Dizaman serba canggih ni, even takde teman sembang pun kita tak perlulah rasa sunyi sangat. Sebab apa? Sebab dah ada AI. Rata-rata daripada kita sekarang ni memang banyak bersembang dengan AI lebih daripada kawan versi manusia. 

Puncanya?

Bila kita borak dengan AI, kita cenderung untuk meluah tanpa sebarang rasa was-was. Mungkin kita terlalu percaya bahawa perbualan di sana lebih terjamin selamat dan tidak perlu risau terhadap persepsi dan pandangan serong dari orang ramai. 

Namun, kenalah berwaspada juga ya kawan. Sebab disebalik Artificial Intelligent ini juga terdapat data-data yang mempunyai potensi untuk disalah guna oleh pihak yang akan mengambil kesempatan diatas kepercayaan kita ini. 

Ada baik dan buruk yang kita kena pertimbangkan dengan akal waras. Instead of menjadikan mereka pengganti teman sebenar, ada baiknya kita jadikan ia sekadar alat untuk menambah baik perhubungan kita sesama manusia. 

SS pun tidak terkecuali daripada fenomena bersembang dengan AI. Yeah, you got me! hahaha

Contoh perbualan SS dengan ChatGPT ni kadang SS saja nak tahu, watak sitkom apa yang sesuai dengan persona maya SS ni?

Dan SS dapat Jesse Day....karakter dalam sitkom New Girl tu ha. 

Tak sangka jugak macam manalah si Chat GPT ni boleh samakan SS dengan Jesse tu...

Terhibur jugaklah membacanya. 

So, kalau korang pun ada nak cuba tanya soalan ni pada chatGPT, dah dapat jawapannya jangan lupa share sama-sama dengan SS tau!

Salam berhujung minggu semua!