Baju Baru Blog Untuk Jurnal Shikin Razali

Salam Ramadhan Kareem buat semua warga Bumi!

Alhamdulillah di kesibukan mengikuti training, sempat juga siapkan permintaan Kak Shikin kita untuk siapkan baju baru buat blog beliau. 

Blog Design Jurnal Shikin Razali

Pakej yang Kak Shikin ambil adalah pakej Gold bernilai RM155. Tetapi, beliau request untuk tukar blog header tanpa chibi. Jadi harga selepas mendapat diskaun 5% sebab sertai contest #luckyblog, maka dapatlah harga member gitu.

Masa untuk siapkan blog agak lama. Sebab jadual memang padat. Lepas sahur, AO siapkan juadah untuk jualan. Kemudian, terus ikuti training online sehingga jam 1730. Sebelah malamnya pula memang siapkan mana yang patut. Kalau letih, tak sempat nak hadap.

Jadi, selesai semua sekali makan masa dua minggu jugaklah. Biasanya kalau full day mengadap, memang boleh siapkan dalam masa tiga hari. 

Mujur Kak Shikin sabar orangnya dan tak banyak karenah. Alhamdulillah dipermudahkan urusan dan moga murah rezeki Kak Shikin selepas ini. Amin!

Terima kasih sangat sebab support perkhidmatan AO Design. 

Wajah blog sebelum:

Wajah blog lama JSR

Wajah blog Jurnal Shikin Razali selepas:

Wajah baru selepas AO Design

Untuk Instagram feed, buat masa sekarang semua sedang alami masalah. Katanya sejak kebelakangan ni Instagram memperketatkan penggunaan widget open source. So, kemungkinan para template designer terpaksa beli source berkenaan atau akan dipamerkan iklan. Masih dalam pencarian jawapan.

Kalau korang tengok footer Instagram feed blog aku pun alami masalah yang sama. Redha je mampu. Kita pun faham sangat permainan Mark ni. Semua benda kalau dapat buat duit, udara pun nak dijualnya.

Eh, terlari topik kejap😅

Korang boleh jenguk semua laman blog dan sosial media Kak Shikin di link berikut. Kalau belum follow lagi, jangan lupa follow sekali!

Blog

Instagram

Facebook

Facebook Page

So, macam mana pendapat korang? Ada rasa nak baju raya untuk blog jugak ke? Kalau ada roger je AO. InsyaAllah, kalau tak rushing dan jadual tak padat, kita akan bantu mana yang terbaik.

InsyaAllah selepas ni blog aienienka bakal menyusul pula. Kemudian kita akan berehat mengambil tempahan untuk memberi ruang mendesign baju raya buat pemenang contest kelak, Mesti excitedkan dapat baju raya percuma 😁

Akhir kalam, happy blogging!

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Excited dpt baju raya blog ni design kak AO pulak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah. kena kutip point banyak-banyak untuk dapat baju percuma :D
      chaiyok!!!

      Padam
  2. cantek laaaaaaaaaahhhhhh.....

    BalasPadam
  3. cantiknya! pandai AO design

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah. terima kasih kak shafyqah :D

      Padam
  4. Yahuuuu~~~ ku tunggu selepas raya. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe tunggu na...blom start gik :D

      Padam
  5. Perasan jugak blog kak shikin dah berubah designnya, rupanya AO yang designkan. Cantikkkk!

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah! thank you atiqah. bolehlah cuba-cuba nanti :D

      Padam
  6. Alhamdulillah, terima kasih AO atas kesudian untuk design jurnal akak...🥰memang deboommm kebaaaboom results nya...

    BalasPadam
  7. nak ambik juga package tapi kejapppp..... lepas raya baru leh fikir hehe

    BalasPadam
  8. Cantik blog Shikin.. dah singgah dah..

    BalasPadam