Semalam SS betul dah bersemangat. Semangat tekad tahun baru Hijrah lah katakan…Azam dan bisik dalam diri untuk jadikan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya…
Sudahnya, usai menyiapkan baju mingguan untuk dipakai waktu kerja, tanpa sedar terus mengalir hingusnya tanpa benti..
Aik, nak naik demam ke ni?
Hachoooo!
Okay sekali. Sambung balik buat kerja…
Achooooo! Achooooo!
Okay dah masuk tiga kali bersin ni memang dialah tu.
Abaikan dulu. Mungkin selsema je kot an?
Pagi masuk kerja macam biasa. Sekejap sejuk, sekejap berpeluh. Lepas tu rasa dingin semacam. Kemudian berpeluh balik..
Aik, main-main pulak dianya ya.
Memandangkan hari ni terpaksa membuat pertanyaan secara bersemuka kepada pihak penguatkuasa yang berkaitan, SS keluar awal dari pejabat untuk selesaikan tugasan dulu. (Terpaksa sebab SS memang malas betul kalau kena walkin query ni. Tapi dengan walkin ni selalunya mempercapatkan kerja since setiap panggilan telefon selalunya sangatlah tidak membantu…)
Usai sesi tadi tamat, terus kepala rasa bingit. Telinga rasa macam duduk dalam air.
Lebihan ubatan lama pulak dah habis ditelan. Ubat backup pula tak ada.
Memang kena pergi klinik la ni nampak gayanya. Rezekilah company ada sediakan benefit klinik panel. Walkin, jumpa doktor, ambil ubat dan selesai…
Alhamdulillah kelebihan bekerja di syarikat yang sediakan kemudahan macam ni. Syukur sangat rasa.
Ikutkan memang SS jarang nak pergi klinik kalau masih ada stok ubatnya. Ubat yang lebih kurang punya sakit yang seakan sama, biasanya SS akan ambil dulu sebelum betul-betul perlu ke klinik.
Harapnya mental, fizikal dan jiwa SS ni kental lah untuk menghadap hari esok.
Kalau tidak, kita gunalah MC backup tadi…
Dari dok hachi hachi sebarkan virus kat pejabat, baiklah SS kebah dulu sendiri ni.
Ni semua gara-gara banyak kejutan yang bulan Julai akan bawalah kot ni ye sampai demam sebegini 😅
Parah-parah…
Oh ya SS dah follow up rakan kerja hari tu. “Dah setup ke blog kau tu..?”
Jawabnya.. “Tunggu aku tukar phone elok sikit buat update-update cerita..phone ni pun dah macam nyawa ikan dah ha…”
Korang jangan berjangkit macam SS ni pulak nanti. Sedia mental, fizikal pulak tumbang.
Dunia oh dunia.
Hamba hanya tersenyum ketawa melihat sandiwara permainannya…
Tapi sekarang memang musim demam selsema jugak kan?
Jaga diri dan kesihatan semua!
2 Ulasan
Semoga cepat sembuh, SS. Anak kedua akak pun demam selsema juga ni, ha. Musim, kot.
BalasPadamSemoga cepat sembuh.
BalasPadam