Salam Maal Hijrah & Awal Muharram 1447

 Alhamdulillah kita masih dipertemukan dengan tahun baru hijrah1447. Rezeki dari Dia untuk kita lebih menghargai setiap masa dan kehidupan yang diberi. 

Macam mana korang semua sempena tahun baru Hijrah ni? Ada yang cuti tu ke mana hari ni? Maklumlah ni last cuti umum bagi bulan ini sebelum kita berjumpa lagi cuti umum pada bulan September nanti...

SS sebelum masuk bulan Julai dah termenung panjang. Menghitung hari-hari dan semangat untuk menempuh 62 hari yang panjang nanti. (Awal benar kau termenung ye?)

Sempena Awal bulan Muharram dan sempena menyambut tahun baru Hijrah 1447 ni, SS doakan kita semua agar dipermudahkan segala urusan dunia akhirat, dikurnia kesihatan serta diperluaskan rezeki. Aminnn

Tahu semua berdebar nak masuk bulan baru ni. Macam-macam berita dah keluar dan gempurkan pertukaran yang akan meningkatkan kos sara hidup...takut betul rasa..

Tapi takpa, kita kena yakin dengan Pemberi rezeki utama kita. Yakin setiap dari rezeki itu Allah dah aturkan. Tugas kita sebagai hamba untuk terus berusaha tanpa henti dan sentiasa bertawakkal kepada Dia.

Jadi...apa misi korang bagi tahun baru hijrah ni?

SS....macam-macam plan. Doakan semuanya agar dipermudahkan okay. 

Thank you korang yang sentiasa jengah blog Sembang Sorang! 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Salam Maal Hijrah.. Semoga tahun baru ini keadaan lebih baik dari yg sebelum..

    BalasPadam
  2. Salam maal hijrah SS, semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya..

    BalasPadam
  3. Salam Maal Hijrah. Semoga tahun baru ni kita dapat perbaiki diri ke arah lebih baik.

    BalasPadam