Sedihnya Syawal Beransur Pergi...

Sambil mengunyah kek lebihan sempena hari jadi rakan kerja tadi, disinilah SS mula menaip coretan. Cyeh...SS menaip dalam suasana sepi tu tanpa Spotify...

Yelah, yelah...SS bukalah Spotify buat jadi peneman ilham coretan kali ni. Hurm...playlist mood apa agaknya yang best? Masih mood beraya lagi ke? Lagu Miskin Kaya nyanyian Eddy Nur Ali. Sat, kita kasi mainkan sebagai latar background dulu...

Tak tahulah kenapa SS suka betul dengan lirik lagu ni. Mungkin sebab dia mention Miskin Kaya vs Miskin Hina. Maknanya ada yang miskin masih kaya, tapi miskin hina ni dia hidup habis kais dah. Jadi dia hanya berduka di hari raya. Begitukah?

Ke korang faham macam mana? Sama ke macam SS faham lirik dia ni 😅

///

Dalam sedar tak sedar, tinggal kurang seminggu lagi Syawal bakal berakhir...

Banner Sedihnya Syawal Beransur Pergi

Minggu lepas memang kesibukan beraya dekat office. Ada yang style luncheon la, ada style potluck. Haa SS nak sembang pasal potluck raya dengan tema 'Raya Gaya Kita' kali ni. Maklumlah korang pun tahu yang SS dah shopping sakan menjadi urus setia untuk majlis potluck raya ni. 

Ada siap cadangkan kenapa tak kutip sikit sorang untuk deco apa semuakan...Terima kasih atas cadangan korang. SS pun dah buka tabung kutipan deco bersama. Cuma tidaklah dapat semula modal yang dikeluar awal tu. Sedih sikitlah kan....okay move on....

Alhamdulillah majlis pun dah selesai dengan jayanya. Semua makanan memang sedap, sampai tak larat nak balik drive dah. 

Korang tahu juadah menu raya kali ni termasuklah;-

  • Nasi Beriani Bangladesh & Kari Kambing (siap ada tulang kambing!)
  • Ketupat Palas
  • Lemang
  • Rendang Ayam
  • Tauhu Bergedil Ayam & Daging
  • Brownies & Kek Layer
  • Rendang Nyet & Sambal Nyet
  • Dodol
  • Tart Telur
  • Sate Ayam, Daging serta kuah kacang
  • Nasi Impit dan kuah kacang
  • Pizza 
  • Buah tembikai dan mangga
  • Aneka jenis kuih muih dan biskut raya
  • Air cocktail tanpa susu dan Kickapoo

Meriahkan makanan rayanya. 😋

Cuma agak kesian buat yang tak boleh makan daging, semua terpaksa menunggu ketibaan rendang ayam yang muncul pada lewat majlis! Sampai menguap jugaklah dok menunggu...aduh serba salah SS selaku urus setia. huhuhu...

Punyalah leka sampai terlupa nak ambil gambar setiap juadah ni. 

Gambar Raya Gaya Kita

Ada yang kata, kedatangan raian raya kali ini meriah dan agak ramai. Ada juga yang kata agak kurang dari jangkaan. Tapi sebagai orang yang mengurus majlis ni, SS rasa sedang-sedang adanya. Syukur tak terlalu ramai dan cukup kuantiti kerusi yang disediakan

Tidaklah SS kena sewa kerusi pulak. Itu memang SS sendiri termenung!

Ragam Raya

Dah sakan beraya, minggu ni SS pulun Puasa 6 pulak. Sebelum Syawal kian beransur ni, baiklah pulun selagi boleh. Sedih betul rasa Syawal kali ni berlalu sebegitu cepat. 

Korang semua dah habis ke Puasa 6? 

Menyesal sikit SS rasa sebab tak buat sikit-sikit. Ni dah nak hujung memang kena puasa terusan nampak gayanya. No excuses! 😤

Apa yang seronok dalam kita tolong menguruskan sesuatu majlis ni adalah bilamana semua bagi kerjasama dan vibe yang setimpal. Jadi suasananya akan hidup walau masing-masing tidaklah kenal sesama mereka. Cuma semua tu kenal SS. Jadi SS cuba sedaya upaya memperkenalkan semua sesama tetamu yang hadir. 

Sebabnya industri kerja SS ni kecil sangat. Balik-balik confirm akan jumpa orang yang sama. Jadi baiklah kita jaga perhubungan tu sebaik mungkin. 

Untuk tahun ni, memori Syawal paling riuh rendah dengan sedikit rasa sayu bila dikira Syawal hanya tinggal beberapa hari saja lagi...

