Cuti Wesak yang lepas, tempat kerja SS ada anjurkan program Team Building. Ni kira program team building pertama yang SS join bersama company ni. Maklumlah baru sangat join sini. Newbie lagi la kata orang.
Planning team building ni dah lama diwar-warkan. Semenjak sambutan Hari Natal tahun lalu. Masa tu memang rasa macam malasnya nak pergi. Kalau boleh lebih suka menghargai cuti dengan aktiviti sendiri.
Dan hari yang dijanjikan telah pun tiba. Pemilihan untuk pergi team building ni ada dua je. Samada nak carpool atau drive sendiri.
SS pilih drive sendiri since lebih selesa dan memudahkan pada SS.
Berangkat ke Team Building...
Punya malas nak mengemas packing untuk pergi tu, pagi masa berangkat baru SS kemas semua. Packing tak pandang apa dah. Hangkut je macam pindah rumah coq!
Masa hari cuti macam ni jalan nak menghala ke Bentong dari Gombak tersangatlah sesak. Dengan cuaca panas, bahang terik mentari semua ada. SS hadap je slow-slow.
Menyesal tak makan pagi, tak memasal tersangkut lapar dalam keadaan sesak macam ni. Ingat nak menyinggah, tapi malas punya pasal nak berhenti sebab department SS dah janji nak gather dekat RNR Genting Sempah untuk makan tengahari. Jadinya masa tu lah SS makan apa semua.
Agak lambat jugaklah SS tiba di lokasi team building . Tapi takdelah lambat sangat. Cuma waktu program tu diawalkan. Tak memasal tak sempat minum petang.
Program Hari Pertama
Sesi pertama team building ni adalah townhall meeting. Setiap department perkenalkan tugas dan projection future department masing-masing. Kemudian dapat sagu hati berupa sebuah Xiaomi Smart Band 9 Active
Sagu hati ni datang sekali pakej pertandingan yang bermula 12 Mei sehingga 22 Jun. Tapi SS malas punya pasal, jadi takdelah target sangat untuk jadi juara. Buat seadanya saja.
Selepas habis sesi program pertama, semua dibenarkan untuk bersegar ke apa sebelum sesi kedua bermula pada jam 8 malam.
Sesi kedua; ice breaking. Macam biasa tanya nama dan berapa lama berkhidmat. Kemudian pecahan ikut kumpulan dan cipta nama serta warcry setiap kumpulan.
SS adalah kategori staff on-site. Bukan based di HQ. Staff on-site tak ramai. Dalam 2-3 orang macam tu je. Selebihnya adalah staff HQ.
Sesi kedua tamat tepat jam hampir 9:30 malam macam tu dan aktiviti santai. SS pun jalan pusing sekitar kawasan situ. Terang jugaklah walaupun hari pekat malam. Kemudian terus balik ke pondok.
Program Hari Kedua
Hari kedua bermula agak awal. Jam 7:30 pagi dah kena berkumpul. Haaa masa nak bersiap pagi ni lah SS terjumpa katak dalam tandas. Adoyaiii…
Nasib jiran pondok sebelah rakan kerja yang SS boleh mintak tolong buangkan. Jadi dengan pertolongan beliau, selamat lah kami bersiap dengan tenang.
Aktiviti hari kedua agak pack sedikit sebab itu dikira hari terakhir beraktiviti kumpulan. Sampai tak sempatlah nak pegang phone. Yang bestnya program habis awal sekitar jam 5:30 petang.
Senarai aktiviti yang dijalankan pada hari kedua adalah:
- First aktiviti lepas bersenam tu kena tutup mata dan satukan pelangi dalam susunan yang betul.
- Pastu kedua tutup mata jugak kena buat bentuk segi empat dengan bantuan tali yang diberikan.
- Ketiga main susun kad puzzle dalam bentuk terbalik
- Keempat last, kena susun kad daun terup dari kecik sampai besar
Dan dan time tu hujan, lagilah santai berehat di pondok masing-masing.
Sesi Program Tamat ~
Selepas solat zohor dan asar, SS pergilah pusing lagi keseluruhan kawasan Waterway Villa ni. Mendaki sampai chalet paling tinggi sekali. Penat giler mat!
Nak nak pulak pi daki tanpa planning untuk mendaki. Pakai selipar pulak tu. Memang rasa termengah. Ini confirm-confirm esok kaki sotong.
Lepas tu makan malam dan sesi santai tu sempatlah SS berkaraoke satu dua lagu. Cuma tak dapat nak karok solo. Ada orang pi kacau daun.
Dalam pukul 10:00 malam macam tu SS dah balik pondok untuk berehat dan santai. Ingat nak blogwalking ke update blog, tapi line pun lahai… sudahnya tertido.
Malam tu ada ramai jugak dah berangkat pulang. Tapi SS tak berani nak drive turun bukit waktu malam dengan jalan licin. Biarlah rehat dulu kat pondok ni kan...
Hari Terakhir Untuk Bersurai!
Pagi hari ketiga SS dah siap berkemas untuk balik. Nasib baiklah SS tingalkan troli kat pondok, senang nak menolak barang semua sampai kereta. Ikut pada hari tu orang buggy kata tak perlu bawak sebab dorang boleh tolong, fuh...mana ada....
Selepas sarapan dan hantar barang ke kereta, SS bergerak pulang ke desa. Rezeki jalan masih lengang masa tu.
