Habuk dan Sawang, AO kembali...

Well, yup!

Hampir setahun sendu. Sibuk sangat di planet Bumi sehingga lupa dunia oren ni. Mahu tebal sawangnya. Iya...blog yang ini aku jarang update. Sebab takde jiwa. Hahaha (nak baca blog berjiwa pergi usha blog sebelah)

Harapnya kembali kali ini punya jiwa yang lebih tenang dan konsisten. Amin....

Then....hilang lagi untuk 5 tahun Apadaa....

Kita mencuba, kesibukan sebenar kita utama dulu ya. 

Alien Oren Kembali (Versi 2023)

Well, warga Bumi, kini Alien sudah kembali dengan Oren yang lebih lain. Lebih santai dan kemanusiaan. Tiada lagi membawa haruman segar sebagai penyegar laman orang dek kerana kekangan waktu berbaki cuma 4 jam semalam untuk kita bersantai bersama anda. hahahah

Amboi ayat, kemain macam kau Alien betul ek.

Pertama dan utamanya AO minta maaf giler sebab lama menyepi. AO takde pun ramai lagi warganet dan influencer yang boleh meriahkan warna warni Bumi. Bukan sekadar Oren saja. Biru, ungu, hijau, emas dan bermacam warna masih konsisten dan setia meriahkan laman blogwalking. 

Dunia Blog Kini

Kadang AO usha juga apa yang terkini pada dunia blog. Alhamdulillah ada yang semakin maju dan berjaya. Malahn terkini AO ada terbaca ada rakan blogger terima hadiah termahal dari rakan blogger yang lain disebabkan menjadi pengomen tegar. Wowza! Hebat!!!

[Blogger Sal terima hadiah paling mahal!]

Nampak gaya lepas ni AO pun kena rajin blogwalking dan tinggalkan komen dengan lebih kerap. Bermotivasikan sokongan rakan-rakan blogger yang sebagai upper game ni, mahu tak bersemangat. Kenalah bersemangat iya dak?

Lepas tu kak Anamizu asyik menyeru untuk kembali. AO tengah bersantai dekat planet Asing pun jadi tak sedap duduk. Nak balik Bumi, transport takde. Alhamdulillah sekarang dah boleh ulang alik Bumi dari Planet Asing. Moga cukuplah minyak dan tol nanti. Ingat laluan angkasa lepas takde tol ke? Ada weh!

[stalk kak Ana darah O+]

Jangan nak buat terperanjat sangat. Nak-nak pulak kalau diorang tahu AO ni dari Malaysia. Mahu mahai tol dia kasi. Kaw-kaw beb!

Okay apa yang merapu sangat entri kita ni?

Tahun Baru dan Januari

Orang kata Januari adalah bulan percubaan bagi setiap tahun baru. AO baru sempat merasa sekejap dah nak expired free trial. Kena subscribe baru kerajinan dan semangat hidup. Kalau tidak, mahu terbengkalai lagi. 

Dah dah, tak nak merapu lebih, AO just nak ucapkan selamat datang pada semua yang masih setia menjejak laman oren ni. Ni pun datang kejap je sebab nak buang habuk dan sawang. AO pun dah tak boleh jadi penyegar laman blog orang sebab faktor masa. Maka AO undur diri dari dunia yang korang pernah kenal AO. 

Kini AO lebih selesa update cerita yang AO rasa nak kongsi. Ghase-ghase gitu ja lah...

Semoga itu ini..

Papehal AO doakan semua hajat dan impian korang bagi tahun 2023 ini tertunai. [aminnn]

Alhamdulillah impian AO tahun lepas hampir semua tertunai walaupun misi untuk memeriahkan dunia maya agak tewas, tapi dari faktor lain semuanya lunas. Tuntasnya disini, 2023 akan lebih stabil dengan utuh lagi. InsyaAllah amin. Doa kalian amatlah dihargai dan AO turut setia menyokong apa jua hajat dan impian yang terbaik buat kalian.

Akhir kalam, yang baik itu datangnya dari Allah dan yang serba serbi kurang ini datangnya dari hamba yang dhaif ini. Selamat kembali buat AO dan smoga husnul khatimah! 

Adios!

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Selamat kembali.
    Alhamdulillah hampir semua hajat AO hampir semua tertunai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah syukur. semoga dapat konsisten juga ni ya hahaha

      Padam
  2. SELAMAT KEMBALI, blog pun wajah baru haha

    BalasPadam