Tenang itu Mahal!

Kalau orang tanya, perkara apa paling mahal di dunia ini, apa jawabmu?

Dulu masa fikiran masih diselubungi materialistik, rasa semua benda mahal. Itu ini tak cukup. Selalu mengeluh, bersungut. Semua benda serba tak kena. 

Lepas tu seiring injaknya usia, baru sedar sebenarnya tenang itu paling mahal. Lapang fikiran, lapang jiwa dan raga adalah suatu anugerah yang paling indah. Rasa cukup dengan segala kehidupan. Syukur alhamdulillah. 

Hendak dikejar terlalu beria itu tidaklah menjadi sasaran utama. Yang penting jiwa ini tenang. Tidur malam yang cukup nyenyak, di kedinginan sunyi yang buat kita rasa lebih nyaman untuk beradu dan merenung usia di alam sana. 

Ya, tenang itu mahal. 

Tidak boleh diberi bagi pula. Nampak tak betapa mahalnya rasa tenang itu. 

Jika kau miliki, simpan dan jagalah rasa itu sebaiknya. Bukan senang untuk dikurnia rasa tenang begini. 

AO makan masa bertahun untuk terapkan pemikiran begini. Tenanglah jiwa, usahlah terlalu kalut pada sesuatu yang bukan terletak dalam genggamanmu. Lepaskan keserabutan dan tekanan itu pergi. 

'This too shall pass...'

Tarik nafas dalam-dalam, kemudian perlahan dihembus...insyaAllah tenang akan kembali menyelinap masuk. 

Teringat satu nasyid yang AO pernah dengan masa kecil dulu. Lirik dia berbunyi;

Jadi AO sudahi entri kali ini dengan perkongsian video klip serta lirik dari kumpulan Qathrunada dengan nasyid mereka bertajuk 'Bahagia'. Semoga bermaanfaat!

Lirik Nasyid 'Bahagia' oleh Qathrunada

Bahagia itu maknawi juga bersifat rohaniah
Rasa senang bukan bahagia sekalipun ia berharta
Kerana semua itu bersifat lahiriah
Ia bukanlah hakikat bahagia..

Tenang itulah tanda bahagia....
Tiada kenal 'kan keluh kesah
Bila tiada kebahagiaan....
Hidup penuh kepuraan

Mazmumah punca tiada bahagia
Kerana terus mengekalkannya
Hasad dengki, gila dunia, 
Sombong bongkak merosakkan segala

Carilah tenang dapatkan bahagia
Cintakan Allah setiap masa
Bila zikrullah di hayati
Barulah bahagia diperolehi

///

Sampai bertemu kembali!

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. so true..... ada je nak difikirkan bila mcm clear kejab otak tu kan. nak tido pun ada je yg terfikir..
    istifar..its help. in sya Allah... morning , have a good day!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan...paling best bila dapat tidur tanpa fikirkan apa-apa...nyenyak siap mimpi tidurnya ^_^. Have a good life too!

      Padam
  2. tenang itu awesome...Harap hidup di dunia akhirat keduanya tenang..Aamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnn. Hajat paling diidam ramai. Moga husnul khatimah ^_^

      Padam
  3. Betul itu hendak dapat tenang bukan mudah.
    Saya masih bertungkus lumus untuk dapat ketenangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah...kadang untuk dapatkan tenang ni suatu yang amatlah mahal. Sekali dapat, memang kita akan hargai.

      Padam
  4. ketenangan bila dpt capai tu nikmat betul.. kepala ringan tak berserabut

    BalasPadam