Salam Lebaran, Lembaran Baru Dari SS!

Hai korang!

Lamanya rasa tak menulis dekat platfrom Blogger ni ye. Sebelum borak lebih berjela lagi, sukalah SS ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin buat semua. 

Maaflah, dulu sini guna AO; Alien Oren. Disebabkan AO dah lama terkubur April 2023 lalu dan blog ini pun dah terbengkalai hampir dua tahun. Rasanya pernah AO announce yang Alien Oren dah buat keputusan untuk menutup AO secara rasmi dek kerana faktor-faktor yang tersendiri. 

Besar impian Alien Oren ni dulu. Dah cantik flow apa semua, tapi sayangnya ia sebuah projek percubaan yang boleh dikatakan peneman masa era post-covid dulu. Usai semua kembali normal, rasa macam feeling tu off. Vibe dia pun dah hilang. 😅

Itu yang Goodbye pada AO selepas kurang lebih 2 tahun 2 bulan bersama. 

Maka, pada penghujung Ramadan hari tu, SS terdetik nak revamp AO. Sayang jika dibiar. Rindu pun ya nak main design dekat platform Blogger ni. Kadang tu perasan jugak yang tahun ni ramai blogger kembali aktif. Rasa macam nak jugak join meriahkan balik suasana aktif kat blog. 

Kitanya sejak dah pindah Wordpress untuk blog lagi satu tu, dia dah jarang ada pengunjung dari blogger. Blog sana pun hidup jugak. Rajin dah update setiap minggu. Semenjak dapat sijil anugerah MWA tu, auto rajin mat. Awalnya saja je join hari tu. Nak tahu jugak setara mana dah blog tu dapat pergi. Alhamdulillah dapatlah tersenarai sebagai Web Excellence 2024. (*Malaysia Website Awards

Selepas peraturan masa bulan Ramadan hari tu cantik sedang elok, Alhamdulillah semua proses tu siap juga menjelang Syawal.

Tadaaa!!! Terimalah salam lembaran baru dari SS buat korang semua. 

Yuhuuu AO dah jadi SS dah gaes. 

Haaa kau suka-suka je muncul tenggelam timbul tahun lompat ea. Kejap aktif, kejap hilang. Pastu tetiba semualah. InsyaAllah SS akan segar bugar dengan momentum lebih kemas. Aminn. 

Eh lupa pulak dari tadi dok SS, SS. Apa SS tu?

SS ni terma singkat bagi nama panjang yang diguna iaitu 'Sembang Sorang'. Nahh...kemain ye nama Sembang Sorang.

Kenapa Sembang Sorang pun perlu ada blog?

Ya...bila ada perkara bermanfaat, apa salahnya kita sembang bersama gitu....😎

Pentingnya sembang bermanfaat dekat blog sendiri sebab dia lebih lama dan mudah dicari untuk kita sendiri. Boleh je nak sembang menyembang dekat platform lain. Pernah cuba, tapi cringe pulak rasa. hahahaha

Dah jiwa tu pada blog, maka blog sajalah kita fokus ye. Usahlah nak disandar lama pada platform orang ni. Hasil kerja dia tak sama macam sini.  

Alright, setakat ni dulu kisah Salam Lebaran, Lembaran Baru dari SS. Panjang usia, diberi peluang berjumpa pada entri akan datang. 

To the end moga husnul khatimah! 

Adios amigos!


Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Selamat kembali menulis dan Salam Lebaran 2025.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ucapan ^_^ Salam Lebaran juga!

      Padam
  2. jap test test.. nak drop komen kat sofiadie sana selalu je kluar error apa segala.. sedih ha :( kat SS ni nampak mcm mudah nak drop komen yeayyyy!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Test test try komen guna profile SS jadi dak

      Padam
  3. yessss ternyata lebih mudah di sini yihaaaaa! salam aidilfitri SS! mohon ampun maaf dari Kak Ana ye spnjg kita di blog hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyaaa benar tu kak ana! Jadi jugak cipta dan komen guna profile SS! yuhuuuuu! Salam Aidilfitir maaf zahir batin juga kak ana sepanjang sesi blogging bertahun lalu ^_^

      Padam
  4. Balasan
    1. Alhamdulillah terima kasih Rabia atas kata-kata yang baik ^_^

      Padam
  5. yeay!! welcome back & keep on blogging key..
    amik job makeover blog tak? suka la your blog, comei & cuter!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah kita akan teruskan blogging ^_^. thanks for supports Mummy Ayu <3 Ada nak buat makeover blog ke tu Mummy? Bolehlah sikit-sikit kita buat bagi comel2 kawaiii

      Padam
  6. Selamat hari raya! Cantik betul layout blog ni, banyak kartun2 cute 😍 warna pun pastel2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya too Mazni! Jazakumullah Khairan ^_^. yeeerr SS suka kawaii kawaii chibi ni. hahahah blog sini kita buat kiut semua.

      Padam
  7. Welcome back SS.. Akak pun selalu baca cerita awak kat Wordpress tapi tak dapat nak komen.. Anyway, walaupun AO dah terkubur tapi harap-harap persahabatan kita takkan terkubur selamanya, Insha Allah.. You're the one who change my layout of journal.. Thank you so much...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awwww terharunya dengan ucapan Kak Shikin. Ye betul insyaAllah persahabatan kita masih mekar didunia blogger ini. InsyaAllah aminnn. Kalau kak shikin ada nak touch up touch up, roger je SS heheheh. itulah baru perasan dekat wordpress sana ada masalah comment section. baru je baiki hehehe. thank you kak shikin sudi jengah sana ^_^

      Padam
  8. Syawal sebulan kan.. belum terlambat CCL nk ucapkan salam aidilfitri

    BalasPadam
  9. Rupanya SS pun baru kembali aktif, ye. Semoga terus semangat berblog. Hebatnya dia, sampai terima anugerah blog. Selamat hari raya juga ye, SS. Maaf zahir batin, sepanjang kita kenal.

    BalasPadam
  10. Terbaikkkk moga yg ini hidup dgn jaya nya.. btw selamat kembali yer :D

    BalasPadam
  11. Ok done follow di sini.. your follower yg ke 92.. Salam Kenal juga.. :D

    BalasPadam