Review #luckyblog 10: Jurnal Shikin Razali

Salam Syawal ke-18 buat semua warga blogger dan pembaca budiman yang menjengah laman Alien Oren!

Hari ni AO akan buat review bagi peserta contest #luckyblog yang meraih kedudukan di tangga ke-10 tempoh hari. Blog yang tak asing lagi di blog AO adalah Jurnal Shikin Razali. Sebab beliau pernah menggunakan khidmat design blog dengan AO.

[Baju Blog Baru Buat Jurnal Shikin Razali

Review #luckyblog 10: Jurnal Shikin Razali

Review blog Jurnal Shikin Razali

Bila kita baca nama blog ni, secara automatik ia akan melambangkan pemilik kepada blog tersebut. Kak Shikin ni saya kenal masa zaman blog sofieadie lagi. Sangat ramah dan mesra orangnya. 

Beliau jugak antara blogger yang aktif dan rajin support rakan blogger yang lain. Selalu nampak nama blog Kak Shikin sertai semua contest, giveaway dan apa jua segmen yang blogger anjurkan. Terbaiklah kak!

Untuk blogger yang baru nak berjinak untuk jadi aktif blogger, ikutlah cara Kak Shikin kita ni.

Apa yang menarik di Jurnal Shikin Razali?

Kalau tanya saya secara personal, saya suka tengok sorotan gambar slot 'Wordless Wednesday' Kak Shikin sebab semua dari keratan akhbar yang lama dulu. Ada yang masa zaman saya tak lahir lagi. Teruja betul tengok.

Rupanya, Kak Shikin adalah Pembantu Pustakawan. Patutlah ada koleksi klasik!

Minggu ni Kak Shikin tak berapa aktif blogging. Moga apa jua yang dihadapi oleh beliau dipermudahkan segala urusan dan diberik ketabahan untuk hadapinya. 

Selain daripada tu, Kak Shikin juga ada sediakan Perkhidmatan Urut Terapi serta buang angin bagi kaum wanita.

Khidmat Urut Terapi Wanita oleh Shikin Razali

Wah, untung siapa yang berhampiran dengan Kak Shikin. Boleh guna khidmat ni kalau rasa tak sedap badan. Harga pun murah.

Dari Segi Design?

Memandangkan Kak Shikin menggunakan khidmat design AO, yang ini korang boleh baca detail di sini [Baju Baru Blog Jurnal Shikin Razali]

Simple dan sedap mata memandang menjadi pantulan kepada tema blog Kak Shikin. 

Masa awal blogging dulu, Kak Shikin menggunakan nama 'Starlavendarluna' kalau tak silap saya. Dan warna blog mestilah warna lavendar, keunguan gitu. 

Saya pernah dapat hadiah dari beliau. Ada dua kali kalau tak silap. Ke sekali. Dapat set mug warna coklat sesuai untuk minum kopi. 

Dulu Kak Shikin pun rajin buat review blog saya yang satu lagi. Lepas pada terlalu lama sangat menghilang, sekarang baru muncul balik, saya pun tak tahu apa jadi dengan isi lama blog tu. 😅

Link Media Sosial Kak Shikin

Orite Kak Shikin ada lebih dari satu blog jugak tau. Kalau belum pernah terjah, boleh terjah dan follow semua blog beliau serta media sosial yang ada seperti dibawah;

Blog Jurnal | Shikin Bloglist | Blog Perpustakaan JBPM | Dapur Cengkih: Jom Kita Masak-Masak | SRLavendar's Library | Instagram | Facebook Personal | Facebook Page | LinkedIn | YouTube | BlogLovin'

Kad Raya buat Jurnal Shikin Razali

Yup, maaf terlalu lambat untuk proses bagi kad raya ni. Tapi takpe, Syawal sebulan...harap masih valid untuk AO distribute kad raya 😆

Kad Raya 1442H buat Kak Shikin

Berakhir sudah sesi review yang ke-6 ini. Harap korang boleh stay dengan AO untuk 9 lagi sesi review yang akan datang. 

Stay safe and happy blogging everyone!

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Rabia pernah dapat hadiah top komentar dari kak shikin

    BalasPadam
  2. Betul tu Shikin antara yang rajin joint contest dan suka bagi hadiah pada blogger..

    BalasPadam
  3. Hihi terima kasih AO kerana review jurnal akak.. Buat masa nie servis urut akak terpaksa hold dulu dek pandemik nie dan memandangkan akak bekerja di bawah frontliner (Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia)...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahh...itulah dari dulu saya perhati servis akak, ada rezeki boleh lah cuba selepas pandemik tamat. insyaAllah

      Padam