Pamitan Julai nan menyebal

 Alhamdulillah usai kebah dari demam awal bulan lalu, SS kembali leka dengan dunia sebenar. Hilang sudah jiwa yang kononnya mahu terusan aktif di laman blog ini. Sebal dengan sesetengah perkara buat SS lebih memilih hanya untuk berehat. 

Terima kasih buat kak tot dan rakan blogger lain yang masih rajin menjengah laman blog SS walaupun SS hampir tiga minggu tak bersiaran. Alhamdulillah SS sihat wala'fiat hendaknya. SS harap rakan blogger lain sama-sama menjaga kesihatan okay?

SS pun sibuk mendeco wajah baru untuk blog Dari Meja Sofie Adie di sebelah sana. Buat tenang-tenang jiwa...

Oh ya, bagi menjawab soalan dari kak tot, DMSA itu adalah singkatan kepada suatu nama branding SS yang dipegang dibawah persona Sofie Adie iaitu Dari Meja Sofie Adie...

SS ni memang dari bangku sekolah rendah lagi suka jadi editor majalah. Jadi jurnalis, sorotan laporan aktiviti begitu. Tapi lama kelamaan seperti sudah beralih genre. Lebih kepada rapuan tanpa henti yang akhirnya menghasilkan laman Sembang Sorang ini....😅

Walaupun Julai ni katanya langsung tiada cuti umum, tapi SS hampir setiap minggu mengambil cuti. Maklumlah ada saja urusan rasmi yang perlu diselesaikan. Doa agar semua ia dilancarkan...

Namun itulah, rezeki kita setakat itu cuma. Jadi kalau mahu kecewa sebal itu sudah jadi tidak redha pada qada' dan qadar.... 

SS pun menarik nafas dalam berharap adalah sirna sebelum tahun ini berakhir...aminnn ya Allah.

Apa yang SS belajar sepanjang tempoh haru biru kacau bilau ungu kelabu ini adalah; setiap dari kita itu punya episodnya yang tersendiri. Pabila kita ini dipertemukan dalam suatu kelompokan, kerjaya misalnya, kita sudah tidak lagi mengambilkira episod setiap individu..

Yang kita utamakan adalah rencana bagi menjayakan setiap aturan kerja yang telah ditetapkan. Bilamana terdapat individu mempunya episod yang perit hingga menyebabkan ia memberi dampak yang kurang memuaskan, ia bukanlah alasan untuk bersenang lenang. 

Ya... SS tengah sembang tentang SS sendiri juga. 

Kadang, kita hanya mahu semuanya lancar dan selesai. Sedikitpun kita tidak hirau pada alasan demi alasan untuk mereka berkelakuan sedemikian.

Kadang SS terfikir, kejamkah aku dengan bertindak sedemikian?

Tapi kita dilatih untuk tidak terlalu memberi muka dan menyuap setiap orang yang belum tentu memberi muka dan akan menyuap kita..

Kadang geram. Baiknya disalah anggap. 

Bertambah geram, tegasnya dianggap tiada perikemanusiaan. Haih...

Bulan ni saja berapa banyak meja emosi SS telah terbalikkan dek kerana rasa sebal, sesal, geram dan bermacam rasa lagilah yang bikin amukan amarah meluap seolah hilang empati pada kemanusiaan. 

Ingatkan orang itu sudah tua, tidaklah berkelakuan begitu. Oh tidak kawan. Sikap begitu tidak kenal usia tua mahupun muda...

Memang garu kepala. Garu hinggakan botak kepala tipunya...

Ha...korang layanlah apa yang SS cuba sampaikan ni. 

Itulah, kocakan emosi selagi ia tidak tenang, manakan kita boleh buat keputusan yang bernas. Bak kata Sifu dalam Kungfu Panda

Remember, Dragon Warrior: Anything is possible when you have inner peace.

Ayuhlah kita mencari ketenangan jiwa yang lebih jernih agar jernihnya itu tidak lagi dikaburi dengan mazmumah. InsyaAllah...

Ya, ia pamitan Julai nan menyebal! Thanks gais baca sampai habis. Sorry Julai SS kurang best. Huhuhuhu...

Catat Ulasan

1 Ulasan