"Eh, nanti kalau barang aku sampai kau tolong ambilkan tau. Atas nama Sembang Sorang..." pesan SS kepada rakan sekerja.
"Sembang Sorang? Hahahaha" dia ketawa sebelum akur untuk membantu SS simpankan hadiah usai diterima dari tukang penghantar barang.
Dua minggu sudah kisah itu SS perapkan dalam kepala. Hendak ditaip, leka melayan sitkom 'Modern Family'. Maklumlah baru kali pertama menonton sitkom tersebut. Katanya, sitkom tu sangat banyak membawa elemen kekeluargaan.
Memang betul. SS yang baru sampai siri ke-6 rancangan tersebut pun, kadang sendu sorang. Tersentuh perasaanlah, teringat suasana riuh kala kumpul sekeluarga. Sekarang susah juga nak berkumpul. Jadi, pengubat jugaklah melayan karenah setiap watak sitkom tersebut.
Siapa sangkakan, bila kita aktif dan rajin (tidaklah rajin mana pun) dalam kongsi cerita di laman blog dan rajin tinggalkan jejak pada laman blog rakan lain, boleh tercipta satu komuniti maya. Tak pernah pun kita bersua, tapi rasa dekat je selalu. Rasa macam rakan lama. Dengar nama domain blog, terus terbayang wajah blog, si pemilik dan karakter maya yang digarapkan....
Dia tak sama macam dunia maya di platform lain...
"Kau tak nak cuba buat blog? Mana tahu dah berjinak nanti terus ralit jatuh cinta gitu..." SS cuba mencucuk jarum agar rakan satu tempat kerja itu belajar dunia blog.
"Macam mana nak buatnya? Kira kau buat dekat Google ke?"
"Haah buat dekat Google je. Mula-mula kau taip B-L-O-G-G-E-R, lepas tu kau daftarlah..." terang SS ringkas.
Rakan SS ni tadi, bertatih juga menaip ejaan platform blogger. Setelah pautan yang dicari dijumpa, dia masih lagi blur...
"Kira ni macam diari kau lah ek?"
"Lebih kurang macam tu lah. Kat sana kau tak riuh sangat macam platform lain. Dia macam santai, rilek-rilek gitu..."
"Kiranya ramai jugaklah orang aktif kat sini?"
"Boleh tahan. Nanti, kau free-free buatlah satu blog. Coret-coret harian buat kenangan mendatang. Plus kat sana, dia macam safe haven..."
Begitulah topik bualan peneman makan tengahari SS tadi. Kadang topik masa makan ni random. Sangat random. Bercerita perihal kehidupan, isu semasa, masalah sosial dan lain-lain...
Kalau boleh sekarang, SS malas nak masuk isu yang memberatkan raga. Sepertinya isu paling berat sekarang adalah, persediaan kita bagi menghadapi perang dunia ketiga. Allah....
Menung betul rasa. Belum lagi hujung minggu ni akan berlaku panic buying. Sebab utama?
Khabarnya 1 Julai semua barangan dah naikkan harga. Fuh...lagi menung kita kawan.
Takmaulah panic macam ni. Kita kena tenang. Harus tenang. WAJIB BERTENANG!
Seolahnya, bila 1 Julai menjelma, segalanya auto berbeza. Dulunya begini harga, nanti harganya sekian. Takutnya nak membeli tengok harga semakin naik...
Sekarang ni pun SS dah perasan, ramai rakan lama SS dah mula berjinak dengan pendapatan sampingan. Jual produk digital, jual barangan ansuran, jual pelan kesihatan....
Mungkin dah mula risau sumber pendapatan yang satu ini tidakkan dapat menampung kos sedia ada. Kitanya baru je nak mendewasa, sekali begini sekali realiti menghenyak kita...
Tenang semua... SS pun tengah cuba belajar tenang. Takmo keluh kesah gundah gelana tentang perihal isu yang belum kita hadapi. Persiagakan mental kendiri, jiwa yang kental bagi setiap rintangan hidup. Kawal mana yang kita dapat kawal. Faktor lainnya kita bertawakkal.
Tipulah kalau kata tak risau langsung. Tapi taknak terlalu sarat berfikir, nanti habis rasa syukur dalam hidup...
Jadi, bulan ni nak kena topup groceries awal ke? Atau biar je buat rutin macam biasa. Beli kemudian pun okaykan? Kan?
