Alien Oren bukanlah nama pertama dalam senarai. Langsung tak masuk senarai! 

Bermacam-macam nama direka selepas insiden yang membuat kakinya tempang hampir enam bulan lalu. Dua kaki, tujuh kaki, xuesheng eternity, jiwa oren, alien bumi... itu semua nama yang sepatutnya didaftarkan. 

Setelah ditimbang tara tanpa neraca, akhirnya Alien Oren dipetik untuk didaftar secara rasmi tepat di awal Tahun Baru Cina 2021. Itupun hasil ihsan dari blogger yang sekamceng sejak 2014 lalu. 

Kata dia, sayang jika aku lesapkan blog lalu. Sudah jadi trademark katanya lagi...

Ha, trademark lah sangat. 

Cerita lainnya, domain blog yang satu itu bermasalah. Tak dapat dibuka sejak berlaku pemindahan hosting. Itulah...nak cerita tentang itu pun boleh habis satu entri. Nantilah aku cerita penuh.

Rebranding online persona

Tahun 2020 bukan saja ubah dimana duduk dirinya aku sekarang, malah turut memberi impak yang amat dasyhat pada personaliti yang aku pernah percaya 20 tahun lalu. 

Aku penat pikul nama yang bukan lagi identiti yang aku mahu. Ya, ia pernah mencipta pelbagai memori, menangi pelbagai giveaway dan contest, diangkat sebagai penulis separa masa laman beli belah terkemuka, dan tipulah kalau aku kata ia tidak menghasilkan pendapatan sampingan. 

Ada. Dan sentiasa ada. 

Tapi itu semua cerita tiga tahun lalu. 

Kini, segalanya telah dihapus dari semua penjuru enjin carian. Nama itu kalau boleh aku mahu lupuskan dari dunia maya. Biar orang yang mencari dan pernah mendengar nama itu tidakkan bertemu dengan apa yang dicarinya. Ia mati. 

Pengakhiran bagi sebuah permulaan. Itulah yang menghasilkan siapa aku sekarang. 

Alien Oren

Sebab budak ambivert selalu jadi alien di dunia introvert dan extrovert. Plus, oren cool kot! hahaha

Tak mudah sebenarnya buat keputusan untuk kuburkan sesuatu yang pernah jadi sebahagian dari nadi dan peneman sepanjang perjalanan bergelar seorang pelajar. Dialah tempat aku meranting dunia diploma sehinggalah masuk ke alam pekerjaan (walaupun sekejap).

Tempat cerita pelbagai crush hahaha....tapi tu lah....inilah keputusannya. Demi kebaikan sebuah nama, dan pemula baru bagi sebuah kerjaya. 

Jadinya, untuk kalian yang pernah tahu dan kenal siapa Xiao Ren sebelum wujudnya Alien Oren ini, aku harap kalian faham atas segala perubahan yang sedang berlaku. 

Nama yang terdahulu itu biarlah tetap sebagai kenangan lalu. 

Akhir kalam, selamat datang ke ruangan Alien Oren!


Dan xin nian kuai le!