Salam hujung minggu nak habis dah gaes….

Alhamdulillah cuti panjang nikmat berharga dari Tuhan yang teramatlah disyukuri. 

Minggu cuti panjang ni SS banyak luangkan masa bersantai di rumah. Relax, rehab bersama keindahan dan betapa nyamannya kehidupan dalam rumah.

Tup tup esok dah nak masuk kerja dah kan. Tapi… haaa SS tahu ramai yang terus ambil cuti seminggu sampai ke raya haji ni. Perghh… lagi seronok nak datang kerja sebab… kesesakan sedikit berkurang! (Expectation SS je lah ni…harapnya realiti begitulah😅)

Hari tu ada rezeki tonton wayang selepas hampir setahun lebih jugak tak jejak panggung. Cerita pilihan masa tu antara Ejen Ali, Keluangman dan Final Destination…

Pilihan SS kuat untuk menonton Final Destination… ha nanti rajin SS ceritakan perjalanan menonton filem ni.

Kemudian, sekarang SS sedang menonton series Cold Case. Baru masuk season ketiga. Ada lagi 4 season untuk dikhatamkan. Biasanya cerita series ni SS akan tonton buat peneman makan. 

Kalau santai, SS akan habiskan semua movie yang ada dalam wish list SS. Jadinya minggu ni SS menghabiskan senarai movie trilogi Diary of a Wimpy Kid.

Rasa macam pernah tengok. Tapi ingat-ingat lupa. Jadi SS ulang tonton lagi. 

Ada 5 cerita rasanya SS tengok minggu ni.

  1. The Help
  2. Diary of A Wimpy Kid
  3. Diary of A Wimpy Kid: Rodrick Rules
  4. Diary of A Wimpy Kid: Dog Days
  5. Lucy Shimmer and the Prince of Peace

Itu sahajalah aktiviti hujung minggu yang panjang SS. Ada jugak pergi belanja topup groceries dan mencuba satu port buffet ni. Tapi kita cerita entri lain okay…😉

So macam mana weekend korang? Macam meriah semuanya. Ada yang pergi PBAKL tahun ni?

P/s: Korang setuju tak weekend kita patut dipanjangkan kepada 3 hari?