SS bukanlah seorang peminat filem seram. Tapi ada sesetengah filem seram tu, SS rasa kena tengok sebab jalan cerita dia yang menarik (even kadang kita dah tahu semua plot).

Macam dua kronologi movie filem seram yang SS memang suka tonton adalah siri Insidious dan juga siri The Conjuring. 

Siri filem The Conjuring ni yang membuatkan ianya lebih menarik adalah ia berdasarkan kisah sebenar. Dan Ellaine serta Ed Warren ni pun memang wujud. 

SS memang suka tengok filem seram bilamana dia ada berkait dengan kepercayaan mereka. Dan setiap dari kita walau berbeza pegangan agama, paling kurang mereka tahu ada kuasa yang Maha Besar dalam menjadikan setiap peristiwa itu berlaku bagi proses rawatan pembuangan kuasa jahat ni.

Macam ada satu filem seram tu SS pernah tengok tersangat penat! Sebab kisah tu langsung macam tiada pegangan agama. 

Katanya filem Conjuring Last Rites ni adalah pertempuran awal Ed dengan Ellaine sepatutnya kendalikan tetapi mereka 'lari' dari menghadap entiti ni sehinggalah ianya menjadi kes yang parah dan melibatkan keluarga yang lain.

SS kan dulu pernah kata takkan bazirkan duit untuk tonton filem seram dekat wayang sebab apa? Sebab 40% dibazirkan dengan pejam mata!

Memang betul pun! Lagi-lagi part jump scare dan entah tiba-tiba suasana jadi kelam. Haaa part tu bersedialah pejam mata ya kawan-kawan...

Menjerit? Yup memang jeritlah ceritanya. 

Apa-apa pun sempena bulan cuti yang banyak ni, luangkan masa dengan menonton filem seram tersangatlah berbaloi. 

Oh ya sitkom Fresh off the boat pun SS baru masuk season ke-3 daripada 6 season. Ini confirm sebulan je dah habis. 

So, apa filem terbaru yang korang dah tonton baru-baru ni?