Achoo!
Ha kau, bersawang teruk blog ni ya. Mahu tak bersawang mahu setahun jugak AO senyap. (Padahal baru enam bulan....) Tak merasa betul!
Aih, sedap betul jiran sebelah ni masak. Bau menusuk ke rongga bisa kecur air liur nih. Sekarang baru jam 2 petang. Jam 3 pun tak sampai lagi. Awal betul masak untuk berbuka. Hahahaha
Well, kabare kalian semua yang masih aktif berblogging!
Wa caya dan salute sama korang yang kekal aktif dengan blog dulu, kini dan selamanya.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, iblis dan syaitan pun sudah diikat, jadi takde alasan untuk AO bermalasan tak update blog. Yelah, nak salahkan dorang pun dah macam menegakkan benang yang basah. Sekarang cerita dia, AO je lah yang ada penyakit M tu. ^_^!
Sementara baru 1 Ramadhan, AO rasa, masih belum lagi terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan Kareem 1442 Hijrah buat semua pembaca.
Apa yang buat AO tak rajin sejak 6 bulan lalu adalah interface blogger ni. Nampak gayanya AO kena pejam mata je lah dengan interface dorang. Sebabnya, memang takde perubahan apa pun. Bazir je AO tunggu. Sudahnya yang bersawang blog itu AO jugak....
Kalau ada bajet lebih nanti mahu angkat kaki saja tukar platform lain. Sabar jelah buat masa sekarang. Kang asyik menunggu bajet lebih, AO pun ntah kemana.
So, korang pe cer Ramadhan tahun ni? Dah buat list senarai bazaar untuk diserbu ke? Oh ya yang berada jauh dari keluarga tu, dah beli tiket balik raya belum?
AO baru je beli minggu lepas. Harga tak usah cakaplah berapa. Dah macam beli tiket untuk ke India pun ya. Tapi sebab semua orang bakal meraikan raya kali ini dengan normalnya, maka moh le balik walau tiket mahal sekalipun.
Ramadhan kali ni AO puasa sorang saja. Masaklah menu yang simple-simple sebagai warga solo. Kenalah berjimat sebab nak upgrade site punya pasal. Alamak! Baju raya pun belum beli lagi ni. Sesiapa yang ada jual baju raya tu, sila-sila rajinkan diri drop link Shopee. Buat peneman cuci mata selepas taraweh.
Akhir kalam sebelum AO bebel lagi panjang, AO harap korang semua masih menjaga kesihatan sewajarnya. Kalau sakit, jarakkanlah diri. Okay?
Sampai bertemu kembali!
Yang chipsmore,
Alien Oren (^_^)
8 Ulasan
salam ramadan AO.. ^^
BalasPadamsalam ramadhan juga sistur! ^ _ ^
PadamHey, there! Ramadan Mubarak! I love your blog design!
BalasPadamsalam ramadhan AO! ada geng blog bersawang haha. semua masih draft, belum berkesempatan nak habiskan menulis hehehe. semoga dipermudahkan segala urusan AO! hehe
BalasPadambtw ni Kekja. baca blog guna phone, tak reti nak tukar email hahaha susah sikit bila guna phone.
BalasPadamsalam ramadhan
BalasPadamtest~ test~ hai AO! update blog kemonnnnn ehehehe
BalasPadamhai AO! ehhhh betul ke blog ni yg AO masih guna? ahaksss~
BalasPadam