Zup zap zup zap, dalam sejam dah sampai rumah. Apa lagi terus start unpacking dan kemas apa yang patut sebelum melayari hari cuti seadanya.
Begitulah kisah team building SS di Waterway Villa, Bentong pada Wesak yang lalu.
Dalam santai pun penat juga rasa. 😅
Gambar ramai-ramai hanya diambil oleh pihak pengurus program. Kalau gambar dari phone SS ni dah macam pergi bercuti healing gitu.
Punyalah SS tak letak hati dan perasaan pergi ni sampai terlupa nak jawab survey program😂 Pergi sekadar kehadiran semata.
Pergi kosong balik pun kosong. Aduhaii. Buat bazir mileage kereta je lah yob. Ish tak baik betullah.
Yang penting site SS jaga semua okay. Alhamdulillah.
Ni first tempat kerja yang SS rasa macam agak janggal sedikit dengan suasana team. Rezeki department SS ni kecil je, jadi memang jarang berjumpa dengan department dekat HQ apa semua.
Seronoknya bila kita jaga site ni, kita lebih banyak deal dengan tenant, service provider dan pihak luar berbanding dengan inter department.
Masa first year SS kerja memang rasa koyak sebab langsung takde backup. Nak pulak time tu satu department SS kesibukan deal site lain. Satu site sorang handle...menung member...
Ni dah nak masuk tahun ketiga ni, insyaAllah hati dah kental nak hadap semua dugaan kerja. Kita kutip pengalaman sebanyak mungkin untuk diaplikasi kepada penambahbaikan dunia kerjaya kita.
Doakan SS terus kuat dan tabah menghadapi semua liku kerjaya. 💪
///
Overall untuk lokasi Waterway Villa ni, boleh merasa pergi sekali seumur hidup. Better pergi Bukit Tinggi sana banyak lagi tempat menarik dan lebih sejuk sikit berbanding sini...
p/s: dinner meal dia SS pulun lambchop je gais..
18 Ulasan
Bestnye dapat pegi program under company. Dapat eratkan hubungan dgn team tempat kerja.
BalasPadamAlhamdulillah diberi peluang untuk sertai 🤲🏻
PadamBetul tu…pelbagai perspektif kita boleh belajar juga dari team building ni…
Best jugak team building kat luar. Seronok la walaupun aktiviti memenatkan.
BalasPadamAlhamdulillah rezeki kak cie… ss tumpang meriahkan kehadiran gitu.. penat memang tak terkata😅
PadamTeam building memang gitu, nama je santai...tapi terasa penatnya...
BalasPadamFolo je lah selagi boleh...
Kan kak linda. Nampak santai je makan apa semua. Aktivitinya takde banyak pun. Tapi penat semacam.
PadamKatak ke tu, atas toilet tu? Badannya flat. Takut juga. Nasib baik ada kawan boleh tolong buangkan.
BalasPadamWah, dapat xiaomi smartband ye, SS? Semoga terus semangat menjalankan tugas.
Iyaaa kak tot! Katak tu jenis meleper gitu. Geli pulak nengok sebab yang leper ni lompatnya jauh😅
PadamAhamdulillah dapst xiaomi band kak tot. Untuk lebih rajin hidup lebih sihat gitu.
Menarik juga nampaknya tempat ni...
BalasPadamDah 3 tahun tu, semoga lebih serasi dan sukses utk SS 💪🏻
Amin amin amin PH🤲🏻
PadamNiatnya ada begitu untuk stay ambil lebih banyak pengalaman dan cabaran.
Tempatnya menarik. Boleh repeat. Cuma tak berapa gemar laluan keluar masuknya. Terlalu banyak lori😅
k.ana pun kurang gemar bila kena pegi jenis team building camni.. maklumlah faktor usia mungking ahahaha
BalasPadamIyaaaa kak anaaa samalah dengan SS ni. Tak berapa gemar aktiviti begini😅
PadamAaahhh seruuuu team building 😍😍😍. Sejak resign mana ada lagi saya merasakan begini 🤭. Dulu sering dan rutin adakan team building dengan dept lain.
BalasPadamBaguuus juga tempatnya ya kak. Cuma bab katak itu memang geli 😅. Cuma kalo katak saya masih berani. Kalo ular barulah terpekik jerit nanti 😄
Uuuuu memang lagi ngeri kalau terjumpa ular kak fanny! Dimana ada katak pasti ada ularkan… rezeki tak bertembung dengan ular😮💨
PadamKak fanny bolehlah masukkan tempat ni dalam wishlist hehehe
Betullah cakap SS, bila tengok gambar yang SS kongsikan macam gi healing ja.. kikiki..
BalasPadamPada SHa, okay lagi guna keadaan sendiri macam SS buat, lebih flexible.. Okaylah, ada gak pengalaman bersua muka dengan mereka dari department lain..
Hahahhaha iya betul tu kak sha… memang pi healing gitu😂
PadamPasal gambar full aktiviti semua belum ada lagi. Ingat nak buat throwback May photo dump ke apa… tapi masih belum terima gambarnya😅
Iya betul tu kak sha.. kenderaan sendiri lebih santai dan tenang
Paling best pergi team building .. sambil² tu boleh healing juga kan ..
BalasPadamLebih kepada healing dah ni CCL😂 tapi lenat dia tu semacam. Maybe sebab pakai otak dah karat ni. Tu cepat penat jugak
Padam