je lah. Sikit hari ada jugak kita pindah ke WordPress kang. 😒

Disebabkan hal bloglist tak ter-update seperti mana tuannya update, AO pun buat blog khas hanya untuk senarai blog yang AO rajin blogwalking dan jenguk-jenguk. Kotlah bila buat blog baru nanti masalah tu tak muncul.

Malangnya....sama jugak!

Argh!!!!

So, AO pun cuci-cucilah blog ni mana yang patut. Fungsi yang dah tak berapa nak hidup tu, kita buanglah dari muka depan blog ni. 

Antara benda lain yang AO paling menyampah sekali adalah, endless scrolling di ruangan nak update post ni. AO sorang je ke yang alami benda-benda macam ni? Korang takde ke ea?

Hairan!

endless scroll

Dulu rasanya takdelah begini sangat. Tapi bila dah dipublish elok pulak scroll bar tu. Pastu, kenapa dia buat saiz ruangan untuk tulis post ni kecik ea? Punyalah luas alam 1920px nak dekat 2000px, jadinya 700px je??? What's wrong with you? (saiz tu aku main tebak je) 

Aku syak yang buat upgrade dekat blogger ni budak-budak baru atau pelajar intern dekat Google ni. Habis rosak jadinya. User experience habis ke laut jugak lah rasa dia. (memandai je kat tebak. Tapi, serius sangat annoying!)

Okaylah kita letak tepi dulu perihal design blog, UX/UI semua. Buat panas hati je. AO pulak jenis suka tukar-tukar design. Bila ada satu tak function ni dia rasa macam, serba tak kena. Awatlah jadi gitunya...beli, setup mahal-mahal, camtu pulak jadi. 

Sekarang kita beralih cuci-cuci blog bahagian berat pulak. Allah....GTMetrix AO kalau dapat B tu kira syukur sangatlah. Kalau tak D semedang. 

GT-metrix-performance-oct-2021

Setakat ni jer yang AO dapat buat bagi masa sekarang. As long as tak drop ke D sudah. 

AO harap segala masalah seperti: Endless scrolling masa buat entri baru dan juga newest update dari bloglists dapat diselesaikan. Selain daripada tu, kalau tetap bermasalah jugak, tak tahulah nak kata apa. Dah nak dekat 2050 kot...masih lagi ke sistem failed? 

Papehal, all the best buat team blogger.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Alamakkk x pasan plak masalah2 yg AO list kan tu... Sbb rasa skrg buka entry trus taip n post n ttp blog hahah... Pastu baca2 kat hp je bw jenguk2 gitu

    BalasPadam
  2. AKhir-akhir blogger macam ada masalah juga hehe

    BalasPadam
  3. Rasanya ammi pon ada problem Bloglist haritu, rupanya kat url blog tu dibelakangnya kene ada tambahan "/post/feed/defaults" camtulah

    BalasPadam
  4. Akak pun ada perasan ada beberapa orang blogger mula bercerita tentang blogspot nie.. Haihh, rasa macam tak terkejar dengan kecanggihan teknologi sekarang..

    BalasPadam
  5. akhir-akhir ni ramai juga blogger-blogger yang mengadu masalah berkaitan blog ni , ccl pun terkena juga dengan masalah blog , kadang bloglist tak naik , kadang susah nak komen

    BalasPadam
  6. heheh nasib kite semua yg AO ckp semua dah update..perasan lama da yg bloglist tu..hikhik..
    kan! menyampah betul bila nk taip entry ruang die kecik je

    BalasPadam
  7. Blog rabia loading sgt lambat . So rabia tukar jelah template blog

    BalasPadam
  8. Darling, mana pergi lama menghilang😅.

    BalasPadam
  9. Ada juga blog tidak boleh lawat. Eh tidak tahu itu masalah blogger ke atau masalah lain.

    BalasPadam
  10. Betul, bnyk error. Sedih. Bila huda free je, huda amik tau.tak free, begitu kan aje hehehe

    BalasPadam