Salam Ramadhan Kareem buat semua warga Bumi!
Alhamdulillah di kesibukan mengikuti training, sempat juga siapkan permintaan Kak Shikin kita untuk siapkan baju baru buat blog beliau.
Pakej yang Kak Shikin ambil adalah pakej Gold bernilai RM155. Tetapi, beliau request untuk tukar blog header tanpa chibi. Jadi harga selepas mendapat diskaun 5% sebab sertai contest #luckyblog, maka dapatlah harga member gitu.
Masa untuk siapkan blog agak lama. Sebab jadual memang padat. Lepas sahur, AO siapkan juadah untuk jualan. Kemudian, terus ikuti training online sehingga jam 1730. Sebelah malamnya pula memang siapkan mana yang patut. Kalau letih, tak sempat nak hadap.
Jadi, selesai semua sekali makan masa dua minggu jugaklah. Biasanya kalau full day mengadap, memang boleh siapkan dalam masa tiga hari.
Mujur Kak Shikin sabar orangnya dan tak banyak karenah. Alhamdulillah dipermudahkan urusan dan moga murah rezeki Kak Shikin selepas ini. Amin!
Terima kasih sangat sebab support perkhidmatan AO Design.
Wajah blog sebelum:
Wajah blog Jurnal Shikin Razali selepas:
Untuk Instagram feed, buat masa sekarang semua sedang alami masalah. Katanya sejak kebelakangan ni Instagram memperketatkan penggunaan widget open source. So, kemungkinan para template designer terpaksa beli source berkenaan atau akan dipamerkan iklan. Masih dalam pencarian jawapan.
Kalau korang tengok footer Instagram feed blog aku pun alami masalah yang sama. Redha je mampu. Kita pun faham sangat permainan Mark ni. Semua benda kalau dapat buat duit, udara pun nak dijualnya.
Eh, terlari topik kejap😅
Korang boleh jenguk semua laman blog dan sosial media Kak Shikin di link berikut. Kalau belum follow lagi, jangan lupa follow sekali!
So, macam mana pendapat korang? Ada rasa nak baju raya untuk blog jugak ke? Kalau ada roger je AO. InsyaAllah, kalau tak rushing dan jadual tak padat, kita akan bantu mana yang terbaik.
InsyaAllah selepas ni blog aienienka bakal menyusul pula. Kemudian kita akan berehat mengambil tempahan untuk memberi ruang mendesign baju raya buat pemenang contest kelak, Mesti excitedkan dapat baju raya percuma 😁
Akhir kalam, happy blogging!
13 Ulasan
Excited dpt baju raya blog ni design kak AO pulak tu
BalasPadamalhamdulillah. kena kutip point banyak-banyak untuk dapat baju percuma :D
Padamchaiyok!!!
cantek laaaaaaaaaahhhhhh.....
BalasPadamalhamdulillah. thank you kak syu!
Padamcantiknya! pandai AO design
BalasPadamalhamdulillah. terima kasih kak shafyqah :D
PadamYahuuuu~~~ ku tunggu selepas raya. :)
BalasPadamhehehehe tunggu na...blom start gik :D
PadamPerasan jugak blog kak shikin dah berubah designnya, rupanya AO yang designkan. Cantikkkk!
BalasPadamalhamdulillah! thank you atiqah. bolehlah cuba-cuba nanti :D
PadamAlhamdulillah, terima kasih AO atas kesudian untuk design jurnal akak...🥰memang deboommm kebaaaboom results nya...
BalasPadamnak ambik juga package tapi kejapppp..... lepas raya baru leh fikir hehe
BalasPadamCantik blog Shikin.. dah singgah dah..
BalasPadam