Review #luckyblog 14: Kisah Aienienka

Salam Blogger buat semua pembaca!

Blog kedua yang AO akan review kali ni adalah milik saudara kandung AO sendiri iaitu Aienienka.

Haaa.....masa awal blogging dulu, aku selalu hasut beradik untuk join segmen dan giveaway blogger lain. Kitaorang dulu hampir semua beradik ada blog. Tapi yang aktif sekarang hanya tinggal tiga orang. Yang lain dah kesibukan dengan kehidupan nyata.

Aku je yang suka sibuk di alam maya. Itupun sendu juga...huhuhu

Review #luckyblog 14: Kisah Aienienka

Review blog Aienienka

Aienienka merupakan blogger kepada ibu kepada Nayla, Najmi dan bakal menimang cahaya mata yang ketiga tak lama lagi. Bertapak di Johor, beliau kini menjadi sebahagian daripada JDT Blogger. 

Selain daripada tu, Aien juga merupakan seller kepada tudung Jimmy Scarves, konsultan bagi Sysfel dan aktif mommy blogger lah senang cerita. 

Blog Aien banyak dimeriahkan dengan keletah anak-anaknya selain daripada review beberapa drama yang ditonton dan juga aktif sertai pelbagai segmen, giveaway dan contest anjuran blogger. 

Apa yang menarik di blog Kisah Aienienka?

Kisah mengenai anak-anak beliau. 

Haaa maklumlah anak buah sendiri jarang jumpa, kita tunggu ibu dia je lah yang update cerita di laman blognya. Kadang ada juga bervideo call. Tapi jarang-jaranglah. Ni dah lama sangat tak jumpa, tunggu jelah update dari semua sumber social media.

Dari segi design...

Yang ini antara pelanggan tetap AO. Blog ni jugak adalah salah satu dari hasil kerja AO. Saja design masa tak tahu nak buat apa. Sepatutnya masa raya hari tu, blog ni bakal bertukar wajah, tapi aku masih tak sempat lagi untuk design ke wajah baru.

Sabar ya sis. InsyaAllah kita cuba selesaikan mana yang ada dulu. Busy ya amat kalah semut! 

Link media sosial Aienienka

Kalau korang rajin dan nak cari barang seperti tudung jenama Jimmy Scarves dan perlukan supplement jenama Sysfel, bolehlah stalk media sosial Aien berikut:

Blog | Instagram peribadi | Instagram Blog | Instagram Jimmy Scarves | Instagram Sysfel | Facebook | Facebook Page

Kad Raya buat blogger Aienienka

Kad Raya blogger Aienienka

Alhamdulillah, blog kedua selesai direview. Ada 13 lagi blog yang masih menanti untuk direview dan menerima kad raya dari AO. 

Terima kasih di atas kesabaran kalian menanti penghantaran hadiah secara digital ini. 

Semoga terus kekal blogging dan stay safe!

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. laaaa... adik badik rupa nya ehehhe...

    BalasPadam
  2. Heheeh Thank you sis promo bisnes .. 😘😘

    BalasPadam
  3. La.. adik beradik rupanya haha

    BalasPadam
  4. Okey nanti nak pergi blogwalking 😊

    BalasPadam
  5. Ohhhhhhhhhhhh adik beradikkkk rupanyaaa, baruku tahu hahaha

    BalasPadam
  6. hahaha baru tahu korang adik beradik haha.. bestnya adik-beradik ada blog

    BalasPadam
  7. Oooo adik beradik rupanya.. Aeinienka nie pun selalu saja berada dalam carta bulanan akak..

    BalasPadam