Sambil mengunyah kek lebihan sempena hari jadi rakan kerja tadi, disinilah SS mula menaip coretan. Cyeh...SS menaip dalam suasana sepi tu tanpa Spotify...

Yelah, yelah...SS bukalah Spotify buat jadi peneman ilham coretan kali ni. Hurm...playlist mood apa agaknya yang best? Masih mood beraya lagi ke? Lagu Miskin Kaya nyanyian Eddy Nur Ali. Sat, kita kasi mainkan sebagai latar background dulu...

Tak tahulah kenapa SS suka betul dengan lirik lagu ni. Mungkin sebab dia mention Miskin Kaya vs Miskin Hina. Maknanya ada yang miskin masih kaya, tapi miskin hina ni dia hidup habis kais dah. Jadi dia hanya berduka di hari raya. Begitukah?

Ke korang faham macam mana? Sama ke macam SS faham lirik dia ni 😅

///

Dalam sedar tak sedar, tinggal kurang seminggu lagi Syawal bakal berakhir...

Banner Sedihnya Syawal Beransur Pergi

Minggu lepas memang kesibukan beraya dekat office. Ada yang style luncheon la, ada style potluck. Haa SS nak sembang pasal potluck raya dengan tema 'Raya Gaya Kita' kali ni. Maklumlah korang pun tahu yang SS dah shopping sakan menjadi urus setia untuk majlis potluck raya ni. 

Ada siap cadangkan kenapa tak kutip sikit sorang untuk deco apa semuakan...Terima kasih atas cadangan korang. SS pun dah buka tabung kutipan deco bersama. Cuma tidaklah dapat semula modal yang dikeluar awal tu. Sedih sikitlah kan....okay move on....

Alhamdulillah majlis pun dah selesai dengan jayanya. Semua makanan memang sedap, sampai tak larat nak balik drive dah. 

Korang tahu juadah menu raya kali ni termasuklah;-

  • Nasi Beriani Bangladesh & Kari Kambing (siap ada tulang kambing!)
  • Ketupat Palas
  • Lemang
  • Rendang Ayam
  • Tauhu Bergedil Ayam & Daging
  • Brownies & Kek Layer
  • Rendang Nyet & Sambal Nyet
  • Dodol
  • Tart Telur
  • Sate Ayam, Daging serta kuah kacang
  • Nasi Impit dan kuah kacang
  • Pizza 
  • Buah tembikai dan mangga
  • Aneka jenis kuih muih dan biskut raya
  • Air cocktail tanpa susu dan Kickapoo

Meriahkan makanan rayanya. 😋

Cuma agak kesian buat yang tak boleh makan daging, semua terpaksa menunggu ketibaan rendang ayam yang muncul pada lewat majlis! Sampai menguap jugaklah dok menunggu...aduh serba salah SS selaku urus setia. huhuhu...

Punyalah leka sampai terlupa nak ambil gambar setiap juadah ni. 

Gambar Raya Gaya Kita

Ada yang kata, kedatangan raian raya kali ini meriah dan agak ramai. Ada juga yang kata agak kurang dari jangkaan. Tapi sebagai orang yang mengurus majlis ni, SS rasa sedang-sedang adanya. Syukur tak terlalu ramai dan cukup kuantiti kerusi yang disediakan

Tidaklah SS kena sewa kerusi pulak. Itu memang SS sendiri termenung!

Ragam Raya

Dah sakan beraya, minggu ni SS pulun Puasa 6 pulak. Sebelum Syawal kian beransur ni, baiklah pulun selagi boleh. Sedih betul rasa Syawal kali ni berlalu sebegitu cepat. 

Korang semua dah habis ke Puasa 6? 

Menyesal sikit SS rasa sebab tak buat sikit-sikit. Ni dah nak hujung memang kena puasa terusan nampak gayanya. No excuses! 😤

Apa yang seronok dalam kita tolong menguruskan sesuatu majlis ni adalah bilamana semua bagi kerjasama dan vibe yang setimpal. Jadi suasananya akan hidup walau masing-masing tidaklah kenal sesama mereka. Cuma semua tu kenal SS. Jadi SS cuba sedaya upaya memperkenalkan semua sesama tetamu yang hadir. 

Sebabnya industri kerja SS ni kecil sangat. Balik-balik confirm akan jumpa orang yang sama. Jadi baiklah kita jaga perhubungan tu sebaik mungkin. 

Untuk tahun ni, memori Syawal paling riuh rendah dengan sedikit rasa sayu bila dikira Syawal hanya tinggal beberapa hari saja lagi...

Thank you semua sebab sudi menjadi sebahagian daripada memori Syawal SS😊 Panjang usia bertemu lagi di Syawal akan datang, InsyaAllah Aminn...

p/s: ada orang request untuk buat versi Raya Aidil Adha pulak. Adeh...tak cekak den!