Salam Ramadhan Kareem buat warga blogger!
Bermula 15 April sehingga 15 Mei, AO mengadakan contest #luckyblog sempena tujuh tahun berkecimpung dunia blogging. Bermula dengan penubuhan yuhaadie, kemudian berpindah ke WordPress dengan nama sofieadie, kini dengan persona baru Alien Oren.
[Kisah turun naik berblogging]
Jadi, sepanjang turun naik fasa dunia blogging ni, aku ambillah peluang meraikannya dengan menganjurkan contest setelah sekian lama menyepi.
Oh ya, ini bukan post yang ditaja. Sekadar satu dua link affiliate sebagai perkongsian. Ia tidak menjejaskan mana-mana pihak. Tapi, kalau korang klik link dan sign up di situ, ia akan membantu aku dapat diskaun untuk plan berbayar pada masa akan datang 😇
Contest guna SweepWidget?
Anjuran contest kali ni aku gunakan khidmat aplikasi SweepWidget untuk tentukan nilai mata dalam pemilihan pemenang berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Memandangkan contest ni agak berbeza dengan nilaian giveaway serta segmen, jadi dia punya peraturan tu agak berbeza.
Sepatutnya, aku boleh je nilai secara rawak dan berdasarkan budi bicara sepertimana aku pernah buat empat tahun sudah (contest #lastgift, contest #dearsofie). Tapi, disebabkan nak bagi sama rata dan biar mesin yang nilai dan tentukan, jadi aku carilah aplikasi yang sesuai serta percuma dalam anjurkan contest yang awesome.
Kalau guna WordPress, dia dah ada banyak senarai plugin yang kita boleh pilih untuk anjurkan contest dan giveaway yang menarik. Tapi, Blogger kena bergantung dengan widget luar dalam pengendalian yang sama.
Sayangnya, kebanyakan widget yang support Blogger adalah berbayar. Dan antara yang tidak perlukan bayaran adalah SweepWidget.
Apa itu SweepWidget?
SweepWidget adalah satu platform yang menyokong pelbagai brand untuk anjurkan contest serta giveaway secara meluas. Lebih 90+ cara untuk sertai contest dari 30+ jenis media sosial membuatkan SweepWidget menjadi pilihan utama dalam mengembangkan brand awareness.
Selain daripada tu, SweepWidget jugak tawarkan plan percuma. Sebab tu faktor utama aku pilih tool ni. Tools lain kebanyakan hanya tawarkan versi percubaan selama tujuh hari saja.
Muka depan SweepWidget
Kalau beli plan berbayar, memang bermacam cara kita boleh guna hanya dari aplikasi SweepWidget ni.
Ni pulak adalah contoh dashboard akaun AO;
Nampakkan disitu ada satu 'Live Giveaway'. Dimana dari situ, kalau aku klik 'Entries' akan keluarlah nilai entries yang dah sertai contest ni.
So, sekarang baru ada 8 orang peserta dengan nilai 180 entries.
Ni kira kita punya report untuk contest yang sedang berlangung. Dari report ni kita boleh:
- Pilih pemenang
- Disqualified User/s
- Disqualified Entry/s
- Delete Entry/s
- Export ke CSV
- Users
- All Actions
- Winners
Apa beza Participants dengan Entries?
- Participants adalah jumlah peserta yang sertai contest kita.
- Entries pulak, adalah jumlah points yang terkumpul oleh semua peserta.
Contohnya, untuk contest #luckyblog ni, aku guna 5 cara untuk kumpul entries point
- Follow & Visit BMAC (buy me a coffee page) +10 points
- Follow & Visit Instagram Alien Oren +8 points
- Follow & Visit Facebook Page Alien Oren +10 points
- Point Bonus tambahan +3 points
- Log Masuk SweepWidget +1 points
Setiap method ni ada point yang tersendiri kecuali 'Log Masuk'. Log masuk hanya ambil senarai nama peserta sahaja. Untuk kutipan point, korang kenalah buat yang 1-4 tadi.
Setiap point ni pulak boleh dikutip setiap 6 jam!
Macam mana AO nilai pemenang?
Kalau korang perasan dekat report entries tu dia ada dua cara pemilihan pemenang;
- Random
- Pick
Katalah aku pilih 'Random Winner' dengan syarat 40 entries ke atas, ni contohlah;
Makanya, hasil nilaian itu, aku dah ada empat pemenang yang memenuhi kriteria tersebut.
Senangkan! Tak payah nak pilih kasih. Yang penting peserta kenalah berusaha untuk dapatkan point entries paling banyak untuk menangi hadiah utama. Samalah untuk sagu hati, kemungkinan kita akan rendahkan sikit nilai entrinya.
Macam mana nak dapat nilai point entries?
Kenalah rajin log in ke ruangan contest SweepWidget tadi dan kutip mata dari situ secara harian.
Konklusinya....
Aku pilih SweepWidget sebab:
- Ada plan percuma
- Mudah nak nilai pemenang
- Sesuai untuk contest dengan kriteria tinggi
Kalau giveaway, mungkin aku akan guna Random.org ja kot. Simple dan memang literally tikam nombor. Tapi, kali ni kita special sikit. Disebabkan ianya contest dan hadiahnya adalah suatu barangan digital yang perlu pada masa serta hasil kreativiti, maka kena pilih pemenang berdasarkan usaha mereka dalam mengumpul points. Barulah ada keadilan dan kesungguhan disitu.
Jadi bagi sesiapa yang belum lagi berkesempatan untuk sertai contest #luckyblog by AO masih ada 29 hari lagi untuk join. InsyaAllah esok aku akan ceritakan pulak senarai hadiah yang ditawarkan dan kelebihan join contest ni.
[Join Contest #luckyblog by AO]
[Senarai Hadiah Contest #luckyblog by AO]
Untuk yang dah sertai dan sedang berusaha untuk kumpul points entries, aku ucapkan 'Selamat Maju Jaya' dan semoga peroleh rezeki yang melimpah di bulan mulia ini. Amin...
12 Ulasan
mcm mana nak kumpul point tu kak?
BalasPadamRabia log masuk dekat sweepwidget tu dan klik semua entries way tu.
PadamAutomatik point akan dikutip dari situ😇
Sedang gigih mengumpul points.. hehehe
BalasPadamdapat dilihat kegigihan kak sha :D
Padamselamat maju jaya kak sha! moga ada rezeki bulan ramadhan
Menarik AO pakai sweepwidget ni, first time dengar tau hehehe.
BalasPadamLepas dah faham macam mana nak collect entries, gigih tahu setiap 6 jam pergi collect hahahahaha
haaa baguskan....lepas ni mana tahu atiqah pulak buay GA guna tools ni.
PadamHaaa selamat mencollect point! dah macam collect shopee coin "D
Oo pertama kali dengar pasal sweepwidget ni.. menarik!
BalasPadambolehlah cuba kalau ada buat giveaway :D
Padamkalau main random pick mcm ni, i never have luck hahaha
BalasPadamhahahaha tapi tak perlu susah ^_^!
PadamOooo camtu caranya... Apps nie nampak menarik...
BalasPadamhaah kak shikin. boleh try nanti :D
Padam