Minggu lepas SS sibuk betul mengira. Mengira apa? Mengira parcel ha...

Takut ada yang tercicir. Kang apa yang kita plan tak jadi pulak. Baiklah hati-hati...

Maklumlah tak lama lagi majlis potluck raya anjuran bersama dimana SS sebagai pengurus setia. Jadi tak delah nak expect secara besaran tu. Cuma kita buat seadanya meriah dengan tema 'Raya Gaya Kita'.

Seee berapa banyak SS shopping untuk persiapan majlis raya ni. 

Walaupun ianya cuma majlis secara potluck, harap sangat ia dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama saudara yang bekerja di suatu tempat yang sama. Menghidupkan suasana raya gitu.

Ramai jugak kita dah hebahkan untuk meriahkan majlis. Cumanya tak semua lah dapat join. Sebab waktu majlis pun kita pilih selepas habis waktu kerja. Semua tak setuju untuk buat pada waktu lunch. 

Katanya waktu lunch terlalu singkat untuk kita berhari raya. Itulah jadinya kita buat selepas tamat waktu kerja. Senanglah nak bersuse kata orang.

Ini semua barang segala lampu raya, alas meja, langsir, kain latar belakang dan juga backdrop ala photobooth rayalah. Simple je awak...modal pun takde orang sponsor. 

Itupun ada lagi bertanya, 'eh takde buat cabutan bertuah ke?' 

Eh, eh dia....kalau ada sponsor boleh je. Ada goodies, cabutan bertuah, semua ada. Tapi namalah seadanya meriah. 

Awak nak itu ini meh hulur sikit jadi sponsor. 

Anggaran kasar untuk deco saja ni dah berhabis dalam RM139.63 jugaklah. Termasuk potong kain background tu sampai boleh jadi langsir. 

Nampak sikit, tapi mahal jugek. 😐

Deco style macam mana? Haa nanti kita tengoklah pada hari kejadian yek.

Oh, barang yang SS tunjuk tu termasuk shopping tudung dengan sedikit aksesori kereta. Barang untuk deco ada 9 parcel, 1 tudung, 3 barang kereta. Jadilah 13 parcels kena terima sepanjang minggu lepas. 

Fuh...akhirnya misi untuk buat review pulak. Kena collect coins banyak-banyak untuk shopping akan datang😂

Satu sen pun duit kawan!

Setakat paling terkini, 13 parcels untuk diterima tu adalah angka paling tinggi buat SS. Biasa beli sikit-sikit. Sekarang Shopee kalau beli sikit, tak boleh buat double voucher...dia paksa kita shopping secara pukal kot ea.

Minggu ni kena saving sesiap buat next round sale pulak. 

Ayuh misi kosongkan cart 😂 

P/S: SS kan setiap kali nak checkout mesti ambil masa yang lagi lama. Padahal tinggal tekan pay tu pun boleh makan masa seminggu. Haih...susahnya nak beli barang bila nak tapi sayang nak belanja🙈