Selamat Hari Buruh Sedunia Buat Semua!

Masih belum terlambat untuk SS mengucapkan 'Selamat Hari Buruh' buat semua yang menyandang tugasan apa pun di dunia ini.

Samada bekerja sendiri, bekerja dengan majikan secara swasta mahupun kerajaan, kita semua berhak untuk meraikan Hari Pekerja Sedunia! 

Cuma SS terfikir, buat warga luar negara yang bekerja di Malaysia kan, mereka punya hari cuti ke? Adakah hak pekerja bagi warganegara dengan warga bukan negara ini sama? 

Selepas membuat sedikit bacaan, rasanya hak pekerja itu dimana-mana juga hampir sama. SS pun tahu sekadar general saja. Kalau yang bekerja dalam bidang menguruskan pekerja warga asing, mungkin ada yang lebih tahu aturan waktu bekerja, penggajian dan cuti mereka. 

Semalam sepulangnya SS dari belanja barangan dapur, SS ada ternampak satu pasaraya area sini yang seolah diuruskan oleh pekerja warga asing. Siap ada tulisan barangan dalam bahasa mereka sendiri lagi. Disitu SS macam tertanya, pemilikan bisnes sekarang semakin meluas dari kalangan warga luar...mudahnya...

Terus tak jadi nak membeli. Entahlah dia rasa semacam satu skeptikal pula...

Kedai aceh pun kalau di kawasan sub-urban dah tumbuh macam cendawan. Kitanya sebagai consumer, kadang nak mudah, beli je lah dari kedai apa pun. Janji barang yang dihendak tu ada. 

Lepas tu terbacalah satu ciapan di laman X kata ada penyeludupan beras dan gula dari Malaysia ke negara sempadan. 

Kendian baca juga perihal tak lama lagi subsidi telur akan ditarik...wahhh menangis rasa...katanya bermula 1 Ogos ini subsidi telur ditarik sepenuhnya

SS pulak malam tadi kalut beli telur dah. hahahah aduhai. Harapnya ada subsidi bersasar dan lebih sistematik dalam pengagihan. 

Semoga ekonomi dunia semakin pulih dan membawa kesejahteraan pada negara. Aminn...

Oh ya, terlupa berita sekarang perang api sedang giat melawan negara zalim sana. Hinggakan ada beberapa negara menolak untuk menghulur bantuan. 

Macam-macam berita dibaca mutakhir ni. Apa-apa pun SS berharap semoga Malaysia menjadi sebuah negara baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur. Aminnn.

Bila cuti umum jatuh pada hari Khamis, ramai auto tarik cuti hari Jumaat jugak. SS memilih untuk simpan cuti dan esok kita kerja macam biasa. Lagipun, insyaAllah esok jalan lenggang masa pergi kerja. Heheheh...

Korang cuti ke kerja esok?

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Ye kat Malaysia ni mudah je warga asing meniaga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan kak cie. Mungkin warga asing bayaran gaji lebih murah...entahlah tu..

      Padam
  2. Senang org asing cari duit di negara kita ni :(
    Apapun mudah-mudahan negara kita terus aman dan makmur 🤲🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah...senang kemain.

      Amin amin amin PH.

      Padam
  3. hurmm tu lah pasal, warga asing merata-rata berjualan / berniaga kat negara kita ni. moga siapa yg nampak warga asing berniaga tu cpt2 lah report

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak SS lupa pulak nak ambil gambar untuk report semua :(

      Padam
  4. Betul, makin ramai warga asing yang berniaga. Takde pulak serbuan dari imigresen atau PBT. Hairan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak tot. Mungkin sebab takde aduan...tak pastilah...mungkin bayaran gaji dorang lebih murah...

      Padam
  5. Kalau di sini, tapi yg bekerja di kantor yaaa, bukan entrepreneur, warga asing atau bukan, pasti tetap libur. Krn itu memang sudah aturan pemerintah juga. Yg tetap kerja biasanya pebisnis, yg punya usaha restoran, hotel dll. Tapiii staff yg masuk terkena hitungan lembur. Jadi mereka berhak dapat upah lembur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kan kak fanny. Kalau bukan di pejabat biasanya ada cuti walau sehari untuk seminggu.

      Padam
  6. Kadang-kadang orang kita sendiri yang memberi peluang pada pekerja asing nie untuk meniaga.. Macam lesen meniaga orang kita yang pegang, tapi yang meniaganya orang asing.. Bila ditanya, katanya pekerja saja atau suami / isteri orang tempatan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju tu kak Shikin. Orang nampak macam easy moneylah situ. Sebab warga asing demand tak sama macam orang lokal. Selagi enabler tu ada, sampai bila-bila isu ni takkan habis... #harshreality

      Padam
  7. penguatkuasaan kita lemah
    bila ckp mcm tu dia kata staf tak ckp
    bla buka vacancy kuota 10 yg apply 10k
    dgn yg atas pulak kemain payah nak pencen...
    smpi kesudah tak selesai...
    sbb hal dlmn pun kemain payah nak selesai... hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak anies. Orang takut nak pencen sebab saving masih belum cukup lagi. Nak-nak sekarang expenses kaw-kaw semuanya. Itu yang sanggup pegang takhta lama-lama. Kadang dah cukup dah modal untuk bersara, tapi sayang pada kuasa. haihh...dunia oh dunia...

      Padam