Salam Aidil Adha semua!
Macam mana hari raya korban korang?
Alhamdulillah rezeki yang SS dok gigih mengomen di blog CCL akhirnya menjadi kenyataan lah korang!
Tak sangka jugaklah terpilih sebab hari tu nampak macam takde peluang kan tapi rezeki itu sentiasa ada.
Jadinya SS baru perasan entri CCL umumkan yang blog Sembang Sorang telah dipilih sebagai top komentar pada bulan Mei 2025 tu hari ni.
Entri beliau boleh dibaca disini 👇🏻
https://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2025/06/top-commentators-of-may-2025-tahniah.html
Apa lagi, SS pun laju-lajulah hantar email kepada CCL dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha pada beliau.
Syukur betul SS rasa bila kita ada pemangkin untuk lebih aktif blogging. Sayang rasa nak ditinggalkan dunia nan satu ni. Even kadang tu seminggu satu post. Pastu lama-lama seminggu dua tiga post.
Ada masa idea nak menulis tu laju je. Ada kadang rasa macam, memang takde mood nak menulis. Tapi orang kata, impian tu bukan tercipta hasil daripada mood. Tetapi displin dan konsisten gitu.
Cumanya kita takmolah terlalu rigid. Yang penting kita enjoy!
SS yakin dikalangan pembaca SS ni kebanyakannya mengenal blogger Cik Cappuccino Latte atau lebih mesra dengan singkatan CCL yang cukup terkenal sebagai seorang blogger yang rajin memberi saguhati pada setiap bulan kepada rakan top komentar di blog beliau.
Jadi jom kita rajin-rajin menjengah serta membaca setiap perkongsian kalam dan intipati dari blogger CCL. Sagu hati ni kira rezeki extra point untuk kita sentiasa menitip komen tanpa jemu.
Sebelum SS terlambat,
SS juga mahu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua rakan blogger yang rajin menjengah sini dan meninggalkan jejak kalian di ruangan komen SS.
Semoga ukhwah atas saling berkongsi cerita di platform ini mendapat naungan Rahmat dari Ilahi. Amin amin aminnn…
SS doakan rezeki kita semua sentiasa dimurahkan dan diberkati. Dan setiap dari pengorbanan kita untuk menjadi terbaik dan bersedia untuk dunia akhirat yang kekal abadi sentiasa dipermudahkan…Aminn
P/s: semoga SS dapat jadi top komentar bagi blog kak shikin pulak lepas ni 🤭
11 Ulasan
Tahniah jadi pemenang. Selamat hari raya Aidiladha.
BalasPadamTahniahhh ye... Ha ah, saya kenal CCL 😍 Semoga terus dilimpahkan rezeki buat kita semua.. Aamin! Keep it up!
BalasPadamSalam Aidiladha!
Tahniah, SS, berjaya jadi top pengomen blog CCL. Tepuk, tepuk! 😁
BalasPadamTahniah SS 👍🏻
BalasPadamSelamat Hari Raya juga...
tahniah SS top komentator di blog CCL! tahniaahhhh! hehehe.. salam aidil adha SS!
BalasPadamCongrats kak... Pastilah kenal kalau kak CCL. Dah lama juga saya selalu komen di blog nya. Saya memang suka membaca, jadi tiap hari pasti baca banyak blog teman2 di Indonesia ataupun Malaysia . Pernah beberapa kali bertemu dengan blogger Malaysia tiap kali saya ke KL atau Penang. Selalu sukaaa kalo ada kesempatan meet up dengan bloggers :).
BalasPadamAlhamdulillah . Tahniah menjadi top komen blog CCL untuk bulan Mei .. terima kasih kerana sudi ziarah di setiap entri blog CCL ..
BalasPadamSalam aidiladha
Tahniah jadi pemenang di blog CCL, meh la jadi pemenang untuk blog kak SA plak...
BalasPadamBertambah semangatlah nak rajin komen kan. Tahniah, rezeki tak pernah salah alamat.
BalasPadamTahniah SS..
BalasPadamTahniah menang... Salam Aidiladha 😅
BalasPadam