Thank you semua sebab sudi menjadi sebahagian daripada memori Syawal SS😊 Panjang usia bertemu lagi di Syawal akan datang, InsyaAllah Aminn...

p/s: ada orang request untuk buat versi Raya Aidil Adha pulak. Adeh...tak cekak den!

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Selamat Hari Raya SS... Meriah ya juadah potluck raya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya juga illya! Ye sangat meriah sampai tak larat dah nak makan.

      Padam
  2. Whoaaa..Meriah event potluck yee!!
    Sedih jugak Syawal dah nak berlalu pergi tapi sekurangnya dah buat yang Terbaik untuk Syawal kalini..Kan..

    Semoga kita dipanjangkan usia bertemu Syawal Tahun depan Dan seterusnya..Aamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah meriah seadanya nona ^_^ sangat sedih.. :/

      Amin amin amin...semoga diberi peluang bertemu Syawal akan datang dan seterusnya...

      Padam
  3. Ammi alhamdulillah dha selesai. Ammi mula masa start masuk keje tu sbb momentum berpuasa tu masih ada. Lagipun kita pompuan kene take into account tarikh period bagai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah tahniah Ammi! masa awal hari tu SS sakan nak makan raya punya pasal. Sudahnya terpaksa pulun di akhir Syawal

      Padam
  4. Alhamdulillah Kak Ana sekeluarga selesaikan awal Puasa 6 Syawal haritu hehehe.. waahh syukur dah selesai majlis Raya Gaya Kita yeayy! alaaaaa mana pic yg real u olls Raya Gaya Kita? tempek lah sekeping dua SS utk tatapan kami semuaaaa hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah tahniah buat keluarga kak Ana sebab berjaya menghabiskan Puasa 6 Syawal!

      Alhamdulillah akhirnya majlis Raya Gaya Kita pun da selesai. Haaa gambar real mestilah buat tatapan exclusive SS sorang je hehehehe. >_<

      Padam
  5. hurmmm samalah K.Ana pun rasa benda yg sama.. masih berasa sedihnya Ramadhan dah berlalu.. dan Syawal pulak bakal pergi :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan kak ana...sayu sedih semua ada. tapi kehidupan harus diteruskan...

      Padam
  6. Alhamdulillah.. Majlis selesai dah.. Walaupun ada terkurang, jadikan pengalaman dan penambahbaikkan..
    Tahniah SS..
    Alhamdulillah selamat berpuasa enam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kak sha. betul setiap yang kurang tu buat kita jadikan ia pengalaman akan datang. Terima kasih atas ucapan kak sha ^_^

      Padam
  7. Salam kenal, salam ziarah SS :)
    Alhamdulillah selesai sudah tugasan raya bolehlah sambung Puasa 6 ye. PH pun baru habis last Tuesday, start lewat juga kali ni.

    Terima kasih singgah di blog PH 🌹

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal dan salam ziarah juga PH ^_^
      Alhamdulillah selesai semuanya.

      Terima kasih juga atas kunjungan PH ke blog SS :)

      Padam
  8. Banyak hidangan di majlis raya. Tahniah, SS, atas usaha yang dicurahkan. Selamat menghabiskan puasa 6, ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kak tot. Terima kasih atas ucapannya kak tot. InsyaAllah semoga dapat menghabiskannya ^_^

      Padam
  9. Syawal dah nak berlalu pergi ..minggu last ni la banyak juga open house company ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeee sangat banyak CCL. Syawal lagi berapa hari nak beransur. semua pulun buat majlis bagi meraikan kesyukuran pada semua.

      Padam
  10. amboiiii berderet2 dia punya menu...
    mesti pening nak rasa yg mana dulu
    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehehe begitulah raya kan anies. memang pening tau nak makan apa dulu. apa-apa pun kita ambil nasi dan kambing hahahah never say no to kambing >_<

      Padam
  11. Syawal dah makin berlalu pergi pun masih dapat jemputan akikah raya nama majlisnya. Masih di bulan Syawal tapi dah hujung2 dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah masih terima jemputan kak ezna ye. seronok tu. Kena pergi meriahkan. kongsi rezeki ni kena pergi selalu ^_^

      Padam
  12. Penasaran dengar lagu nya. Nanti saya nak cari di Spotify .

    Saya pun awal dah niat mau puasa 6. Tp tetiba kena period pula. Period selesai , ternyata sakit. Tapi sempat lah 3 hari selesai. Cuma tak tahu besok sanggub atau tak puasa. Saya coba dulu.

    Jujur saya lebih sedih ramadhan pergi drpd Syawal. Sebab dari dulu, sejak tinggal di jakarta, memang Syawal macam hari2 biasa saja buat saya. Beda dengan ramadhan.

    BalasPadam