Kisah Hasutan Cipta Blog dan Tenang Saja Menjelma 1 Julai...

 "Eh, nanti kalau barang aku sampai kau tolong ambilkan tau. Atas nama Sembang Sorang..." pesan SS kepada rakan sekerja. 

"Sembang Sorang? Hahahaha" dia ketawa sebelum akur untuk membantu SS simpankan hadiah usai diterima dari tukang penghantar barang. 

Dua minggu sudah kisah itu SS perapkan dalam kepala. Hendak ditaip, leka melayan sitkom 'Modern Family'. Maklumlah baru kali pertama menonton sitkom tersebut. Katanya, sitkom tu sangat banyak membawa elemen kekeluargaan. 

Memang betul. SS yang baru sampai siri ke-6 rancangan tersebut pun, kadang sendu sorang. Tersentuh perasaanlah, teringat suasana riuh kala kumpul sekeluarga. Sekarang susah juga nak berkumpul. Jadi, pengubat jugaklah melayan karenah setiap watak sitkom tersebut.

Siapa sangkakan, bila kita aktif dan rajin (tidaklah rajin mana pun) dalam kongsi cerita di laman blog dan rajin tinggalkan jejak pada laman blog rakan lain, boleh tercipta satu komuniti maya. Tak pernah pun kita bersua, tapi rasa dekat je selalu. Rasa macam rakan lama. Dengar nama domain blog, terus terbayang wajah blog, si pemilik dan karakter maya yang digarapkan....

Dia tak sama macam dunia maya di platform lain...

"Kau tak nak cuba buat blog? Mana tahu dah berjinak nanti terus ralit jatuh cinta gitu..." SS cuba mencucuk jarum agar rakan satu tempat kerja itu belajar dunia blog. 

"Macam mana nak buatnya? Kira kau buat dekat Google ke?"

"Haah buat dekat Google je. Mula-mula kau taip B-L-O-G-G-E-R, lepas tu kau daftarlah..." terang SS ringkas.

Rakan SS ni tadi, bertatih juga menaip ejaan platform blogger. Setelah pautan yang dicari dijumpa, dia masih lagi blur...

"Kira ni macam diari kau lah ek?"

"Lebih kurang macam tu lah. Kat sana kau tak riuh sangat macam platform lain. Dia macam santai, rilek-rilek gitu..."

"Kiranya ramai jugaklah orang aktif kat sini?"

"Boleh tahan. Nanti, kau free-free buatlah satu blog. Coret-coret harian buat kenangan mendatang. Plus kat sana, dia macam safe haven..."

Begitulah topik bualan peneman makan tengahari SS tadi. Kadang topik masa makan ni random. Sangat random. Bercerita perihal kehidupan, isu semasa, masalah sosial dan lain-lain...

Kalau boleh sekarang, SS malas nak masuk isu yang memberatkan raga. Sepertinya isu paling berat sekarang adalah, persediaan kita bagi menghadapi perang dunia ketiga. Allah....

Menung betul rasa. Belum lagi hujung minggu ni akan berlaku panic buying. Sebab utama? 

Khabarnya 1 Julai semua barangan dah naikkan harga. Fuh...lagi menung kita kawan. 

Takmaulah panic macam ni. Kita kena tenang. Harus tenang. WAJIB BERTENANG!

Seolahnya, bila 1 Julai menjelma, segalanya auto berbeza. Dulunya begini harga, nanti harganya sekian. Takutnya nak membeli tengok harga semakin naik...

Sekarang ni pun SS dah perasan, ramai rakan lama SS dah mula berjinak dengan pendapatan sampingan. Jual produk digital, jual barangan ansuran, jual pelan kesihatan....

Mungkin dah mula risau sumber pendapatan yang satu ini tidakkan dapat menampung kos sedia ada. Kitanya baru je nak mendewasa, sekali begini sekali realiti menghenyak kita...

Tenang semua... SS pun tengah cuba belajar tenang. Takmo keluh kesah gundah gelana tentang perihal isu yang belum kita hadapi. Persiagakan mental kendiri, jiwa yang kental bagi setiap rintangan hidup. Kawal mana yang kita dapat kawal. Faktor lainnya kita bertawakkal. 

Tipulah kalau kata tak risau langsung. Tapi taknak terlalu sarat berfikir, nanti habis rasa syukur dalam hidup...

Jadi, bulan ni nak kena topup groceries awal ke? Atau biar je buat rutin macam biasa. Beli kemudian pun okaykan? Kan?

Kan? 

Ke korang pun dah start shopping awal untuk lengkapkan keperluan? 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. hasut je kwn tu sampai dia buat blog sendiri jugak.. biar die terjebak dgn blog ehehe.. k.ana tak panic buying, biar je lah lantak situ. maleh nak mikir sgt.. panic buying pun buat penat je nti nek berebut + beratur pnjang hnss hnsss idokler rajinnnn temannn ahakss

    BalasPadam