Selesai sudah tolong update blog member kat sebelah. Kalau korang nak baca, sila jenguk [Berangan Selagi Percuma]. Aku tak tahulah kenapa aku lagi rajin update blog yang bergenre diari dan peribadi instead of informative dan trendy.
Salam Ramadhan Kareem buat semua warga yang menjengah laman ini. Aku harap korang tidak berduka nestapa selepas mendengar status negara kita yang terkini. Moga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Itu yang patut kita syukuri.
Hari ni aku nak ambil peluang untuk ucapkan ribuan terima kasih pada dua supporters yang sudi menderma barang seringgit dua kepada dana kreatif AO Design di platform 'Buy Me A Coffee'.
Dua bulan sudah, aku ada cerita serba sedikit mengenai 'Apa itu Buy Me A Coffee'. Ia bukanlah ayat pertanyaan untuk suruh orang belanja kita kopi. Tidak!
Ia adalah metafora untuk mengajak orang dalam menyokong serta menyumbang dana kepada warga yang menjadikan hasil kreatif sebagai periuk nasi mereka. Eh, aku warga kreatifkah? hahaha
Kreatif ni subjektif. Semua orang punya sisi kreatif yang tersendiri. Nak bahas tentang kreatif memang boleh berjela entri. Takpe kita bahas kemudia hari. Untuk hari ni, selepas hampir empat bulan, aku dapatlah dua orang supporter yang sudi menyumbang dalam bentuk mata wang.
Beza tau perasaan orang yang support kita bila diorang bagi sesuatu yang bernilai, dengan mereka yang sekadar ikut perkembangan kita di laman media sosial. Dia macam membandingkan orange dan epal. Dua perkara yang bukan dari rumpun yang sama. Tapi dua-dua aku hargai. Thanks gais!
Aku tahu, aku masih di fasa permulaan untuk menyenaraikan diri sebagai warga kreatif yang bernilai untuk disumbang dana. InsyaAllah masih dalam perancangan untuk menyediakan content yang bermanfaat buat semua.
Terpulang pada yang memberi. Kita tak paksa..semuanya sukarela.
Alhamdulillah aku syukur punya mereka yang sudi menghulur walau seringgit. Moga Allah berkati dan murahi rezeki kalian dunia akhirat. Amin.
Apa-apa pun, tak kira cara dan bagaimana sokongan yang diterima, tanpa kalian tiadalah AO. Gitu! hahaha
Okaylah tu saja cerita aku pada hari ni. Semoga penghujung Ramadhan tahun 1442H ini menjadi hari yang terbaik buat kita semua. Amin!
Boleh baca juga cerita yang diupdate sepanjang minggu:
- Baju Baru Blog untuk Jurnal Shikin Razali
- Tidak Berjasad, Tidak Bertuan
- Enoughism
- Kurang 10 hari
- Makna Sebuah Kehidupan
4 Ulasan
baiknyaaa kan dua org tu :) moga rezeki AO berlimpah ruah
BalasPadamWahh tahniah kak ada yg baik hati support akak
BalasPadamIn shaa Allah nanti ada rezeki lebih, saya akan jadi salah seorang supporters AO :)
BalasPadamAlhamdulillah.. tahniah AO..
BalasPadam