Sekarang ni cuaca sukar nak tebak. 

Kadang hujan malam. Kadang siang terik, kendian hujan petang bagai tangisan tanpa sendu. Risau juga SS rasa tengok cuaca serba tak kena macam ni. 

Nak, nak pula...ramai dah start jatuh sakit. Masa awal tahun hari tu SS dah kaw-kaw demam extra gastrik. Harap kesihatan ni bertahanlah untuk hari seterusnya. Aminn...

Minggu sudah SS banyaklah mencuba air kelapa. Minum selepas makan tengahari. Ambil khasiat air kelapa yang ada. Katanya air kelapa ni banyak membantu dari segi kesihatan. Itupun jarang juga nak minum. 

Cuma dek kerana cuaca tengahari ni dia panas leting, tegukla kelapa sekotak dua. 

Air kelapa tau, bukan santan 😆

Kita pun dah maklum santan sekarang naik harga. Jadi puasalah santan untuk sebulan dua ni ye..

Dekat area kerja SS ni ada satu mart. Namanya Bila-Bila Mart. Mart ni pun dah semakin berkembang biak di kawasan high rise service residence/mix development. Bagusnya Bila-Bila Mart ni kadang, barang yang ada kat situ jarang jumpa dekat mart lain. Ada tu ada, cuma jarang nak dapat online.

Time ni SS baru mencuba dua jenama air kelapa yang ada. Vico Fresh dengan Richina. 

Review Air Kelapa jenama Vico dan Richina

Air Kelapa Segar jenama Vico Fresh

Pada SS, air kelapa jenama Vico Fresh ni dia rasa lagi kelapa. Kena dengan tekak SS masa teguk tu. Dekat Shopee ada jual. Ada yang dekat store Bila-Bila Mart tu korang boleh usha sini [Vico Fresh Coconut Water]

Air Kelapa jenama Richina

Richina ni dia memang brand agak baru pada SS. Itu yang baru nak mencuba dengan air kelapa dulu. Dia banyak lagi perasa lain. Cuma tak sampai masa untuk merasa lagi. Air jualan jenama ni agak murah sikit berbanding Vico Fresh. 

Kalau korang teringin nak cuba boleh klik sini [Richina Coconut Water]

Masa tu memang terik, tapi rasa air kelapa yang ni agak kureng sikit pada deria rasa SS. 

Pilihan deria rasa SS?

Pada pendapat deria rasa SS, mungkin SS akan ulang beli air kelapa segar jenama Vico Fresh. Mahal sikit pun takpe, janji sekali minum terus rasa segar gitu.

Banyak lagi air boleh dicuba ni. Cuba sikit-sikit sudah. 

Korang tengoklah aneka jenis jenama air sekarang ni. Kadang nak merasa semua tu dia tak kesampaian. Kita rasa mana yang selesa dengan tekak. Itu fasal SS cuba dengan air kelapa 🥥

Jarang sebenarnya nak minum air manis ni. Maklumlah kesihatan kita sekarang makin mahal. Makanya kenalah kawal berpada-pada...

Awat SS tak beli ja air kelapa segar terus?

Namalah sekadar nak mencuba jenama air kelapa gini ye dak? Dah cuba, memang takkan dapat lawan rasa air kelapa segar tu. Sekali ni cuba padan dahlah...

Jangan lupa share air kelapa kegemaran korang. Mana tahu kot ada yang SS tak pernah cuba lagi. >_<