Jual Barang dengan mudah hanya di Carousel!

Salam warga blogger semua! 

Kabare! AO harap korang semua sihat walafiat hendaknya. InsyaAllah amin! 

So, perkongsian paling teruja AO nak cerita adalah bilamana kita dapat bersihkan rumah dan mana barang yang masih elok boleh dipakai kita jual dan semestinya ada orang nak beli. 

Haaa itulah moment paling legalah AO rasa sebab kita tahu at least barangnya ada manfaat pada orang yang lagi perlu. 

AO dah lama guna platform Carousell untuk jual barang-barang baru, or yang rasa tak kena dengan jiwa dekat situ. Sejak 5 tahun lepas item pertama yang AO pernah jual adalah smartphone. 

Masa tu AO jenis tak suka ada banyak-banyak phone. Semak katanya. Jadi phone tu AO jual. Dalam seminggu macam tu dah ada buyer. Laju kan?

Apa itu Carousell?

Korang pun mesti familiar dan biasa dengar nama apps ni kan. Ini pun dikira antara aplikasi awal yang wujud setara dengan Grab, Uber, FoodPanda dulu. 

Carousell adalah satu aplikasi dan juga platform pemasaran untuk jual barangan di atas talian. Syarikat yang diteraju oleh pengasas dari Singapore pada 14 Mei 2012 ni sekarang sudahpun meluaskan empayar mereka hampir serata Asia (boleh baca lanjut di sini). Kiranya masuk tahun ni dah masuk tahun ke-11 dorang dalam industri pemasaran digital. 

Penjualan Barang di Carousell

Cara Setup Kedai Carousell

  1. Pertama dan utama korang mestilah kena ada akaun Carousell. Kalau belum ada, korang boleh je daftar guna akaun Google.
  2. Mesti ada barang yang nak di jual. 
  3. Once korang dah tahu nak jual barang apa, pastikan ambil gambar yang sedap mata orang nak beli.
  4. Upload gambar tadi
  5. Isikan details serta description barang yang korang jual berserta harga
  6. Isikan juga cara penghantaran samada buyer kena self-pickup atau secara courier. 
  7. Jangan lupa promote barang korang tadi kalau nak cepat laris. 

Bila dah ada pembeli...

  1. Korang tak boleh sembarangan share detail sebab kadang-kadang platform macam ni memang banyak scammer. So kena hati-hati ya...
  2. Kalau ada serius buyer, dia takkan blue tick atau ghosting korang. 
  3. Kalau ada buyer offer harga yang agak rendah dari harga yang korang jual, korang boleh je tolak offer tu. Melainkan korang boleh kawtim.
  4. Lepas tu, buyer boleh terus buat pembayaran melalui Carousell kalau diorang pilih secara penghantaran. 
  5. Ada juga yang buat pembayaran secara tunai bila dorang self-pickup.
  6. Bungkus barangan korang tu dengan kemas dan elok rapi supaya buyer boleh tinggalkan review yang memberangsangkan.
  7. Print airway bills dan tampal pada bungkusan barang tadi secara jelas. Airway bill ni akan disediakan oleh Carousell. Dia ada dua. Satu tampal dekat barang, satu lagi bagi dekat orang di kaunter Pos. 
  8. Drop off barang korang di mana-mana cawangan Pos Malaysia. 

Untuk penjualan barang second hand item kecil sederhana, Carousell memang paltform paling dipercayai. Plus, kalau korang buat penghantaran dalam Corousell ni tak perlu bayar pun. Sebab dorang pun ada courier partner sendiri. Siapa lagi kalau bukan Pos Malaysia.

Maka, kat situ tak payah nak pening-pening fikir harga kos penghantaran

Once dah close deal, buyer dah buat pembayaran, korang just print airway bills, dan tampal di bungkusan. Lepastu, pergi Pos Malaysia, letak je barang dekat situ tanpa perlu beratur. Yang penting, korang kena pastikan alamat pembeli itu betul supaya takdelah isu salah alamat. 

Dah selesai! Korang just tunggu buyer korang terima barang dalam kondisi yang selamat. Rajin-rajinlah tengok tracking number ya. Takut ada terbabas or tersangkut dimana-mana, naya kita. 

Ka-ching!

Korang dah berjaya dapat duit dari hasil jualan yang tersangatlah simple. 

Mudahkan? 

Even jualan di Carousell lagi mudah berbanding Mudah. hahahaha....well, kalau dekat Mudah.my, barangan automotif, jualan rumah, hartanah, tu adalah platform yang laju. Itu based on pengalaman AO lah. Sebab AO ada jugak letak barang dekat Mudah, tapi dia tak tarik selaju Carousell. 

Setakat la, AO baru jual empat barang di platform tu. Jarang-jarang barang nak dijual tu ada. Masa buat clearance rumah baru ada barangnya. So, insyaAllah towards minimalist ni lagi banyak barang yang AO akan senaraikan nanti. Hatta baju raya tahun lepas pun AO dah jual tau! Takde fungsi mana nak perap baju raya ni. 😅

Okay ini adalah antara barang pertama yang AO jual melalui penghantaran. Itu yang teruja tu. Biasa secara meet-up kan.

Korang mesti lagi banyak barang dah terjual kat sana kan? Share-sharelah pengalaman korang pulak sepanjang guna platform Carousell ni. Mana tahu bermanfaat untuk yang baru kali pertama nak guna. 

Apa-apa pun AO nak nasihatkan supaya sentiasalah berhati-hati dalam sebarang transaksi. Dengan adanya platform sebegini, kita harap dapat membantu orang yang lebih perlu lagi. Cintai Bumi kita dengan amalam kitar semula. Haaa gitu....

Kalau korang nak bagi percuma pun boleh. Takde masalah. Janji masih boleh pakai. 

Semoga bermanfaat!

p/s: tiada unsur affiliate atau promosi disini. Hanya sekadar review dari pengalaman hati 😎

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Amboi bju raya dah selamat di jual ek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyaa....ga tau jua apa fungsi baju raya sebenarnya...hahahaha

      Padam
  2. Pernah ada rasanya akaun Carousell ini dulu.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. akaun Carousell ni memamg jarang-jarang nak bukak. Sebab kadang leka dgn platform lain ^_^!

      Padam
  3. pernah jual brg dlm account ni tp yg byk scammer

    BalasPadam
  4. k.ana tak blh nak drop komen lah kat Sofieadi.com sbb keluar error check ape benda tah (dah lama jd camtu).. kat yg ni k.ana blh drop komen ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. haa saya dah check dah kak ana. ada bug pulak situ and dah dibuang. Tak perasan pulak ruangan komen jadi macam tu. Thanks highlight kak ana! ^_^ selamat hari raya!

      Padam