Minggu lepas SS sibuk betul mengira. Mengira apa? Mengira parcel ha...
Takut ada yang tercicir. Kang apa yang kita plan tak jadi pulak. Baiklah hati-hati...
Maklumlah tak lama lagi majlis potluck raya anjuran bersama dimana SS sebagai pengurus setia. Jadi tak delah nak expect secara besaran tu. Cuma kita buat seadanya meriah dengan tema 'Raya Gaya Kita'.
Seee berapa banyak SS shopping untuk persiapan majlis raya ni.
Walaupun ianya cuma majlis secara potluck, harap sangat ia dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama saudara yang bekerja di suatu tempat yang sama. Menghidupkan suasana raya gitu.
Ramai jugak kita dah hebahkan untuk meriahkan majlis. Cumanya tak semua lah dapat join. Sebab waktu majlis pun kita pilih selepas habis waktu kerja. Semua tak setuju untuk buat pada waktu lunch.
Katanya waktu lunch terlalu singkat untuk kita berhari raya. Itulah jadinya kita buat selepas tamat waktu kerja. Senanglah nak bersuse kata orang.
Ini semua barang segala lampu raya, alas meja, langsir, kain latar belakang dan juga backdrop ala photobooth rayalah. Simple je awak...modal pun takde orang sponsor.
Itupun ada lagi bertanya, 'eh takde buat cabutan bertuah ke?'
Eh, eh dia....kalau ada sponsor boleh je. Ada goodies, cabutan bertuah, semua ada. Tapi namalah seadanya meriah.
Awak nak itu ini meh hulur sikit jadi sponsor.
Anggaran kasar untuk deco saja ni dah berhabis dalam RM139.63 jugaklah. Termasuk potong kain background tu sampai boleh jadi langsir.
Nampak sikit, tapi mahal jugek. 😐
Deco style macam mana? Haa nanti kita tengoklah pada hari kejadian yek.
Oh, barang yang SS tunjuk tu termasuk shopping tudung dengan sedikit aksesori kereta. Barang untuk deco ada 9 parcel, 1 tudung, 3 barang kereta. Jadilah 13 parcels kena terima sepanjang minggu lepas.
Fuh...akhirnya misi untuk buat review pulak. Kena collect coins banyak-banyak untuk shopping akan datang😂
Satu sen pun duit kawan!
Setakat paling terkini, 13 parcels untuk diterima tu adalah angka paling tinggi buat SS. Biasa beli sikit-sikit. Sekarang Shopee kalau beli sikit, tak boleh buat double voucher...dia paksa kita shopping secara pukal kot ea.
Minggu ni kena saving sesiap buat next round sale pulak.
Ayuh misi kosongkan cart 😂
P/S: SS kan setiap kali nak checkout mesti ambil masa yang lagi lama. Padahal tinggal tekan pay tu pun boleh makan masa seminggu. Haih...susahnya nak beli barang bila nak tapi sayang nak belanja🙈
25 Ulasan
Bagusnya jadi urusetia sediakan persiapan hiasan hari raya. Tidak boleh tuntut bayaran ya?
BalasPadamBoleh cuma tak semua nak menyumbangkan bayaran. Garu kepala sajalah...
Padamwah..13 parcel yer. sakan shopping tu but utk opis yg byk..ok la tu
BalasPadamUntuk ofis tapi tak dapat claims...huhuhu je lah kita.
PadamAlhamdulillah...seronoknya...meriah semuanya
BalasPadamAlhamdulillah meriah dan selesai sudah majlisnya ^_^
PadamKalau saya kan, 139 tu saya tuntut ahli lain suruh tong tong tau 🤣 baiknya SS sudi sponsor
BalasPadamSaya pun jarang shopping sakan kat shopee ni. Tapi before nak raya tu berduyun duyun order barang, belas2 jugakla. Rasa mcm orang kaya sangat
Iyaaa...nak nampak meriah dan hidup kita deco sikit je boleh, itupun dah cecah 139 kan. terkejut SS. Kita biasa satu lagi shopping masa CNY. Deals masa tu kaw2 jugak.
PadamSekarang shopping online murah-murah berbanding offline. Tapi risiko juga, ada tak sama saiz lah barang tak seperti diiklankan lah..
BalasPadamBetul setuju tu. Tapi kena rajin-rajin survey offline dan compare dengan online. Kadang shipping pun tak berbaloi.
PadamBanyaknya beli barang...
BalasPadamSeronok shopping online ni, kalau ada bajet. Akak pula, baca review buyer dulu, kalau ok, terus check out.
iyaa betul tu kak tot. kena baca review study 3 hari 3 malam dulu sebelum check out
Padamhaaa tudiaaaa 13 parcel! jgn tercicir nti hehehe
BalasPadamalhamdulillah semua parcel selamat dipakai dah kak ana >_<
PadamMacam tak cukup. Kena tambah lagi tu. 😄
BalasPadamfuhh itu kalau ada sponsor memang mahu sampai 20 parcel >_<
PadamPergh!! 13 parcel tu.. Lama dah Sha tak berbelanja macam ini.. kikiki..
BalasPadamsamalah kak sha. saya ni jarang jugak berbelanja gitu. tapi demi raya, kita raikan beliannya hehehe
PadamMak oiiii..13 parcel tuu ..banyaknyaaa 😅
BalasPadamye itulah jumlahnyaCCL...memang risau jugak takut terlepas pandang. alhamdulillah cukup semuanya
Padamwahhh membeli sakan dia ya....
BalasPadamkalau O'Rielly tu tgk confirm berdarah hidung hehehe
>_< hahahahahahaha aduh dia memang tak percaya kita boleh membeli macam ni sekali
PadamBukan senang nak jadi sponsor kan hahaha... tak apa out come dia lebih mengembirakan..
BalasPadamSetujuuu. dia rasa macam redhalah. janji semua bergembira. ^_^
PadamTuhlaaah, kalo nak ada luckydraw, mesti ada yg sponsor kan 😄.
BalasPadamIni pun dah saluuut saya, sebab Kaka guna uang sendiri.
Kita sama kak, barang nak di beli dah banyaaak di cart, tapi belum checkout 2 😂. Kadang nak saja, tp memang tak teringiiin sangat hahahah