Saja Mencuba Air Kelapa

Sekarang ni cuaca sukar nak tebak. 

Kadang hujan malam. Kadang siang terik, kendian hujan petang bagai tangisan tanpa sendu. Risau juga SS rasa tengok cuaca serba tak kena macam ni. 

Nak, nak pula...ramai dah start jatuh sakit. Masa awal tahun hari tu SS dah kaw-kaw demam extra gastrik. Harap kesihatan ni bertahanlah untuk hari seterusnya. Aminn...

Minggu sudah SS banyaklah mencuba air kelapa. Minum selepas makan tengahari. Ambil khasiat air kelapa yang ada. Katanya air kelapa ni banyak membantu dari segi kesihatan. Itupun jarang juga nak minum. 

Cuma dek kerana cuaca tengahari ni dia panas leting, tegukla kelapa sekotak dua. 

Air kelapa tau, bukan santan 😆

Kita pun dah maklum santan sekarang naik harga. Jadi puasalah santan untuk sebulan dua ni ye..

Dekat area kerja SS ni ada satu mart. Namanya Bila-Bila Mart. Mart ni pun dah semakin berkembang biak di kawasan high rise service residence/mix development. Bagusnya Bila-Bila Mart ni kadang, barang yang ada kat situ jarang jumpa dekat mart lain. Ada tu ada, cuma jarang nak dapat online.

Time ni SS baru mencuba dua jenama air kelapa yang ada. Vico Fresh dengan Richina. 

Review Air Kelapa jenama Vico dan Richina

Air Kelapa Segar jenama Vico Fresh

Pada SS, air kelapa jenama Vico Fresh ni dia rasa lagi kelapa. Kena dengan tekak SS masa teguk tu. Dekat Shopee ada jual. Ada yang dekat store Bila-Bila Mart tu korang boleh usha sini [Vico Fresh Coconut Water]

Air Kelapa jenama Richina

Richina ni dia memang brand agak baru pada SS. Itu yang baru nak mencuba dengan air kelapa dulu. Dia banyak lagi perasa lain. Cuma tak sampai masa untuk merasa lagi. Air jualan jenama ni agak murah sikit berbanding Vico Fresh. 

Kalau korang teringin nak cuba boleh klik sini [Richina Coconut Water]

Masa tu memang terik, tapi rasa air kelapa yang ni agak kureng sikit pada deria rasa SS. 

Pilihan deria rasa SS?

Pada pendapat deria rasa SS, mungkin SS akan ulang beli air kelapa segar jenama Vico Fresh. Mahal sikit pun takpe, janji sekali minum terus rasa segar gitu.

Banyak lagi air boleh dicuba ni. Cuba sikit-sikit sudah. 

Korang tengoklah aneka jenis jenama air sekarang ni. Kadang nak merasa semua tu dia tak kesampaian. Kita rasa mana yang selesa dengan tekak. Itu fasal SS cuba dengan air kelapa 🥥

Jarang sebenarnya nak minum air manis ni. Maklumlah kesihatan kita sekarang makin mahal. Makanya kenalah kawal berpada-pada...

Awat SS tak beli ja air kelapa segar terus?

Namalah sekadar nak mencuba jenama air kelapa gini ye dak? Dah cuba, memang takkan dapat lawan rasa air kelapa segar tu. Sekali ni cuba padan dahlah...

Jangan lupa share air kelapa kegemaran korang. Mana tahu kot ada yang SS tak pernah cuba lagi. >_<

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. pernah gak try, x ingat brand apa plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau sedap kena ingat brandnya mummy. mana tahu kita boleh cuba ^_^

      Padam
  2. Kadang pergi Watsons ada jual air kelapa dalam kotak dekat chiller near cashier counter. Kadang ada offer bolehlah SS cuba. Paling suka beli kelapa muda dekat supermarket, harga keras sikit tapi puas hati sebab fresh dan original.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasehhh kena cuba ni bila pergi Watson nanti. Alahh...keras harga tapi sedap okayla...kita pejam mata sikitla >_<

      Padam
  3. PH bila tak sihat tu cepat² minum air kelapa, tapi yg original la. Mujur ada yg jual air kelapa dekat perumahan ni, senang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syoknya PH mudah dapat kelapa ori. Kita kena pusing2 dulu mencari. Ada yang ori pun mahal sini..

      Padam
  4. Pernah dapat free, as goodies, masa join running event, tapi tak kena pula dengan tekak akak.
    Kalau nak minum air nyor, akak beli kat apek kebun kelapa. Satu biji, RM4. Dia bagi straw, tapi kena bawa sudu sendiri, korek isi. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat tak kena dengan tekak jugak ni kak tot. Sekali tu try tobat dah...

      Fuh untung kak tot dengan dengan kebun air kelapa apek tu. Murah jugaklah tu kan harganya kak tot...uish dapat korek isi kelapa tu, kena pulak yang sedap..memang boleh menambah >_<

      Padam
  5. kak ana ni sbb tggl kat area kmpung, jd mudah jugakla nak dpt kelapa ori hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. T^T huntonglaaaaaa kak ana!!!! #jelesgilerrrr

      Padam
  6. penah dulu beli tp entah kenapa rs x sedap hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang tak sedap rasanya kak anies. rasa awet gitu. blerghh

      Padam
  7. Pernah minum air kelapa yg jenis dlm kotak mcm ni, cuma tk ingat brand apa. Tkleh go lah. Still suka air kelapa yg jual tepi2 jalan tu je hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. SETUJU!!! 100%! Ori tetap paling sedap!

      Padam
  8. Saya jarang yg kemasan begini kak. Sebab dekat rumah saya ada yg jual kelapa muda 😄😄. JD memang LBH sering beli sana.

    Tapiii kalopun hrs beli yg kemasan, saya pasti lihat ingredient nya dulu. Kalo ada rasa2 dan gula saya tak pilih. Untungnya di sini ada yg benar2 100% air kelapa murni. Tp tuhlah yg murni tapi dalam kemasan pasti mahal . Jadi tak sering juga saya beli

    BalasPadam
  9. Kedua-dua ni belum pernah cuba. Selalu minum air kelapa jenama Kara je. Terima kasih share. Boleh cuba nanti.

    BalasPadam
  10. Musim panas panas ni mmg elok sangatlah pekena air kelapa.Lagi lagi kalau dpt air kelapa muda sekali dgn isinya a. Bestnyaaa

    BalasPadam
  11. Kedua-dua jenama ni CCL belum cuba ... Selalu kalau nk minum lebih suka minum fresh² dari kelapa muda

    BalasPadam