Kan?
Ke korang pun dah start shopping awal untuk lengkapkan keperluan?
18 Ulasan
hasut je kwn tu sampai dia buat blog sendiri jugak.. biar die terjebak dgn blog ehehe.. k.ana tak panic buying, biar je lah lantak situ. maleh nak mikir sgt.. panic buying pun buat penat je nti nek berebut + beratur pnjang hnss hnsss idokler rajinnnn temannn ahakss
BalasPadamdengar dia dok ngomel tadi malas nak explore benda-benda rumit pun SS tadah telinga je lah hahahaha Harap terdetiklah dia nak belajar sikit2 nanti.
PadamYeee betul tu kak ana. buat macam biasa je lah kitanya. Nasiblah jadi rakyat biasa begini.... huhuhuhu
Linda memang time gaji masuk, topup groceries utk sebulan... Brg basah memang mingguan lah... Mcm gitu lah...
BalasPadamSama lah, bukan tak fikir lansung, sebagai org Islam harus memikirkan juga,. Semoga yang baik2 je untuk kita semua.. Aamin2
Betul tu kak linda. kita buat je rutin macam biasa. nak dikisah itu ini, buat kita sakit sendiri. Semoga baik2 semuanya untuk kita...aminnn
PadamKawan tu dah buat blog dah kee?
BalasPadamMurungnya baca 1 julai nanti semua barang naik harga. Nanti minyak naik lagi pasal pergelutan iran-amerika..
Mestilah belum lagi mazni. Bising dia tengok macam complicated sangat. itu ini pulak kena setup hahahah.
PadamItulah tu,...macam2 betul karenah punca semua jadi tak menentu...
Blog ini diari maya yang mencipta ukhwah dengan kawan yang tak dijangka.. Seronok dia lain kan..
BalasPadamPasal top up barang tu, Sha lalui macam biasa.. Naik ke tak harga, tetap kena beli.. Memang terasalah bila naik tapi tetap kena hadap.. huhuhu..
Betul tu kak sha...diari maya untuk penggemar blogger...
PadamSangat terasa kak sha...nak tak nak,...kita hadaplah....
Kalau naik harga..Hrp2 tahun depan ada la rezeki naik sikit gaji =D
BalasPadamAmin amin amin kak niza...harap kenaikan tu setimpal dengan kos sara yang makin meningkat ni...
PadamBlogging sambil melupakan masalah kehidupan
BalasPadamterapi kendiri gitu kak paridah.
PadamDulu masa kecil, kita tulis diari dalam buku comel yang ada mangga kunci. Sekarang, semuanya berubah keyboard jadi pen, blog jadi kertas
BalasPadamBetul tu CCL. Dulu SS pernah ada diari kunci tu, tapi tak sempat nak disimpan dek asyik duduk asrama. Sekarang lambakan diari buku ada nak sekotak dah.
PadamDengan blog lagi...banyak betul ceritanya >_<
Mmg kena hasut ramai kawan supaya buat blog.. pastu boleh sembang dlm blog padahal semua satu ofis hahaha.. Ujian 1 Julai nanti harga brg naik .. cukai dan service utk perkhidmatan naik.. bertabah di bawa bapa pencukaian hahaha .
BalasPadamhahahahaha yee dulu buat dengan adik beradik. la semua dah fokus sibuk itu ini jadi tinggallah sorang je kat dunia blog ni.
Padammemang kena tabahkan diri dengan kuat. nak marah pun rasa macam merosakkan mental sendiri je rasa...
Nak tak nak, kena hadap juga, SS. Percaya rezeki dari Allah tu, Insya-Allah, semua akan ok. Akak tak beli apa-apa bahan mentah pun lagi. Tapi cadangnya, macam nak kena stop pekena kopi di luar. Jimat mana patut.
BalasPadamSemangaaà at kak 🤗🤗🤗. Masalah negara ni makin lama makin berat kan. Belum lagi ttg isu perang dunia ketiga 😞.
BalasPadamTp saat ini, betul kata kakak, kita mesti tenang. Tak usah panic Buyung. Sebab nanti kondisi malah jadi rusuh.
Saya tetap belanja macam biasa. Beli hanya yg perlu dan secara bulanan. Kalo barang dapur macam daging dan sayur, barulah beli mingguan.